Saturday, February 15, 2014

Si Putih Kemutih Kegemaran Saya


Assalamualaikum w.b.t..


Salam hujung minggu!! rindunyaa nak berceloteh kat sini.. rindu lagi nak membebel kat blog awok semua.. tapi husna jarang dah dapat peluang centu sekarang.. tengok macam cuti minggu ni laa, balik jer kampung, bersenang lenang dengan bantal + tilam + laptop terus rasa berat sangat nak buat kerja.. huhuhu..

hari ni husna nak share sikit khasiat barli yang husna jumpa kat facebook.. orang cakap kat facebook tu rumors ja banyak tapi jangan risau, husna dah pon google pasal si kecik putih kemutih barli nih.. kurang lebih je faktanya..

Khasiat air barli ;
 
Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
 
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
 
Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.


See!! hebat kan si kecik puteh kemutih barli ni.. husna sendiri kalau pergi makan kat luar mesti order air barli.. lepas tu mintak kurang manis dan kurang ais.. baru havoc!! hahaha..

air barli, khasiat barli
time makan kat hotmas tahun lepas..

air barli, khasiat barli
masa makan di D'King..

zaman sekarang ni, macam-macam penyakit boleh sergah dan menumpang, jadi apa salahnya kalau makan tu pantang sikit.. tak biasa kita biasa kan, ye takk?? :)



Till then!! See ya.. 



















p/s- housemate suruh try barli susu plak.. :P

20 comments:

  1. Assalamualaikum husna, akak ada beli satu pek. Pernah try rebus. waduhh lambat. jadi malas pula nak buat lepas tu. hahahaa. pasrah betul T__________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak.. husna tak penah lagi beli dan rebus sendiri.. pi kedai je belasah beli.. hehehe..

      Delete
  2. Assalammualaikum...husna,

    wah minum barli... ia bagus jugak utk menyejukkan badan yang panas,,

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam mselim..
      husna suka gigit2 biji barli tu.. sedap~~ :)

      Delete
  3. Replies
    1. banyak.. yang kita tak sangka pon ada kan.. :)

      Delete
  4. mmg bagus makan barli ni.. selain banyak khasiat, ianya juga sunnah nabi.. nabi mmg suka barli..

    ReplyDelete
  5. Barli fav.fiza jugak ni husna..sedap makan gigit² barli tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. sama laa.. husna pon suka gigit2 barli tu.. dah habis bru mnum air.. :p

      Delete
  6. Suka jugak. Klu buat kat rumah.akak blender biji si.putih tu sampai halus.sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. blender biji barli tu?? uish lain dari yg lain nih.. :D

      Delete
  7. betul tu. ciksu pon suka amlkan. kat rmah sntiasa ada stok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya ciksue.. husna tak pernah beli dan buat sendiri.. :p

      Delete
  8. mmg mujarab utk penyakit kencing x lawas.. akk penah kena penyakit tu pas tu cpt minum air ni trs baik.. seksa giler kencing x lawas tu...

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates