Thursday, July 28, 2016

Phantamania, Penang : Trust No One, Just Have Fun!


Assalamualaikum w.b.t..


Phantamania, Penang : Trust No One, Just Have Fun! | Fuhhh! Lamanya tak bersiaran.. Apa khabar orang kampung? Alhamdulillah moga sihat semuanya..

minggu lepas Jumaat 22hb husna dan kengkawan ke Penang.. saja seronok nak jenjalan bercuti bersama sebelum masing-masing dah mula balik ke sarang.. ekekke.. paham jelaa kalau dah balik ke kampung sendiri memang susah laa sikit nak keluar berjalan mahupun bercuti, rumah kami pon bukannya dekat-dekat.. bila pulak nak jumpa, katanya tunggu salah sorang kenduri, ceit! hahahampeh..


kami pergi balik hari je jadi tak rancang nak pergi banyak tempat.. target kami cuma nak ke Phantamania lepas tu berbasikal sekitar Georgetown cari Street Art.. dan mestilah berharap cuaca pada hari tersebut tak hujan memandangkan sekarang asyik hujan je kan.. syukur sepanjang hari tak hujan dan tak jugak panas, elok dah petang nak hantar semula basikal sewa baru hujan rintik..

lebih kurang pukul 12 tengah hari kami sampai terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda terus guna maps cari Phantamania.. pada mulanya kami sesat walaupun 5 minit je dari terminal feri  nak ke Phantamania nih sebab kami cari 163, Lebuh Victoria, padahal sebetulnya 193, Lebuh Victoria mana nak jumpa.. husna laa konfiden je suruh kawan waze 163, Lebuh Victoria.. blerghhh~๐Ÿ˜’

di laluan yang sama kami mintak tolong uncle sewa basikal yang ada kat kawasan tu tunjukkan.. dah jumpa tapi tu lah masalahnya kat Penang ni susah nak cari petak parking, lepas tu uncle tadi cadang guna kawasan parking berbayar sehari RM5.. dah alang-alang, kami sewa basikal terus je kat dya sebiji RM8, nasib itu paling murah yang husna pernah dengar.. kalau basikal pair plak, RM18..

PHANTAMANIA, PENANG..
Trust No One, Just Have Fun!

Bayaran masuk yang dikenakan untuk student hanya RM12.. Yuki, petugas di kaunter siap pesan kat kami nak berjalan masuk jangan guna muka, tapi guna tangan.. bunyi macam pelik dan suspend je kan.. hihihi.. rupanya jalan masuk penuh cermin weyh, memang kalau guna muka nih tak pasal je kemek hidung, benjol dahi.. ekekekke.. jadi untuk lebih berhati-hati kena laa teraba-raba sikit macam jalan dalam gelap tu..


Seronok! Masa kami masuk tu tak ramai sangat umat jadi husna biar je kengkawan masuk dulu baru kemudian husna menyusul.. sebab tak mencabar laa kalau ikut kawan.. boleh macam tu.. kihkihkih.. lepas tu boleh plak staff kat situ main acah suruh cepat..๐Ÿ˜‘ dalam satu cermin tu memang laa kita akan nampak dya macam dah dekat, sebenarnya tak pon, berliku lagi nak sampai, dek kerana pantulan dari cermin tu kita je rasa dya dekat.. haa jadi jangan percaya dan jangan tertipu ye..


macam sesuatu je bila tengok gambar sendiri kat sini..๐Ÿ˜‚

Lega bila dah selamat masuk kawasan Phantamania, lepas tu kenalaa cuba semua cabaran yang ada, bermain dengan ilusi gambar.. serius cakap staff kat sini semua peramah, nanti diorang yang akan tunjukkan macam mana nak bergambar menggunakan trick yang ada, walaupun di setiap point ada arahan bergambar macam mana nak beraksi.. kalau antara kengkawan korang semua pon nak masuk frame, boleh jugak mintak tolong staff ambekkan gambar.. hihihi..


planet mana laa yang diorang dah masuk..

bergaya gila bila dapat terapung macam nih.. nak taw macam mana caranya kena laa datang weyh! ๐Ÿ˜„


