Monday, June 30, 2014

Bermalam Di Homestay Azman, Bercham


Assalamualaikum w.b.t..


ipoh

sekarang ni semester baru bagi setiap ipta dan ipts dah pon bermula, termasuk lah adik husna yang no 2 nih.. dua minggu lepas kami sefamily ke Ipoh untuk sesi pendaftaran kemasukan dya ke UniKL Royal College Medicine Perak (RCMP), Ipoh.. dya ni kira boleh tahan laa dalam sains, result SPM hari tu pon dapat dua kali ganda dari husna..-.- husna plak nama je aliran sains tapi haram tak boleh pergi langsung.. tak kena dengan jiwa.. dya apply UPU dengan matrik tapi tak dapat kos yang menarik di hati, banyak menjurus ke akaun, tak kena jugak dengan jiwa dya, dya mohon UniKL RCMP dalam bidang farmasi, minat katanyaa.. Alhamdulillah permohonan diterima..  

pendaftaran pagi Sabtu, 21hb, so untuk elak sebarang masalah yang tak di ingini berlaku, kami pon pergi sehari awal.. kemain google homestay area Greentown tak pon memana je yang dekat dengan area tu, tapi sayang lambat sangat buat tempahan banyak yang fully booked.. mujur masih ada satu yang available Homestay Azman, itupon di Bercham dekat dengan Tambun, tak pe lah ambek jelaa nak buat macam mana kan.. kang kalau tolak, tak de langsung lepas tu tak ke haru.. sewanya semalam RM150 je, standardlah kan, rumah pon selesa lengkap semua..

bagi yang tak de GPS macam kami mungkin akan kedengaran susah untuk kemana-mana.. tapi Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar.. masa keluar je persimpangan Bercham tu rasa macam lost sikit tak taw nak kemana, husna sarankan kat sini jangan sombong, pergi je tanya sesiapa.. mujur waktu tu nampak kedai kereta, terus pergi tanya uncle tu jalan nak ke Bandar Baru Putra Bercham.. dya bagi arahan kami ikut je sejibik sejiban.. dan dalam pukul 11 lebih kami sampai, kunci dah siap sedia dalam pos box tinggal masuk je kata tuan rumah sebab hari tu dya kerja memang tak sempat jumpa..

nasi bajet ayam goreng berempah

sebelum abah husna keluar pergi solat jumaat, abah ajak pergi tapaw makan kejap.. keluar je simpang empat taman tu, dari jauh dah nampak bannernya.. ada gerai jual Nasi Bajet Ayam Goreng Berempah, RM3.50 je, malas pikir banyak dan nak cepat gasaklah suruh pak cik tu bungkus.. satu hal yang husna perasan, ramai jugak yang datang beli kat kedai dya nih, sedap lah kot.. air pon kami beli tepi jalan sebab tak jumpa restoran melayu yang berdekatan, kebanyakannya restoran mamak.. bukan memilih tapi dari kecik tak di ajar makan di kedai mamak.. buktinya sampai sekarang tak pernah makan nasi kandar walaupun teringin.. T_T

berbalik pada nasi bajet tadi, satu family teruja.. serius memang sedap dan ayam berempahnya tu besar-besar, nasi pon banyak.. simple je lauknya, ada ayam goreng, kuah kari, sambal belacan dan timun tapi rasanya sangat memuaskan bagi husna dan family.. lepas makan rest kejap, petang tu keluar pergi cari tempat yang nak di tuju esok.. kali ni ikut signboard je, sampai kat hospital terus hilang punca.. apply lagi konsep jangan sombong, pergi tanya mak cik kat hospital tu baru jumpa.. kampus dalam pekan, konfem  hostel ntah mana-mana..

makan malam

on the way balik singgah tesco kejap beli barang adik yang tak cukup lagi, makan malam sesiap, balik rumah dalam pukul 9 lebih layan transformers plak.. sempat lagi walhal esok nak kena bangun awal.. -.- pasal esok, nanti husna sambung sebab dah panjang sangat nih kalah jurnal..:p


Bersambung...











p/s-nasi kandar tak de resepi kan?? cuma makan nasi berkuah kari/gulai sampai melimpah ruah.. 
perkara biasa dah bagi husna..:)

Sunday, June 29, 2014

Bersama Ribuan Manusia Di Tapak Pasar Kemboja, Parit Buntar


Assalamualaikum w.b.t..


Salam 1 Ramadhan.. dingin pagi masih terasa tatkala bumi ditimpa hujan lebat pagi tadi.. sekarang pon masih mendung, rintik, matahari main sembunyi-sembunyi.. Alhamdulillah syukur, tak de lah rasa penat sangat nak meneruskan hari..  semalam sehari sebelum umat Islam mula berpuasa, beribu manusia (serius) berpusu-pusu ke Pasar Kemboja di Parit Buntar, termasuklah keluarga husna.. saja kali nih nak ubah selera kononnya nak shopping raya belah2 sini plak, sebab ramai sangat dah yang cakap pasal Pasar Kemboja kat Parit Buntar nih.. ada apa yang famous sangat, nak jugak tengok dengan mata kepala sendiri bagaimana situasi serta harga dan kualiti kain kat sana.. bila dah tengok baru boleh bagi komen..

awal pagi lagi dah bertolak, sebab risau tempat tu tutup awal.. itu je kerisauan kami dalam kereta tu, benda lain macam kesesakan lalu lintas, sangkut atas flyover memang tak pikir dah.. sebab tak de yang cerita details suasana kat sana.. pertama kali datang, mak ngah bagi petua ikut jalan ke Hospital Parit Buntar kalau dari Permatang Pasir, Bandar Baharu.. memang kami ikut sejibik sejiban, sampai lah kena naik flyover dan dari jauh dah boleh nampak beratus kereta sangkut atas flyover tu.. serius memang lama, naik kematu punggung, bosan menanti apa di penghujung sana, dan jangan lupa jaga brek jaga minyak itu je.. rupanya kami dah sampai destinasi, ya Allah azab betul shopping tak de tempat khusus nih..

suasana pasar kemboja di parit buntar

suasana pasar kemboja di parit buntar

tak de tempat khusus?? yup, orang kemboja nih berniaga bukan di tempat lapang, diorang main selit berniaga di kawasan rumah orang, rumah kampung.. memang banyak, sepanjang jalan so bayangkanlah suasana kat situ, mana nak cari parking lagi, tak strategic langsung.. tetiba terfikir, ini kalau ada emergency macam mana lah rupa.. mujur di penghujung jalan ada simpang empat, nak parking kereta tak de lah jauh sangat, boleh berpecah ke kiri mahupun ke kanan, walaupun sebenarnya dah jauh bagi kami.. husna rasa kalau tak de simpang empat tu sanggup manusia-manusia nih parking kereta sampai atas, gigih berjalan sampai berkilo-kilo meter.. -.-'

cukup sejam lebih sangkut dalam kereta, usai parking, berjalan jugak beberapa meter, singgah di setiap gerai mencari sesuatu yang boleh di bawa balik, dan berkemungkinan ianya luar biasa dari segi harga atau kualiti.. belek punya belek, memasing tak berkenan, bukan apa kami sampai pon dah tengah hari, shopping bersama ribuan manusia di bawah pancaran matahari terik, sangat tak boleh buat keputusan.. banyak je yang murah, kualiti kain pon ada yang ok dan ada yang sebaliknya.. sempat jugak grab sehelai untuk abah, orang lain balik dengan berbeg-beg plastik, kami satu beg je.. hahaha.. dah tak menahan nak bersesak macam tu lagi, dengan perut kosong dari pagi belum isi, mujur belum bulan puasa kalau tak memang menguji betul..

kesesakan lalu lintas

kesesakan lalu lintas

kesimpulannya memang kami tak datang dah kot.. :p buat pemborong boleh lah ambek peluang macam nih.. murah melampau, pattern yang dikeluarkan pon nampak baru.. berjalan balik menuju ke kereta, jam dah hampir pukul 11 lebih, tapi masih ada manusia yang sanggup redah sampai ke sini.. hebatlah korang, selamat shopping!!  


