Tuesday, March 25, 2014

Sesi Riuh Sepadang di Hari Sukan


Assalamualaikum w.b.t..


Asyik tenggelam timbul je sekarang nih.. maaf la ye.. terpaksa settlekan apa yang patut dulu.. blogwalking husna sempat singgah sorang sikit je.. muehehehe.. demi untuk tidak membiarkan blog terabai, tengah hari ni husna continue update pasal cerita lepas ye..

Walaupun cerita lepas, cerita ni la yang husna nak sangat baca dan tatap gambar seketul-seketul makhluk Allah yang akan dirindui nanti.. lepas tu mula laa senyum, gelak kekekeke sengsorang.. -..-

sport day banner, kelab banker, uitm kedah
datang nak enjoy, jadi kena enjoy pepuas..

Pagi Jumaat 28 Februari 2014 yang lalu, setelah lama Kelab Banker UiTM Kedah sunyi tanpa cerita, jadi kali ni muncul dengan Sport Day.. part 2 yang handle program ni.. jadi hanya perlu bawak diri dan enjoy.. seperti yang telah ditetapkan kami part 6 harus berbaju hitam.. lantaklah hitam yang macam mana.. janji ada warna hitam..  

Kali ni housemates husna tak semua yang pergi.. hanya separuh je.. sebab lagi separuh balik kampung.. kami yang pergi ni pon balik tapi disebabkan sport day yang terakhir untuk diploma jadi why not kita meriahkan lagi.. tak lama pon event berlangsung, nak menginjak tengah hari selesai laa..

Pergi pon lambat, sibuk nak balik je.. Ikut akal nakal kami malas nak join senamrobik.. tak larat.. tak sangka sampai je pagi tu ngam2 depa tengah buat senamrobik.. dengan hati kering selamba dek je, parking kereta dok dalam kereta.. usai je senamrobik baru pergi daftar.. perangai tak semenggah langsung..

futsal perempuan, sport day, bankers, uitm kedah
seqeyau tengok depa main.. siap bersilang2 kaki.. :(

futsal lelalki, sport day, kelab banker, uitm kedah
orang lelaki main elok je.. tak ganas macam pompuan pong.. -..-

Acara yang pertama dimulakan dengan pertandingan futsal.. kawan2 husna sibuk ajak main walhal kita ni haram tak taw langsung pasal sepak terajang bola nih.. dah la dok risau terkangkang je tetengah tu.. jadi husna tak main.. actually husna mana main apa pon.. :p tengok je orang main.. lepas tu kena keletuk dek bola futsal tu dua kali.. tengok!! tak main pon boleh terkena.. nasib betul..

bonding time +_+

Ada je game lain yang berlangsung sepanjang pertandingan futsal tu.. tapi gigih tak nak berpisah dengan housemates.. pulun dok tengok yang lain main.. Ada satu je pertandingan yang husna sibuk nak daftar, hehehe, kerusi muzik.. so kebudak-budakkan husna ni.. itu je yang husna mampu.. 0.0 lagipon datang nak enjoy.. so suka hati laa.. hehehe..

tarik tali, sport day, kelab banker, uitm kedah
pakat susun strategi kemain hehehe

Acara yang paling ditunggu-tunggu, acara tarik tali.. suka!! ^_^ bukan suka tarik, tapi suka jerit suruh mereka tarik.. hahaha.. riuh sepadang weyh.. part 6 dapat no 3.. hehehe.. ok la tu.. menang kalah tak penting, semangat tu yang kita maw.. ;)


Till then!! See ya~ 





















p/s- takziah buat keluarga penumpang dan krew #MH370.. 

Wednesday, March 19, 2014

Bowling di Amanjaya Mall, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Harap maklum, episod yang bakal ditayangkan pada kali ni dan seterusnya (tak taw sampai bila) bersifat cerita lalu.. jadi jangan tak nak baca plak, penat husna menaip.. :( ini kes, cerita ada tapi masanya nggak ada.. -..- bukan senang nak menulis ni, kena ada ilham nak mendongeng baru best nak taip.. hehehe..

