Wednesday, November 30, 2016

Malam Terakhir Dengan Ex-Housemates Ke Restoran DQ, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Malam Terakhir Dengan Ex-Housemates Ke Restoran DQ, Sungai Petani | sebelum memulakan cerita, husna nak pesan sesiap, setiap cerita merupakan kisah mengenai pengalaman dan pendapat husna sendiri jadi sememangnya tak akan sama dengan orang lain! Sebabnya, setiap orang ada pendapat yang berbeza jadi jangan nak samakan cerita husna dengan memana cerita lain.. starlight dahi tu nanti!

Okay back to the story! ๐Ÿ˜„


cerita ni dah lama sebenarnya, serius! memang sangat sangat lama sampaikan tak sanggup nak bagitaw tarikh sebenar gambar diambil.. ekekkeke tak sengaja terperam dalam draf.. untuk mengelakkan gambar terbuang begitu saja, husna terbitkan jelaa ye..

seingat husna malam tu husna dan seisi rumah (8 orang) keluar ke Amanjaya Mall main bowling sebab nak luangkan masa yang masih berbaki sebelum semester tamat.. keesokkannya pulak kami berendam di The Carnival, Sungai Petani.. pasal tu nanti husna cerita taw! hihihi.. ๐Ÿ˜

kengkawan rumah husna waktu ni semua kengkawan waktu diploma, satu kelas.. tiga daripadanya memang pernah satu rumah, sebab tu rasa macam sayu lain macam je nak tinggal memandangkan waktu ni semester terakhir diorang sebelum keluar ber-internship.. depa ni sampai dah paham pe'el perangai husna yang kekadang betul kekadang tak berapa betul.. ekekekke.. ๐Ÿ˜†

sepanjang satu rumah, sifat give and take tu terlalu banyak, ya allah, dah laa jenis tak berkira.. jujur cakap, kita kalau berkawan dengan orang yang jenis tak berkira ni, kita pon dengan secara automatik tak lah berkira sangat.. syukur Allah temukan husna dengan kawan-kawan yang baik.. ๐Ÿ˜

selesai je melongkangkan semua bola bowling tu, kami buat pilihan untuk ke DQ Restaurant N’ Cafรฉ je untuk makan malam..

ini antara apa yang kami pesan.. 
Kuew Teow Goreng  


 Chicken Chop Cheese + Extra Cheese | RM9.00 + RM1.00


Kuew Teow Tomyam | RM6.00 


Chicken Chop Spicy Cheese Burger | RM10.00


Nasi Goreng Seafood | RM5.50 


Mee Kari Ayam | RM5.50


hurm tengok gambar sendiri, sendiri yang teringin, sendiri yang rasa lapor.. T_T habis cuti mid sem ni boleh rancang lain.. eh, kisah kali pertama boleh baca di sini Another Best Spot For Foodies In Sungai Petani..



Till then! See ya~

Monday, November 28, 2016

Resepi Udang Dan Kacang Panjang Goreng Kunyit


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Udang Dan Kacang Panjang Goreng Kunyit | Selamat Petang! kuyu je mata tengah tahan ngantuk tapi malas nak layan lagi sebab tengah ada mood dan idea nak publish satu artikel kebetulan rasa macam lama pulak tak kongsi resepi di blog sendu husna nih..

Ada orang komen blog husna sendu, jadi mengaku jelaa memang sendu pon, banyak benda nak kena perbaiki terutama dari segi penulisan.. sebolehnya merendah diri itu lebih baik sebab tak suka nak bertelagah yang akhirnya tak bawa kemana pon.. jadi lebih elok fikir positif je, dan tingkatkan pencapaian, baru boleh maju kehadapan..๐Ÿ˜

Tengah hari ni tak masak, pergi makan kenduri rumah jiran belakang je.. mak cik tu buat kenduri kesyukuran anak-anak saudara dya bersunat dan termasuk lagi beberapa orang anak jiran yang lain.. dihidang dengan menu kampung terus rasa terbuka je selera.. husna ni pantang nampak menu kampung, terus rasa nak lompat bintang punya teruja..๐Ÿ˜ต

Tapi tadi tak tambah pon sebabnya ambil lauk pauk saja dah penuh pinggan banyak jenis sangat.. sudahnya kenyang dengan meratah lauk saja laa ekekkeke..


Resepi: Udang Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang


Bahan-bahan:
  • Udang (terpulang nak berapa ekor)
  • Kacang Panjang
  • Cili Merah
  • Bawang Putih & Bawang Besar
  • Halia
  • Serbuk Jintan Manis
  • Garam 

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih dan halia sehingga garing.. Masukkan kacang panjang yang telah dicuci bersih dan dipotong mengikut citarasa masing-masing..