FREEZAMANIA


ini tempat paling best! sejukkkkk~ eh dah nama pon Freezamania mestilaa tempatnya pon sejuk.. sejuk lebih sikit dari suhu kat luar siapa tak nak.. lelagi kalau cuaca kat luar pon panas meletit-letit, lagi laa asyik nak duduk dalam ni je tak nak pergi mana kann.. tapi tak de laa sejuk sampai tak boleh tahan.. hihihi 

kat dalam ni ada igloo, orang salji, dan pelbagai lagi lah.. atau nak rasa sesuatu paling nikmat, hirup kopi yang disediakan.. hurmm memang layan..




dah cukuplah beratus-ratus keping bergambar dan selfie sampai lebam kat dalam tu, kami keluar nak habiskan aktiviti kat luar plak.. 


kau kunci cintaku di dalam hati mu.. ๐ŸŽถ
haa gituu, sebab tu sengih serupa kerang busuk je muahahaha..

ya Auloh! apa korang buat nih? dah tak sayang kawan ke? ๐Ÿ˜ฑ

tadi di gari, ni dibiarkan tergantung laa pulak.. ๐Ÿ˜ฒ

hambek kau semua dah macam orang labah-labah.. ๐Ÿ˜‚
style kan gambar kami yang kat atas tu.. itu menggunakan khidmat staff yang available.. hihihi.. kalau tak taw cara memang tak menjadi jugak gambar nih.. nak jugak macam ni kena lah luangkan masa korang tu sikit.. sekali sekala melayan kepala best apa.. hihihi..



bersama Yuki, staff Phantamania, ramah gila dya nih lepas tu merendah diri sangat.. terima kasih buat semua staff Phantamania yang menjayakan kunjungan kami.. happening! tetiba rasa macam dah kenal lama sangat ngan semorang.. eh hahaha..

Phantamania, Penang.
Alamat: 193, Lebuh Victoria, 10300 Georgetown, Penang.
No. Telefon: 04-263 3193
Masa beroperasi: Setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 7 malam.
Tiket masuk:
(Harga Promosi Pembukaan)
Dewasa - RM19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM12

(Harga Biasa)
Dewasa - RM28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM18
Kanak-kanak bawah 100cm - Percuma



Till then! See ya~

30 comments:

  1. tu macam mana yg boleh lena atas bumbung tuh.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. pergh inilah yg Jie dgn satu rumah pergi (except fadh) ahahaha XD

    cantik :D

    ReplyDelete
  3. tempat cemni memang ratus2 keping gambar kena amek.. posing macam2 gaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kak siti, sebab dah alang-alang mai kan.. hihihi..

      Delete
  4. kemain Penang skrang banyak tarikan.. xdan terkejar nak pi jenguk hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. husna pon perhati jgk, dah tu diorang buat muzium nih semua dekat2 georgetown je.. pandai kan..:D

      Delete
  5. ni kalo pi sorang memang sendula dikau dalam tu hehe..

    ReplyDelete
  6. Eh eh, dah lama duk sini baru tau ada tempat ni..
    Nak pegi jugak la..
    Syoknya bergambar camtu.. ^_^

    ReplyDelete
  7. Macam best je pulak tempat ni.. First time sebenarnya akak dengar pasal phantamania nih.. Best2! Nanti boleh pegila nih.. ^_^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akak jenjalan penang singgah laa mesti best! :)

      Delete
  8. seronok kat phantamania ni
    yg best tu ada ice room

    ReplyDelete
  9. Penang ni bukan tak nak pegi tapi tu la takut sesat.hahaha

    Menarik jugak ye tempat ni..utk bujanganacam husna n d geng la.cam kak muni ni ada famili anak kecik macam tak sesuai pulak.tunggu anak2 besaq dulu la..dh besaq jgn ada tmbh anak lg sudah.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan! abah husna pon tak berapa suka masuk penang.. jarang sekali bawak kami satu family masuk pulau.. tp klau akak tringin sgt jgn risau, peniaga kecil banyak sediakan maps sekitar georgetown tu.. :)

      Delete
  10. best masuk tmpt ni.. selfie dlm igloo xmau keluaq2. hahah

    ReplyDelete
  11. Ok. Excited plk nk pi sana blk cuti nt , Lama x pi Penang.

    ReplyDelete