Kisah sekitar bulan Februari yang lepas.. hari Jumaat bersamaan 21hb.. selaku housemate (Zaimah) terlibat dalam  menyediakan kertas kerja untuk program Tournament Bowling anjuran JPNR.. makanya secara tak langsung kami seisi rumah yang lain turut diheret untuk menjayakan program tersebut.. that moment when fee charge yang kena tanggung langsung tak berasa sebab, group husna menang..

wait!! jangan teruja dulu.. penghujung cerita nanti baru fikir nak teruja ke tak.. :p

lepas je bebudak lelaki balik dari solat Jumaat, event pon start.. kami lah yang paling awal sebab nak kena double check booking.. ambil lane yang paling hujung dan terperuk supaya nanti bila masuk longkang orang tak kisah sangat.. lagi best, suasana dalam tu suram2 je macam pergi disko.. first time pergi tempat bowling yang lightingnya suram.. 

total group pemain, 5-lelaki dan 3-perempuan.. muka masing-masing gelojoh je nak main.. ada yang baling, ada yang lempaq -..-, ada yang baling terlepas ke belakang, dan yang play smoothly ofkos la bukan kitaorang.. hahaha.. game yang pertama mental fizikal semua still maintain.. masuk je game kedua, dah tak boleh tahan dah.. pancit!! main sekadar ambil syarat nak habiskan je..

lega bila dapat tamatkan.. usai selaku penasihat, Encik Norridzwan Abidin catat markah, emcee ambil tempat dan mengumumkan group-group yang bertuah..

johan, bowling, JPNR uitm kedah
Johan kategori lelaki

johan perempuan, bowling, jpnr uitm kedah
johan kategori perempuan *sesat sorang :p

naib johan kategori lelaki, bowling, JPNR uitm kedah
naib johan kategori lelaki
 
naib johan, perempuan, bowling, jpnr uitm kedah
naib johan kategori perempuan 
group husna dapat naib johan.. tak de la terror mana.. boleh menang pon sebab perempuan ada 3 group je.. (itu yg KN kite cakap -..-) kalau hitung tanpa kategori lelaki atau perempuan, conform tersasar jauh.. jadi kesimpulannya kite still teruja, dan awak kalau nak teruja jugak, terima kasih diucapkan.. muehehe..

berada di samping cik ted.. >_<





















p/s-gian nak main lagi.. :p

Thursday, March 06, 2014

Shopping Tudung Online di Zalora Malaysia


Assalamualaikum w.b.t..


Leka tengok outfit Felixia Yeap hari demi hari.. semenjak dya dah berubah ni, husna tengok dya makin comel bertudung.. terletak indah  dengan bermacam-macam gaya.. husna tak berapa minat sangat nak menggayakan tudung ni.. kalau boleh nak pergi kelas tu, nak pakai sesimple yang boleh tapi dalam waktu yang sama mestilah nampak cantik.. gile tak cantik?? abang tuff lalu sebelah pon dya tak perasan taw, apatah lagi nak pandang sebelah mata.. :p

Tak dinafikan bahawa, seiring dengan pembangunan yang semakin pesat, fesyen tudung kini pon tak nak kalah.. terdapat dalam pelbagai rekaan dan style yang moden.. dan untuk mendapatkan sehelai tudung yang cantik, tanpa perlu bersungut malas nak keluar shopping, pakwe sibuk tak nak tolong temankan, trafik jem gara-gara sepuluh tiang lampu isyarat sepanjang jalan, amatlah mudah apabila wujudnya koleksi tudung online di laman web ZALORA Malaysia..

Sebagai Malaysia Online Shopping Portal yang terbesar, ZALORA  menyediakan pelbagai koleksi tudung yang selesa dipakai dengan harga yang amat berpatutan.. Lagi menarik kebaboom, kalau dapat tengok banyak warna dan corak dalam satu masa tanpa perlu hadap salesgirl yang kerek asyik ikut bontot pelanggan mana je orang p.. baru syok nak pilih kan..:p

dah berkenan ke?? ^_^

Inginkan sesuatu yang ringkas tetapi bergaya?? hanya perlu tudung bercorak kosong untuk dipadankan dengan blaus atau dress labuh bermotif serta lengkapkan gaya dengan sepasang kasut ballerina.. nah!! kejap je nampak comel.. hehehe..

Sebaliknya, jika ingin sesuatu yang lebih ceria, pakai je sehelai tudung bermotif yang berona ceria untuk dipadankan dengan baju-t lengan penjang berwarna hitam bersama seluar jean kegemaran.. Walaupun dengan hanya memakai baju-t ringkas berona gelap, tak mungkin mamat yang tengah pandu audi tak perasan.. kan??

salah satu rekaan di Zalora 
Apa tunggu lagi?? layari laman web ZALORA sekarang.. dengan melakukan beberapa langkah mudah, tudung cantik anda akan dihantar ke rumah secara percuma!! tak perlu risau kalau tetiba nak tukar fikiran, ZALORA juga  menyediakan perkhidmatan pemulangan percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.. hebat kan??