2. Kacau sekejap, pastikan sayur tak layu sangat nanti kang tak best kalau tak berapa rangup.. kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan sedikit serbuk jintan manis..


3. Setelah dikacau sebati, masukkan udang yang telah dicuci bersih dan dibuang tahinya.. Air sedikit dan kacau sekata.. Udang tak perlu masa yang lama untuk masak.. Jangan lupa perasakan dengan garam atau apa sahaja yang biasa digunakan..

4. Siap sedia untuk dihidang! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹




Till then! See ya~

Saturday, November 26, 2016

Pau Cendawan Abah, Pau Cendawan Viral COD Area Penang


Assalamualaikum w.b.t..


Pau Cendawan Abah, Pau Cendawan Viral COD Area Penang | sebut saja pasal pau cendawan, husna percaya hampir semua orang pon tau kan! demam pau cendawan ni bermula semasa bulan puasa yang lepas, viral dalam media sosial  kemudian semua orang asyik cakap pasal pau cendawan je.. waktu tu husna pon hairan apa benda laa yang menarik sangat dengan pau cendawan nih.. tanggapan husna mungkin pada inti dan bentuk rupanya kot, memang bebetul macam cendawan lah.. menarik betul! siapa laa yang kreatif sangat hasilkan idea pau cendawan ni..

Tapi waktu tu di kawasan utara tiada terjual lagi, mungkin ada tapi tiada yang mendedahkan.. jadinya terpendam dilubuk hati yang terdalam jelaa niat dan hasrat nak merasa seketul..

Lepas tu sekarang dapat tahu Kak El Darwena, salah sorang blogger jugak, jual Pau Cendawan Abah.. hoihh! terus cakap kat Kak El kalau turun Sungai Petani atau husna yang pergi pulau, husna nak pesan sebekas.. tetiba Kak El cakap yang dya boleh bagi melalui blogger Cikpinz yang duduk berdekatan dengan kawasan husna, kebetulan waktu tu Cikpinz dari pulau.. apa lagi, memang husna pesan sebekas laa nak rasa punya pasal.. hihihi..

pau cendawan penang

Rasa Pau Cendawan Viral
Pau cendawan ni berintikan creamy carbonara + isi ayam cincang + ketulan cendawan shiitake.. lepas pau cendawan dah beralih tangan ke husna, simpan dulu dalam peti ais tunggu hujung minggu nak bawak balik kampung.. keesokkan harinya baru sempat kukus dan hidang pada abah yang baru balik kerja.. roti pau tu lembut sangat, lepas tu ketulan isi ayam dan cendawan memang jelas terasa.. rasanya pon boleh tahan sedap..

pau cendawan penang

Harga Pau Cendawan Viral
Sebekas ada empat biji pau cendawan bersaiz tapak tangan, dan harganya RM10 tidak termasuk caj penghantaran.. sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi Kak El Darwena menerusi nombor 017-486 5484 atau di laman facebook El Darwena..


Till then! See ya~


Friday, November 25, 2016

Hadiahkan Rumah Baru Untuk Anak-Anak Bulus


Assalamualaikum w.b.t..


Hadiahkan Rumah Baru Untuk Anak-Anak Bulus | di rumah husna nih dah ada 3 generasi anak bulus, padahal dulu dulu dulu punya dulu tak berapa yakin sangat nak membela sebabnya risaukan hasil projek berbau diorang tu.. tapi disebabkan adik husna yang sorang ni teringin sangat nak ambil bela, makanya bermula lah proses mengangkat kucing jalanan..๐Ÿ˜ธ

Bermula dengan si jantan yang berwarna oren, ambek belakang rumah je.. yang kedua anak kucing betina, abah husna ambek dari kilang tempat dya bekerja disebabkan kedua-dua kaki belakang tak dapat berfungsi dengan kuat, masa jumpa dya kecik lagi jalan seret kaki belakang kesian gila.. sekarang Alhamdulillah kaki dah makin okay cuma tak kuat dan dah dua kali beranak dah.. Yang ketiga kucing jantan, adik bawak balik.. nampak gaya macam kena buang sebab dya dah pon dimandulkan..

Kumpulan anak yang pertama lahir tiga ekor tapi tak sempat besar, mati sekor kena langgar kereta depan rumah.. kumpulan anak yang kedua, lahir berempat tapi dua ekor je dapat bertahan, yang lagi dua tu mati lepas lahir.. huhuhu..๐Ÿ˜ฟ

Dari yang pertama, memang tak pernah sediakan sangkar untuk diorang sebab tak pernah timbul masalah.. semua pakat kencing dan berak dalam bilik air.. cuma jantan yang pertama tu je kalau datang mood mengawan dya, habis semua tempat dya nak spray.. tapi semenjak lahirnya yang paling kecik ni, ada ke patut dedua ni buat onar depan rumah.. aiyooo! Tak boleh jadi dan tak boleh dibiarkan husna terpaksa jugak carikan rumah..


