Assalamualaikum w.b.t..
haluu haluuu.. husna in da
house!! =)
fuhhh~ peluh bercerau-cerau..
sibuk ya amat.. terkejan sana sini.. ni pon baru lepas basuh baju, balik dari
keluar makan-makan satu kelas.. kesinambungan dari Trip ke Bank Negara Malaysia, Penang.. kejap lagi hafal oral mandarin pulak.. waduhhh~ kurang rehat
mak nak..
eh!! ingat lagi x pasal novel
Tak Secantik Husna dua minggu lepas?? Husna ni kalau bab novel kurang minat
sikit.. hari tuh beli pon sebab mama dah pesan.. lagi seketul tu mengada beli
sebab ada nama husna.. =P memandangkan Isnin lepas husna sedikit tidak sihat,
husna berjaya habiskan seketul novel dalam sehari.. pakej!! siap ada batuk,
selsema, kepala berat dan badan panas..
macam x percaya ja.. kalau
dulu time sek men, member sibuk passing novel dalam masa sehari je, husna mesti
berhari-hari.. -_- tapi percaya lah.. mungkin sebab dah x larat nak buat
apa-apa.. kelas pon terpaksa cancel.. pagi mula baca, maghrib dah habis.. makan
pon tidak.. asyik berbungkus je.. boleh jadi sejarah nih.. muehehe..
Tak Secantik Husna
karya Ainul Hazrah
“Setiap kali ku
lihat wajahmu bergetar seluruh sukmaku”
Cerita ini mengisahkan Luqman
Hariez, 29, terpaksa memilih suri hidup dari tujuh cucu mak toknya atas dasar
ingin mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga Opah.. Hariez seorang
berkerjaya tapi masih tiada yg bertakhta di hati.. perkara ini memudahkan lagi
urusannya..
6 keping gambar di tatap,
Husna jadi pilihan.. cantik, manis, nampak ayu dengan mata yg redup dan
menyejukkan hati.. sekeping lagi gambar tidak di beri oleh mak tok, kerana
memikirkan perihal kisah lama.. membuatkan Tija di benci.. balik je kampung dia
di kerah membuat kerja rumah..
tapi dalam tempoh 2 minggu
mereka sepupu sepapat berkenalan, berhibur dan riang bersama di rumah mak tok,
Hariez seperti terpikat dengan keletah manja Tija.. suka tengok Husna tapi x
dapat berjauh dengan Tija.. Istikharah di dilakukan.. memohon petunjuk untuk
membuat pilihan..
dan akhirnya, Siti Zarith
Zahra, 19, nama sebenar Tija, di pilih untuk menjadi suri hatinya.. tidak mudah
untuk mengecap bahagia.. mak tok seperti tidak setuju dengan pilihan Hariez,
pelbagai cara dilakukan untuk memisahkan mereka.. Husna dipergunakan..
namun hakikat sebenar
membuktikan bahawa Tija telah menyelamat nyawa mak tok suatu ketika dahulu..
terkedu mak tok dan akhirnya, mak tok dan Tija berbaik.. dan bahagia milik
Hariez dan Zarith..
p/s-x pandai nak kasik
summary.. macam bagi cerita kat bebudak tadika je.. muahahaha.. =P