Assalamualaikum w.b.t..
Hi.
tengah nak tutup cerita bulan
September, siapkan entry pekasam walaupun 30hb dah nak habis sebab kalau tak push
untuk habiskan jugak rasanya sampai bila pon tak kan selesai.. akhir sekali
padam macam tu je tanpa kesan..
ini cerita berlaku pada hari
Ahad tengah bulan Ogos 2014, disebabkan semester baru untuk intake degree bakal
bermula, jadi ada beberapa hal nak kena settle di kampus, buat clearance dan
sebagainya sebelum mendaftar masuk.. adik-beradik #weirdolesissy ajak berjumpa
since lama gila kitaorang tak bersua muka, bercerita sampai tak ingat..
eh dah kenal belum
adik-beradik pelik nih?? lepas baca entry nih, open house di merbok, tengok gambar apa semua kenal lah
kot.. semua bekas housemate husna masa belajar diploma dulu..:)
Arifah dan Zaimah, member yang
jauh diorang sewa homestay kat Merbok tido untuk semalam.. datang Affini dan
Dalila teman.. tak lama lepas tu Atikah pon sampai.. Husna pukul 12 baru
memulakan perjalanan.. singgah rumah Imani untuk pergi dengan dya sekali,
berhenti lunch sekejap, pukul 2 baru kami sampai homestay.. dan last sekali
yang sampai ialah kak Hany..
berjanji nak kumpul tengah
hari, hari Ahad tapi dah nak menginjak ke petang baru semua nampak muka.. almaklumlah
tersangkut dengan komitmen memasing, acewahh.. yang sedihnya 2 orang ahli tak
dapat hadir atas alasan tertentu..:(
sampai je homestay, tak sempat
nak bagi salam terus riuh je mulut menyembang tanya itu ini.. boleh bayang tak
bila orang perempuan berjumpa?? rabung macam pasar malam.. hahaha.. alahai
rindunyaa.. 8 orang pulun nak berbalas soalan dan jawapan maw nya tak riuh satu
rumah tu sampai tak sedar ada jiran.. pukul 4 lebih baru kami bertolak pergi kampus..
itu pon tak selesai jugak sebab ada document pending yg memerlukan signature
pihak atas.. pihak atas plak dah balik, yelaa kami datang pon 'awal sangat'..
bhahaha..
perasan tak monopod kat tangan kak Hany (baju purple).. kemain husna ambek gambar diorang, diorang ambek gambar husna..:p |
nak ada muka semua kena laa welfie..bheheee..:3 |
lepak minum kat kafe uitm,
balik homestay solat dan rehat sekejap, pukul 8.30 malam plak keluar pergi
Amanjaya Mall buang suara, buang segala stress yang ada.. yup, jangan tak tahu,
dengan ber-karaoke juga tekanan stress dapat diatasi okay.. sebab nak jerit kat
tepi pantai atau atas bukit macam dalam filem rasa terbatas kan?? jadi jerit
dalam bilik karaoke jelaa sampai hilang anak tekak pon takpaa.. ekekekkee..
pukul 11 malam baru keluar
dari karaoke, singgah kedai makan sebab dah lapar terok, tak daya nak tahan..
pukul 12 diorang hantar husna balik.. ingat tak nak menyusahkan tapi diorang
dah cakap tak pe, husna pon ok jelaa.. sebab rumah husna dari merbok sejam
jugak perjalanan, kesian dan tak elok orang perempuan drive tengah malam.. dah
tu tawakkal jelaa..
Alhamdulillah pukul 1 selamat sampai
rumah husna, mama abah pon dah tido.. perangai tak semenggah, anak dara balik
lewat malam, adik-adik kakak-abang jangan ikut ye.. alaaa ini pon first time,
tak sengaja punya pasal..:p
jealous dengan diorang sebab
masih boleh pillow talk untuk satu malam lagi.. husna plak kena kerja esok paginya..
tak pe laa inshaAllah panjang umur jumpa lagi..
Till then!! See ya~♥
Bro last karok tahun lepas masa buzday...
ReplyDeleteSelebihnya karok dalam kereta je... Tak minat nak karok2 nie
www.broframestone.com
Seronoknya!! Lama tak berkaraoke..
ReplyDeleteMieya karaoke dekat rumah je. Pasang lagu kuat-kuat dan nyanyi lah dengan riang ria nya. hehehe
ReplyDeleteseronoknya berjumpe kengkawan..apepun fiza tak pernah karok..percaya tak? hihi
ReplyDeleteLagu apekah yg sering dinyanyikan ketika berkaraoke? Lama dah tak berkarok ni.
ReplyDeletefaham sgt la anak dara bila jumpa geng mmg riuh jadinya...enjoy la masa muda husna oi.hehe
ReplyDeleteMeriahnya.
ReplyDeleteDah berthun sudah x karok..
ReplyDeletelama dah tak karok...last sebelum kahwin....dah 5 tahun tak karok
ReplyDeleteLama jugak tak karok ..seyess tak pandai lerrr ..Karok ngan anak2 jer la hahahha
ReplyDelete