Yeay rumah baru.. Lena sakan! ๐Ÿ˜ป

Memula tadi gelisah jugak laa sebab tak biasa duduk dalam sangkar tetiba kena duduk dalam sangkar.. husna beli di kedai kucing kat Kulim je dekat dengan Minat.. harga RM78, beli sekali dengan pasir najis diorang, RM13.. Alhamdulillah hasil dari berniaga ais krim sumi dan choki-choki.. nanti ada rezeki lagi nak bawak pergi mandulkan pulak, kawal populasi, jumlah pon dah tujuh ekor ni.. hahaha..



Till then! See ya~

Tuesday, November 22, 2016

Tengok Supermoon 14 November Dari Restoran Utara Delight

Assalamualaikum w.b.t..


Tengok Supermoon 14 Nov Dari Restoran Warisan Utara Delight | lumrah jiwa seorang perempuan, mungkin tidak pada semua tapi pasti ada antara kita yang jenis nampak sesuatu yang lain sikit je semua pon nak di cuba.. Contohnya ternampak sponsored post di facebook pasal restoran hipster yang baru saja beroperasi, mula laa tergoda lepas tu nak main heret je kengkawan sendiri yang tengah sengkek tu.. kahkahkah melampau sangat, sampai bila tah nak macam nih.. paling koman kalau dah tak boleh pergi waktu tu jugak mesti akan simpan dulu, kemudian kang rasa nak makan luar boleh laa dicadangkan! hihihi

Minggu lepas, husna dan kengkawan rumah ke Tesco Sungai Petani yang dua tingkat tu nak beli barang sikit.. usai je semua turun naik pusing habis tak dak kerja, dalam perjalanan nak balik pikir tempat makan.. Allah biasa laa, itu kan soalan paling susah zaman sekarang ni, berjanggut nak dapat jawapan.. sambil pikir, sambil tengok bulan besar terang malam tu..



Teringat satu restoran yang husna screenshot, cerita serba sikit kat kawan suasana macam mana, lepas tu memang kami ke situ je laa sebab malas banyak bunyi.. dalam facebook nama Restoran Utara Delight tapi nama di kedai, Restoran Warisan Utara Delight.. misteri hilangnya perkataan warisan tu hanya pemilik restoran je yang tahu hihihi.. 

Lokasi Restoran Utara Delight
lokasi restoran nih terletak dalam kawasan Bandar Amanjaya Sungai Petani berdekatan dengan Kolej Komuniti dan Hospital Pantai..

masa mencari tu terpusing-pusing jugak laa sebab restoran ni kebelakang sangat.. kami sampai dalam jam 10 malam, duduk dan buat pesanan.. bila ditanya semua benda habis, mintak jus Apple jus Oren, buah Apple dan Oren habis.. pesan spaghetti meatballs dan carbonara pon habis, haishh radang pulak husna rasa.. mujur terkawal lagi! 

menu utara delight sungai petani
Bihun Sup


menu utara delight sungai petani
Nasi Goreng Warisan
dua orang kawan rumah husna pesan Nasi Goreng Warisan.. nasi goreng ada sup kosong, telur dadar yang digoreng macam bersarang tu, kemudian daging masak merah ke daging paprik tah.. berapa harga husna tak ingat, yang itu pon adik yang ambek order tu cakap ayam dah habis, tinggal daging je.. huhuhu..

menu utara delight sungai petani
Fish & Chips Rice
yang atas ni husna pesan, selera macam buaya punya besar, sesikit tak cukup hahaha.. dah habis pikir, mintak itu habis, mintak ini habis.. itu pon boleh tersilap sampai pesanan.. pesan Fish and Chips Rice tapi yang datang Fish and Chips je, nasi hilang huhuhu.. bila diberitahu, husna nampak akak kat dalam ambilkan pinggan dan tak sampai beberapa saat pembantu lain keluar dengan membawa sepinggan nasi goreng husna tu.. uishh cepatnya goreng nasi, hihihi.. jenis goreng bebanyak ke macam mana ni.. 

kekdahnya makan jelaa, perut dah lapar.. selesai semua sebelum naik kereta sempat lagi usha Supermoon malam tu.. 

14 Nov 2016 telah tercatat satu lagi peristiwa alam bila mana kedudukan bulan berada paling hampir dengan Bumi, yang dikenali sebagai Supermoon.. mashaAllah cantik sangattt! husna ni pantang nampak bulan penuh, asyik nak tenung je.. perasaan teruja tu lain maciam, paling best duduk tempat gelap kemudian diterangi cahaya bulan tu je semata.. rasa romantik sangat, awwww tetiba!

supermoon november 2016




Till then! See ya~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.