Till then!! See ya~











p/s- lalu lintas di Parit Buntar tak berapa best, 3 kali sangkut atas flyover.. 

Thursday, June 26, 2014

Kiriman Ikhlas Dari Mereka, Bertambah Koleksi.


Assalamualaikum w.b.t..


Hi dan selamat petang.. sepanjang dua minggu tak online atas sebab tertentu, husna terima memacam jenis parcel.. ada hadiah giveaway/segmen, token review barang, dan sampel produk, syukur rezeki yang dikongsi bersama.. sayangnya waktu tu husna rasa bersalah sangat sebab tak dapat nak berhubung dengan sesiapa pon, hati pon mula lah rasa gundah gulana, risau pengirim turut risau penerima dah dapat barang ke belum.. 

selalunya husna macam tuh.. lelagi kalau pos barang bukan jenis guna pos laju, tak dak tracking number, selagi penerima tak maklum barang dah sampai, selagi tu laa rasa tak senang.. sebab kita dah janji nak bagi, then sampai tak sampai memang tanggungjawab kita lah.. so sekarang husna nak inform pada tiga orang pengirim nih, bahawa barang dah sampai.. actually dah lama pon sampai baru nak inform.. :p terima kasih bebanyak..

kurma Yusuf Taiyoob

barang yang pertama, kiriman saudara Zu Mal sebab blog husna terpilih cik random dalam segmen RT yang dianjurkan oleh zu mal sendiri.. dapat sekotak kurma bertangkai keluaran Yusuf Taiyoob.. kengkonon nak simpan masa bulan puasa nanti, tapi tak sempat dah sebab memasing bajet macam bulan puasa makan kurma sebelum makan malam.. lepas tu selamber je makan macam kerepek sambil tengok tv.. -.- anyway terima kasih zu mal.. kalau tak silap husna, zu mal nih ada bisnes kurma.. kalau rasa nak order atau apa-apa pertanyaan, boleh lah contact zu mal sendiri.. kalau rasa nak kenal cecepat terjah Dunia Zumal..:)

keychain, Bandung indonesia

hadiah kedua, kiriman dari kak Yumida.. rezeki blog terpilih oleh cik random jugak dalam Segmen Blogging dan Menang Hadiah yang dianjurkan sendiri oleh kak Yumida.. husna dapat keychain comel dari Bandung, Indonesia.. terima kasih kak.. first time husna bertegur sapa dengan kak Yumida kat facebook waktu nak bagi alamat hari tu, sopan betul akak nih..hehehe.. harap boleh kenal rapat lagi lepas nih..:) untuk pengetahuan semua, kak Yumida nih murah hati sangat, suka je buat segmen tak pun main teka teki, pastu kalau ada yang teka betul, konfem orang tu akan dapat ganjaran.. semoga terus dimurahkan rezeki akak..:)

fridge magnet, Cameron Highlands

hadiah yang ketiga, kiriman dari kak Fiza sebab rajin sangat komen kat blog beliau bulan lepas.. sebagai penghargaan dapatlah seketul fridge magnet, tertera Cameron Highlands kat situ.. terima kasih kak Fiza.. sengih macam kerang busuk waktu tengok fridge magnet tu sebab bertambah lagi koleksi fridge magnet husna kat peti sejuk mama, hahaha.. husna perasan ramai jugak blogger yang suka kumpul FM nih termasuklah kak Fiza..:)

sekian dulu berita petang ini.. ada kesempatan beserta kerajinan husna update lagi ye..:p nak pergi buat ais krim kejap.. ada orang dah teringin sangat..


Till then!! See ya~











p/s-pagi tadi pon dapat berita gembira.. Alhmadulillah berkat doa semua..:)

Tuesday, June 24, 2014

Perbezaan Peralihan Perasaan Perempuan


Assalamualaikum w.b.t..


