Assalamualaikum w.b.t..
Salam 1 Ramadhan.. dingin pagi
masih terasa tatkala bumi ditimpa hujan lebat pagi tadi.. sekarang pon masih mendung, rintik, matahari main sembunyi-sembunyi.. Alhamdulillah syukur,
tak de lah rasa penat sangat nak meneruskan hari.. semalam sehari sebelum umat Islam mula
berpuasa, beribu manusia (serius) berpusu-pusu ke Pasar Kemboja di Parit
Buntar, termasuklah keluarga husna.. saja kali nih nak ubah selera kononnya nak
shopping raya belah2 sini plak, sebab ramai sangat dah yang cakap pasal Pasar
Kemboja kat Parit Buntar nih.. ada apa yang famous sangat, nak jugak tengok
dengan mata kepala sendiri bagaimana situasi serta harga dan kualiti kain kat
sana.. bila dah tengok baru boleh bagi komen..
awal pagi lagi dah bertolak,
sebab risau tempat tu tutup awal.. itu je kerisauan kami dalam kereta tu, benda
lain macam kesesakan lalu lintas, sangkut atas flyover memang tak pikir dah..
sebab tak de yang cerita details suasana kat sana.. pertama kali datang, mak
ngah bagi petua ikut jalan ke Hospital Parit Buntar kalau dari Permatang Pasir,
Bandar Baharu.. memang kami ikut sejibik sejiban, sampai lah kena naik flyover
dan dari jauh dah boleh nampak beratus kereta sangkut atas flyover tu.. serius
memang lama, naik kematu punggung, bosan menanti apa di penghujung sana, dan
jangan lupa jaga brek jaga minyak itu je.. rupanya kami dah sampai destinasi,
ya Allah azab betul shopping tak de tempat khusus nih..
tak de tempat khusus?? yup,
orang kemboja nih berniaga bukan di tempat lapang, diorang main selit berniaga
di kawasan rumah orang, rumah kampung.. memang banyak, sepanjang jalan so
bayangkanlah suasana kat situ, mana nak cari parking lagi, tak strategic
langsung.. tetiba terfikir, ini kalau ada emergency macam mana lah rupa.. mujur
di penghujung jalan ada simpang empat, nak parking kereta tak de lah jauh
sangat, boleh berpecah ke kiri mahupun ke kanan, walaupun sebenarnya dah jauh
bagi kami.. husna rasa kalau tak de simpang empat tu sanggup manusia-manusia
nih parking kereta sampai atas, gigih berjalan sampai berkilo-kilo meter.. -.-'
cukup sejam lebih sangkut
dalam kereta, usai parking, berjalan jugak beberapa meter, singgah di setiap gerai
mencari sesuatu yang boleh di bawa balik, dan berkemungkinan ianya luar biasa
dari segi harga atau kualiti.. belek punya belek, memasing tak berkenan, bukan
apa kami sampai pon dah tengah hari, shopping bersama ribuan manusia di bawah
pancaran matahari terik, sangat tak boleh buat keputusan.. banyak je yang
murah, kualiti kain pon ada yang ok dan ada yang sebaliknya.. sempat jugak grab
sehelai untuk abah, orang lain balik dengan berbeg-beg plastik, kami satu beg
je.. hahaha.. dah tak menahan nak bersesak macam tu lagi, dengan perut kosong dari pagi belum isi, mujur belum bulan puasa kalau tak memang menguji betul..
kesimpulannya memang kami tak
datang dah kot.. :p buat pemborong boleh lah ambek peluang macam nih.. murah
melampau, pattern yang dikeluarkan pon nampak baru.. berjalan balik menuju ke
kereta, jam dah hampir pukul 11 lebih, tapi masih ada manusia yang sanggup
redah sampai ke sini.. hebatlah korang, selamat shopping!!
Till then!! See ya~♥
p/s- lalu lintas di Parit
Buntar tak berapa best, 3 kali sangkut atas flyover..
tak pernah pi sana lagi..teringin nak pi shopping..hehe
ReplyDelete1st time akak tau pasal pasar kemboja ni,
ReplyDeletetapi macam best je kan husna
jemput join GA di blog akak ea :)
nampak sangat sesak
ReplyDeletetak pernah sampai lagi.tp ada la member ciksu kt kg gtau dlm wasap nk pi shopping kat pasar kemboja ni..
ReplyDeletekalau ciksu pon x sanggup hadap jem tu kan..mmg mncabar la gayanya ni
tersangat sesak ni...kenderaan yg seswai utk pergi adalah dgn naik motor....
ReplyDeletetak penah sampai lagi pasar kemboja ni.. masyaallah ramainye orang..
ReplyDeleteclick ola bola maria elena
sebenarnya sebelum ni tak sesak...tapi semalam memang sesak gila2 sebab orang terlampau ramai pegi...dan ramai anak rantau yg balik nak pegang puasa...dik an orang parit buntar...so far jalan dia memang tak sesak...nak pegi mana2 just amik masa 10-15 minutes je...tapi semalam sebab bnyak keta maka nak pegi mrsm yg amik masa 10 minit pun boleh jdi 1 jam...bnda sesak2 ni hnya berlaku time pasar kmboja dan nak raya :)
ReplyDeletepernah dengar, dan memang teringin nak shopping situ. dengar kata best :D
ReplyDeleteselamat menjalani ibadat berpuasa :D
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/
shopping raye ke tu..???
ReplyDeletedaripada cara ceritanya bahaya jugak bila bukak bazar withour proper emergency exit..takut jugak laa kalau ada jadi pape yang tak elok nanti...dah laa bazar nie normally sesak...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
slalu dengar jgak psar kemboja ni, tp tak prnah prgi lg..
ReplyDeleteZumal selalu lalu kat Parit Buntar masa balik Bagan Serai tapi tak pernah perasan pun pasal pasar kemboja nie... Nice sharing Husna :)
ReplyDeletesepupu saya rajin datang sini
ReplyDeleteHmm...sesak tu..pandai dia orang berniaga ya..walau lokasi tak strategik tapi masih ramai yang pergi...
ReplyDeletenway Salam Ramadhan Husna...
Asslmkm husna.. Selamat berpuasa.. Klau akk pun, mtk ampun la nk terjah sana klau jem.. Hehe
ReplyDeletehohoho! kalau sesak gitu rupa, kami pun xkan sampai kot. x berbaloi nak berebut.
ReplyDeleteselamat berpuasa!
murah? patutla sesak. kami pun xkan sampai kot.... Susah nak heret budak2 :)
ReplyDeletehappy ramadhan!
x pernah sampai lagi sebab dengarnya camtu lah, sesak..
ReplyDeletekalau harga murah macam best la pulak...tp jauh~
ReplyDeletekalau bersesak memang fiza tak pergi la..setakat nak pergi sekali bolehlah kot.
ReplyDeleteassalamualaikum husna....pasar Kemboja yg kat Johor ni pun mama x pi lg...
ReplyDeleteAssalammualaikum.. husna,
ReplyDeletewalaupun mselim3 tak pernah gi.. tapi nampak sesak jalan nie kan. Tapi kalau berminat sesekali terjah takper... apa salahnyer yer tak...
mselim3
Kawan2 ms kerja kilang dulu sangat suka pergi pasar kemboja ni..tapi akak xpernah sampai pon
ReplyDelete