Friday, September 23, 2016

Resepi Air Asam Berkerisik Sedap Dan Mudah



Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Air Asam Berkerisik Sedap Dan Mudah | Salam Jumaat buat semua pembaca blog husna! tengah hari ni husna nak kongsi resepi lagi.. jangan risau resepi mudah je sebab tak perlu masak apa pon, nama pon air asam salah satu menu pelengkap selera, nak masak apa lagi kan.. kalau makan nasi berlaukkan ikan bakar mesti rasa tak sedap kan tak dak air asam..

ermmm tetiba rasa kecur air liur teringat kerang bakar cicah air asam.. dapnyaaaaa~ >_<


kebiasaannya resepi air asam yang selalu dibuat di rumah husna sama ada berkerisik atau tidak saja.. tapi selalunya memang wajib berkerisik sebabnya baru bertambah selera dengan pekat-pekat air asam.. Air Asam Berkerisik ni dibuat semasa Raya Haji yang disambut beberapa hari lepas sebagai pelengkap untuk Menu Nasi Daging husna.. baru berselera semua orang makan kann.. hihihi..



Resepi Air Asam Berkerisik

Bahan-bahannya:

  • Tomato
  • Bawang Besar
  • Cabai Merah
  • Cabai Melaka
  • Kerisik
  • Belacan
  • Garam

1. Pertamanya potong bawang besar, tomato dan cabai merah halus-halus atau mengikut cara masing-masing.. Letak dalam bekas, masukkan kerisik dan ketepikan..



2. Semetara itu, tumbuk cabai melaka, belacan dan garam sehingga sedikit lumat.. Tak lumat cabai melaka tu pon tak paa asal sebati, baru nampak sedikit kewujudan si hijau-hijau cabai melaka.. ekekekke..



3. Dah selesai menumbuk, masukkan ke dalam bekas tomato dan bawang tadi.. Tambahkan sikit air lesung tu baru sedap berganda.. Lepas tu terpulang nak ramas dengan tangan sendiri atau guna sudu je.. tapi nak lebih kepuasan mestilah guna tangan sendiri, jangan lupa lapik dengan plastik plak, kang terbakaq tangan sebab panas cabai.. huhuhu.. kemudian rasa laa sikit kot terkurang garam ke kan.. 


Dah siap! macam ni jelaa cara air asam di buat di rumah husna.. cara di rumah orang lain husna tak tahu.. Selamat Mencuba! :D




Till then! See ya~


Wednesday, September 21, 2016

Sedikit Perubahan Meraikan Hari Raya Aidiladha 2016


Assalamualaikum w.b.t..


Sedikit Perubahan Meraikan Hari Raya Aidiladha 2016 | kembali bersiaran! hihihi sekarang ni tak taw lah kenapa tetiba ada mood rajin nak cerita kisah lama.. yang ini kira tak lama sangat lah sebabnya kita baru je selesai menyambut Hari Raya Aidiladha pada 12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437H yang lalu.. ada lagi kisah yang laaaaaagi lama tapi itu nanti husna cerita di lain episod ye.. ekekekke..

dalam hal ni mungkin dikira berkorban jugak kot.. alkisahnya dipertengahan Syawal dan Zulhijjah, abah husna ber ura-ura raya haji kali nih lepas selesai proses tumbang lembu kat surau taman, abah tak nak kemana-mana.. biasanya lepas selesai acara, petang hari kami sekeluarga akan bersiap untuk ziarah adik-beradik tapi kali ni abah rancang nak buat makan-makan dan jemput diorang pulak datang berkunjung.. 

husna kalau bab masak nak bagi orang makan memang husna teruja! sebab nanti diri sendiri yang dapat rasa dulu hihihi.. tapi tak main laa rasa sesudu di kuali semasa tengah terpacak memasak, kita angkat satu pinggan terus ekekekke..

lagi pula Aidiladha kali ni abah husna masuk korban jadinya dapat banyak jugak laa daging korban tu.. daripada kami terpaksa hadap hari-hari, pagi petang, siang malam makan daging je baik masak lepas tu bagi orang makan.. seronok taw bila kita dah semangat masak tu, masak ni, lepas tu dapat tengok orang makan dengan bersungguh-sungguh..


dapat je daging petang tu, husna ambek sikit bahagian yang bebetul daging tanpa lemak untuk rebus sebab nak buat Nasi Daging.. resepi Nasi Daging husna google je tapi kalau Resepi Air Asam nanti husna kongsi.. resepi dari mama husna, simpan je dalam blog ni mana taw rujukan untuk masa depan.. hihihi..


11 Zulhijjah - rasmi periuk Pressure Cooker Jenama Diamond yang abah husna dah beli punya la lama tapi tak berusik.. dapat tulang bahagian rusuk memang sedap laa buat sup tulang lepas tu guna je periuk tu tak payah nak tunggu rebus lama-lama.. tapi mama aim Periuk Noxxa pulak, pengaruh kawan facebook laa nih.. ekekekke.. 