Untuk tidak terlepas daripada mengikuti segala tawaran hebat daripada mereka, pastikan anda mengikuti laman web sosial ZALORA di Facebook, Twitter, Instagram dan GOOGLE PLUS hari ini juga.. :)


















p/s- husna sendiri pon dah pernah shopping dengan Zalora!! :D

Monday, March 03, 2014

Lunch di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang


Assalamualaikum w.b.t..


Meniti hari untuk berpisah antara muka.. mengumpul memori untuk hari kelak.. berharap ada cerita di sebalik kejadian.. suka dan duka adat pertemuan.. moga ukhuwwah yang terjalin di redhaiNya.. :')

****

6 Februari lepas, husna dengan housemate ke Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang.. yang berada di kawasan Taman Ria Jaya, Sungai Petani yang berhampiran Cinta Sayang Golf Resort.. tak susah pon nak cari.. tapi sesat jugak la sampai kan melilau cari dan sempat buat kesimpulan bahawa restoran tu dah tutup.. walhal buka berniaga macam biasa je.. Cuma kedudukannya berubah..

kalau dari Hospital Sultan Abdul Halim tu, sampai simpang empat masuk kanan, dan sebelum jumpa resort, restoran di sebelah kiri.. Corner lot dalam kawasan perumahan.. restoran ni ada dua cawangan.. yang utama di area Cinta Sayang Golf Resort.. dan yang cawangan di area Lagenda Height..

nasi lemak cinta sayang, cinta sayang golf resort, sungai petani
setia dengan barli.. ;)

Restoran ni bukan je menyediakan nasi lemak ye.. nanti ingat nama dya Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang terus anggap restoran ni tak dak nasi putih.. ada je.. lauk pon kemain sedap.. buat mereka yang teringin kan kelainan, tengah hari nak makan nasi lemak boleh la ke sana..

Menu husna plak, plan asal nak makan nasi lemak, tapi tak jadi.. sebab terpengaruh dengan sambal belacan dan ulam yang tertenggek kat hujung hidangan.. lagipon rasa macam tak sedap plak makan tengah hari dengan nasi lemak.. :p even nasi lemak nya bukan lah jenis nasi lemak yang limaplohsen mahupun singgit.. 

harga kat situ boleh tahan jugak lah.. tapi kalau student macam husna nih, nak makan kat situ hari-hari tak mampu kot.. hehehe.. kalau boleh jimat lagi memang akan jimat.. :p


Till then!! See ya~ 




















p/s- bestnya kalau dapat jadi pengacara JJCM.. :p

Sunday, March 02, 2014

Ceramah Maulidur Rasul 1435H


Assalamualaikum w.b.t..


Sebulan yang lalu, 21 Januari, bersamaan 19 Rabiulawal 1435H, telah berlangsungnya Majlis Ceramah Maulidur Rasul di Dewan MRSM Merbok, Sungai Petani.. Penceramah jemputan pada malam tu ialah Imam Muda Azhar.. atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Azhar Ghazali..

Majlis berlansung anjuran Jawatankuasa Pelajar Non-Resident (JPNR), dan penasihat En. Norridzwan Abidin.. pada malam tu kami satu rumah hanya handle apa yang patut je.. susun kerusi, sediakan tempat duduk pelajar mengikut sekolah, usai majlis edarkan makanan.. dan Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar..

ceramah maulidur rasul, mrsm merbok, sungai petani, tahfiz mahabbah
berdebar je rasa masa mereka berqasidah

Majlis bermula dengan qasidah dari pelajar sekolah tahfiz.. dan seterusnya ceramah dari IM Azhar..

Sedikit intipati ceramah pada malam tu..

kata beliau, dengan mengamal sunnah nabi, kita akan mendapat 100 pahala shahid.. wallahualam.. tak perlu berperang pon.. antaranya ialah, posisi ketika tidur iaitu tidur ke kanan, bahu kiri ke atas.. memakai pakaian putih dan berserban, seterusnya cara duduk semasa makan..

kata beliau lagi, zaman nabi dulu, semasa nabi cedera, para sahabat bersungguh-sungguh mahu membantu nabi.. sampaikan ada yang sanggup menjilat darah nabi.. jika menjilat darah nabi, dipercayai tidak akan di jilat api neraka.. wallahualam.. jika sekarang, kita hanya perlu patuh pada kedua ibu bapa kita.. nescaya syurga ganjarannya.. inshaAllah..

banyak lagi yang diceritakan, hanya mampu berkongsi apa yang masih di ingatan.. :)

imam muda azhar, ceramah maulidur rasul, dewan mrsm merbok, uitm merbok
bersama Imam Muda Azhar


















p/s- kata IM Azhar, kalau sayang nabi, sekurang-kurangnya mesti ada sebuah buku mengenai akhlak nabi..