(draft waktu tengah marah)
cukup dua minggu hidup tanpa wifi, gara-gara isnin 9hb lepas hujan lebat disertai guruh dan kilat.. husna tak salahkan hujan lebat, malah lagi suka.. tapi ini berkaitan satu hal.. dah banyak kali hampir setiap hari call this-private-company customer service mintak technician diorang betulkan apa yang patut tapi hari nih baru settle.. katanya ada something terbakar pada kotak suis utama kat dalam taman nih, memerlukan masa dua tiga hari untuk diperbaiki.. sayangnya husna yang menghitung hari dah genap dua minggu, dah laa bil berjalan.. tak taw nak cakap efficient ke tak diorang nih, tapi bila kita lewat bayar sikit terus kena sekat.. hebat sangat!!

dua bulan lepas bil telefon melambung, bila double check senarai nombor yang tertera kat situ, haram satu nombor pon tak kenal.. lagi lagi tempoh masa makhluk tersebut bergayut kemain lama, dan yang peliknya pada waktu kami sendiri tak jangka.. kami syak ada orang curi kabel, tapi ini bukan spesies yang main potong wayar, dya potong line terus.. abah pergi buat report sekali bayar bil, dan tak sangka diorang, pihak private-company tersebut cakap zaman sekarang dah tak de orang main potong kabel.. HA HA HA HA zaman sekarang orang lagi cerdik cik abang oii.. bodoh sangat kalau dya pergi main potong wayar, sebab dya taw risiko yang bakal dya tanggung, kena short mati katak je..

diorang cakap akan ada pemantauan susulan.. Alhamdulillah bil telefon bulan lepas susut lah sikit nilainya dan dah tak de nombor yang pelik.. sekarang husna nak bayar hutang, nak blogwalking sampai lebam sambil ditemani segelas susu soya Nutremill sejuk.. dapat free sample, satu tiada gula tambahan dan satu lagi kurang gula.. basah tekak tetengah panas macam nih, heaven on earth sangat..;p   


(taip lagi waktu tengah cool)
syukur dah ada kembali internetnyaa, tadi technician diorang datang perbetul apa yang patut.. terima kasih.. gembira tak terkata, bukan apa takut risau ada insan yang menunggu.. (memang ada pon) tak suka sebenarnya buat orang menunggu nih, dan lagi tak suka kalau kena menunggu.. dua minggu jugak blog tak update, tak jengah baca cerita bloggers yang lain dan komen apa yang patut.. nak mula balik rasa janggal pulak, hahaha.. parcels berupa hadiah tanda penghargaan pon berlambak menanti giliran.. terima kasih buat pemberi, mesti memasing tertanya-tanya dah sampai ke belum.. inshaAllah nanti husna update..:)



Till then!! See ya~










p/s-kata orang sabar itu penting, tapi sebenarnya sabar kena bertempat jugak..
p/s-header tu ada orang baik dan rajin bagi, jadi cecepat tukar.. terima kasih Encik KN..

Saturday, June 07, 2014

Baby Blue Phone Strap by Shad, Aku vs Dia




Assalamualaikum w.b.t..


short update for awhile.. masih diselubungi misteri bug, which is iklan yang muncul dari pelosok dunia mana ntah berpeleseran dalam site.. dan seterusnya, browser google chrome yang gila, husna install tak nak lekat.. cannot read lah pulak.. member cakap ianya berpunca daripada bug.. -.- tak taw lah ni benda kecik ke benda besar, tapi kalau dah tak reti macam husna nih, migrain boleh muncul tetiba..

actually bukan nak berleter pasal tu, tapi nak cakap hadiah misteri menang dalam Giveaway Simple-simple by Shad dah sampai.. sampai dah dua tiga hari dah pon, tapi husna baru nak kecoh kat sini.. Shad mesti tertanya-tanya kan, barang dah sampai belum.. Alhamdulillah dah selamat sampai, maaf ye Shad lambat inform..

phone strap

husna dapat phone strap warna baby blue.. nice!! lepas nih boleh gantung kat phone tak pon sangkut kat kunci.. terima kasih Shad!! :) jom terjah blog Aku vs Dia by Shad.. boleh tambah kenalan, tapi kalau dah kenal pon kena terjah jugak.. paksa nih.. ngehngehngeh..