Sup Tulang dah sedia apa lagi singgah kedai beli bahan nak buat bihun sup serba sikit panggil adik-beradik mama husna datang rumah.. padahal kalau ikut rancangan awal mama husna nak buat mee kari je tapi perasaan taksub tengok tulang tak dapat dikawal.. hihihi..
  

Till then! See ya~

Tuesday, September 20, 2016

5D Interactive World | Art, Creative, Education.


Assalamualaikum w.b.t..


5D Interactive World, Georgetown, Penang | selamat tengah hari! buat apa je semorang?? cuaca sekarang lembab je kepala pon asyik pikir nak lena.. huhuhu.. terpulang lah tengah buat apa, moga selamat semuanya..;)

husna nak sambung review hari tu! lepas selesai je kami team blogger utara habiskan sesi penjelajahan dalam Teddyville Museum, kami ke 5D Interactive World.. tapi sebelum tu jam di tangan sudah pon menunjukkan waktu tengah hari, perut masing-masing pon mengalahkan gitar buruk bunyinya maka kami singgah rehat, makan dan solat dulu, baru lepas tu ke acara seterusnya..

5D Interactive World, Penang

turun je dari kawasan Batu Feringghi kami terus menghala ke Georgetown.. Museum 5D nih dekat sangat dengan Penang Times Square, Gama dan Bangunan Komtar.. tapi kami guna Google Maps je senang dya tolong bagitaw jalan mana nak guna.. kalau Waze leceh sikit sebab dya main handuk je jalan one way yang no entry, nampak sangat sukati mak datuk dya.. ekekekke..




selalu sangat dah kan orang bercerita pasal muzium 3D, nah yang nih 5D terus! sebelum nak masuk muzium ni husna dah terbayang macam-macam, mana laa taw kan dah nama pon 5D.. agak teruja laa jugak sebenarnya.. 

bangunan bertingkat ini menempatkan pelbagai ruang untuk kita beraksi, pengunjung hanya perlu pandai menggayakan pose.. hihihi pandai posing cantik laa gambar.. kalau tak pandai, jadi macam husna effect muka tak real langsung.. akhir sekali guna model je senang.. ekekke..





dah nama pon 5D mestilah ada effect bunyi dan angin segala baru terasa impaknya.. dah masuk dalam ni ramai-ramai jenuh jugak laa tunggu giliran nak bergaya.. mujur waktu kami masuk nih tak ramai orang, muka-muka yang kami kenal jugak, jadinya tak dak laa segan sangat masing-masing nak strike a pose..


Bermain Sambil Belajar

 

bahagian ni bukan semata budak-budak je boleh mengasah bakat bermain tanah (clay), mak dan bapak budak pon boleh turut sama main hasilkan objek mengikut kreativiti masing-masing.. 

waktu ni semangat berkobar-kobar semua ahli BU menggentel, menonyoh dan menekan tanah (clay) untuk dapatkan hasil yang dibayangkan.. tengoklaa muka masing-masing, fokus sungguh! 




gambar bawah ni antara objek contoh yang ada.. husna agak mungkin hasil kreatif para pengunjung sebelum ni dan dijadikan sebagai rujukan.. 

cantik! ada yang terjangkau dek akal nak menghasilkan seketul benda alah tu.. nampak macam senang tapi cuba husna sekali buat, mungkin ada rupa tapi tak seteliti macam diorang buat.. 



yang ini hasil kerja cantum-cantum dari ahli BU.. sorang buat huruf, sorang buat bentuk love, sorang buat doraemon dan ada jugak yang tolong buat bunganya.. hihihi..

yeay, akhir sekali bergambar kenangan beramai-ramai satu kali! ini baru sebahagian dari ahli blogger utara, masih ada lagi yang tak dapat menghadirkan diri.. yang ini saja pon dah riuh satu penang, aicehh, iyaa lah tu kan hahaha..



inshaAllah moga bertemu lagi! dan jutaan terima kasih buat pihak 5D Interactive World kerana menerima baik kunjungan dari pihak kami.. jom laa luangkan masa berkualiti korang kat sini pulak.. ;)

5D Interactive World, Penang.

Lokasi: 29-F, Jalan Dato Keramat, Georgetown, 10150 George Town, Penang.
No. Telefon: 04-218 9676
Facebook: https://www.facebook.com/Ace5D/
Waktu Operasi: 9 pagi-6 petang, setiap hari KECUALI Isnin..