Till then!! See ya~










Review Blog Top Commentators | Tiga Blog Sekaligus #1




Assalamualaikum w.b.t..


Dah masuk bulan Jun, review blog top commentators bulan Mei pon tak habis lagi.. terok betul husna nih, apa benda yang sibuk dibuatnya pon tak tahu.. ambil masa lama sungguh, pada hal bukan banyak mana pon nak kena review.. dan untuk tidak membuang lebih banyak masa, acece, maksud husna, dari terus tersimpan dalam draft buat pekasam, eh tak tak, pekasam sedap sangat, dari terus basi naik berulat, lebih baik diteruskan malam nih.. dan husna berhajat nak update pukal je.. boleh kan?? :p

http://sheilashahfiekry.blogspot.com/

blog yang pertama untuk malam nih adalah Blog Sheila Shahfiekry, blog yang simple dan kemas.. tak banyak widget, widget yang ada pon habis disatukan menggunakan tabber widget.. Blog kak Sheila menggunakan warna hijau muda dan putih sebagai warna utama.. sejuk mata memandang, lelagi mata yang minat warna hijau nih..:p

untuk pengetahuan kak Sheila dah dua minggu bergelar seorang ummi.. Tahniah kak, husna dah lama tak jengah blog akak sebab tak perasan pon update melalui blog mahupun facebook dari akak.. maaf ye..:) Alhamdulillah, baby selamat, umminya pon selamat.. nak tahu baby apa, kena lah jengah blog kak Sheila.. and not to forget, Happy Belated Birthday Kak Sheila!! semoga sentiasa di hujani rahmat Allah SWT.. Ameen..

http://www.azhafizah.com/

blog seterusnya ialah Blog Si Hati Merah Jambu, dan pemiliknya ialah Azhafizah Md Nor, atau lebih mesra dengan panggilan kak fiza.. seorang suri rumah tangga dan blogger sepenuh masa.. blog kak fiza bertemakan warna pink, sebab itu warna kegemarannya..

sebut je nama blog atau tuan blog mesti semua orang dah kenal.. seorang designer yang bukan calang-calang lagi, kreatif dan berbakat, hasilnya amat menarik.. cakap je nak design apa dan macam mana, nanti kak fiza buat, sure puas hati.. inshaAllah.. kak fiza ni rajin share resepi, tapi husna je belum berkesempatan nak cuba buat.. nak taw resepi terbaru dari kak fiza?? jom terjah blog azhafizah.com..

http://norumara.blogspot.com/

last blog untuk malam ni, Blog Mrs Erry Bercerita.. mesra dengan panggilan Deqla Manjew tapi husna panggil kak deq.. yelaa tak kan nak panggil nama je, kang kena cop kurang ajar plak.. :p orangnya kecik molek, seorang yang ceria.. itu berdasarkan apa yang husna nampak lah.. tapi kalau nak bukti jugak, boleh tengok blog kak deq.. memang ceria..:)

kak deq seorang yang sukakan kucing, rasanya bukan suka tapi cinta.. kak deq dah anggap diorang tu macam anak sendiri dah..:) Husna tak pasti berapa ekor semuanya, tapi husna taw banyak.. jantan betina semua ada.. kecik besar, tua muda.. >_< jom singgah blog Mrs Erry Bercerita..


Till then!! See ya~










Thursday, June 05, 2014

Resepi Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastard


Assalamualaikum w.b.t..


Hi. beberapa hari lepas husna ada buat Puding Roti Bakar dengan Sos Kastard.. husna rujuk resepi kat SINI.. macam biasa hasil blogwalking kat blog orang.. lepas tu bookmark, postpone buang tigapatlima minggu.. tunggu masa nak keluar pergi beli barang je.. keluar beli barang minggu lepas tapi minggu nih baru buat.. faktor kurang rajin menguasai diri.. bukan malas ye.. beza sangat tu.. 

hari tu puding roti kukus, kali nih puding roti bakar plak.. tukar selera kengkononnya.. nak buat puding roti nih senang je.. tak remeh mana pon.. main lempaq-lempaq pon boleh.. cepat plak tuh nak siap.. rajin dengan tak rajin je.. tapi kalau dah nak makan, memang kena rajin lah jugak.. lainlah kalau rezeki bergolek tetiba ada jiran baik hati nak bagi.. tapi kalau husna, hasil sendiri lagi puas hati.. nak complaint lelebih pon tak paa, sendiri yang bikin.. jom husna share resepi..

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain.. 

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..

Dah siap semua boleh lah makan.. sos kastard tu berlemak sikit, sebab husna terbuat pekat, so kalau makan banyak secara serentak memang tak boleh pergi.. boleh rasa muak, jadinya nak neutral balik jangan lupa minum air kosong.. laju je boleh hadap balik.. malam tu habis satu loyang, adik-adik buat kerja, pakat angkut sorang sikit.. abah husna plak makan saja puding tu tanpa sos, sebab dya cakap pelik kalau makan sekali.. hahaha.. makan saja pon sedap, sebab puding tu dah manis..


Till then!! See ya~ 










Perubahan Blog, Bertukar Kepada Template Simple


Assalamualaikum w.b.t..


selamat pagi semua.. selamat sarapan yang sesedap.. dah masuk blog ni jangan terkejut lalu pengsan rebah tak sedar diri plak dek kerana perubahan 360 darjah yang husna dah TERbuat.. yaa husna dah terbuat.. kadang-kadang lebih baik berlaku secara tak sengaja dari asyik fikir bila nak mula.. hari pon berlalu macam tu saja tanpa nampak apa-apa perubahan.. hampeh sangat..

sebenarnya husna dah lama berfikir nak tukar template.. cemburu tengok template blog orang kemas nak mati, teratur serba serbi, tak serabut mata memandang.. rasa nak datang lagi ada.. tapi bila fikir balik, tengok balik blog sendiri rasanya tak de la kusut mana.. hati kecil ni je tak puas hati.. biasalaa manusia naif penuh dosa lagi hina.. yang tak reti bersyukur dengan apa yang dah dikurnia.. Astraghfirullah hal azim..

tempoh hari melawat blog Jia, husna berkenan tengok template yang dya guna.. dya pon baru tukar template je.. komen sikit nak jugak, sibuk sangat, jia bagi link new blogger template 2014.. puas belek, dah pilih warna berkenan, isi dalam plak tak berkenan.. bila isi dalam berkenan, warna plak tak menarik.. -.- susahnya hidup.. *tetiba* lepas tu husna decide tangguh je dulu, nanti fikir lain..


dan tadi malam, angkara tangan rasa gatal nak tekan template dan pilih yang simple pastu apply to blog.. nah!! tak de pasal dya nak preview dulu, main hentam lekat terus.. gelabah dua saat, terus bertindak edit yang mana patut.. siapkan header baru, dah jemu tengok manusia tersadai bajet lepak tepi pantai.. header baru pon tak lawa mana, spesies kepala otak tak kreatif.. macam tu jelaa hasilnyaa..

husna pilih template simple sebab rasa macam best je tengok blog yang guna template nih.. jangan ingat husna terjah blog tak belek habis sampai attribution ye.. asal kemas sikit, scroll sampai bawah tengok template apa.. hahaha.. template putih bersih sesuci lebaran tanpa sebarang cela.. nak cakap pembahagi widget pon tak dak.. template husna sebelum ni hasil edit oleh Sharina Elyana.. dya yang edit blog husna sampai kemas, cantik dengan warna oren.. warna kegemaran.. terima kasih sha.. tapi kali ni, temanya putih dan hijau.. pergi cepat hover memana link, nanti terjojol lah warna hijau.. hehehe..


Till then!! See ya~