Till then! See ya~

Saturday, September 17, 2016

Resepi Ikan Merah Masak Asam Pedas Tumis


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Ikan Merah Masak Asam Pedas Tumis | selamat tengah hari! merancang nak masak apa je hari ni?? husna hari ni nak menghabiskan stok daging dalam peti ais je.. masih ada lagi baki daging korban tempoh hari.. inshaAllah rancangnya sup tulang dan daging black pepper.. nak kena kontra sikit kalau tak boleh muntah daging laa lepas nih.. ekekekke.. 

yang resepi asam pedas nih tak ingat dah bila husna buat.. selalunya orang utara biasa makan asam pedas yang cair tu je, masak guna ikan temenung.. yang itu kalau kuah tengah panas memang sedap laa hirup, sampai berbunyi punya sakan hirup.. tapi mampu buat kat rumah sendiri depan keluarga jelaa, tempat lain kang tak senonoh pulak orang tengok.. hihihi..

masak asam pedas tumis nih pekat sikit, ada orang cakap lebih kurang seakan asam pedas orang selatan.. husna paling suka asam pedas tumis disebabkan kuah pekatnya yang masam-masam tu.. kalau abah beli ikan merah je, selain dari menggoreng mesti buat asam pedas tumis.. kira macam penaik selera lah sebab masam-masam pedas kan..



Resepi Asam Pedas Tumis Ikan Merah

Bahan yang diperlukan:

  • Ikan Merah yang telah digoreng
  • Cabai Blend
  • Bawang Putih & Bawang Merah
  • Bendi
  • Bunga Kantan
  • Daun Kesom
  • Tomato
  • Asam Keping
  • Garam & Gula

Cara-caranya:


1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.. masukkan cabai blend mengikut kepedasan masing-masing.. masak sehingga pecah minyak..


2. Nampak dah ok, masukkan air mengikut kepekatan masing-masing.. juga masukkan bendi, bunga kantan, daun kesom, tomato dan asam keping.. masak sehingga mendidih..


3. elok asam pedas dah mendidih masukkan lah ikan merah dan jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.. kacau sikit sebatikan, tunggu hingga mendidih sedikit lagi dan boleh tutup api..


4. Siap dihidang! makan dengan nasi panas lepas tu timba kuah hampir banjir.. dapnyaaa.. pekat macam nih pon kekadang husna belasah jugak hirup.. ekekekke..


Till then! See ya~

Friday, September 16, 2016

Business Card Design Sendiri Percuma 100pcs Dengan Pixajoy.com


Assalamualaikum w.b.t..


Business Card Design Sendiri Dengan Pixajoy.com | sebenarnya dah lama sangat husna dok berkira nak tempah business card nih tapi disebabkan masih menunggu bajet sendiri dan menunggu promosi tempahan business card dari designer yang menarik hati, makanya husna tangguh je dulu niat hati nak tempah kad bisnes.. perangai sangat kan! hihihi tak pe laa, husna bukan selalu sangat turun ke majlis-majlis besar.. 

untuk pengetahuan semua, sebagai seorang blogger tak kira sama ada separuh masa mahupun sepenuh masa, ada lah satu kemestian untuk setiap blogger mempunyai kad bisnes hal ini kerana banyak kelebihan dan kepentingannya.. 

antara kelebihan mempunyai kad bisnes ialah salah satu strategi pemasaran.. andaikan bahawa kita mempunyai bisnes, pelanggan melihat tapi belum boleh memiliki produk kita kerana masalah tertentu, jadi kita berikannya kad bisnes sebagai alternatif untuk pelanggan cuba hubungi kita kelak.. 

manakala dari pandangan seorang blogger pula, kad bisnes penting kerana ianya merupakan salah satu cara membuka peluang pekerjaan.. sebagai contoh, andai kata di dalam majlis rasmi kita berjumpa dengan para usahawan, kita boleh berikannya kad bisnes sebagai salah satu cara mereka mempromosikan produk.. 




kebetulan hari tu ternampak iklan di facebook, Pixajoy.com buat promosi Free Name Cards.. apa lagi husna terus godek laa, dah selesai baca T&C lepas tu hold sekejap sebab nak tunggu mood mengedit mari.. ekekekee.. 

kita boleh pilih sama ada nak guna template yang sedia ada, lepas tu edit atau dari blank card kita design cecantik pastu print.. bagi husna plak mulanya ingatkan nak guna template sedia ada je, tapi rasa macam biasa sangat, dah alang-alang boleh design sendiri, husna pon google laa cari ilham kot ada idea.. hasilnya dapat lah rupa macam kat atas tu.. gegurl sangat kan dengan bunga seketul tu.. hihihi..

dan untuk pengetahuan, QR code tu boleh digunakan makna kata bukan hiasan semata lah.. style sangat ada QR code.. ekekekke..


husna dah buat, memang FOC, hanya perlu selesaikan bayaran pos sahaja.. husna tak pasti promosi nih bila berakhir tapi cubalah mana taw peluang bertuah..

berminat boleh klik banner atau link sini http://www.pixajoy.com.my/Grab-Free-Name-Card




Till then! See ya~

Wednesday, September 14, 2016

Teddyville Museum, Penang | Kenali Penang Bersama Patung Beruang


Assalamualaikum w.b.t..


Teddyville Museum, Penang ; Kenali Penang Bersama Patung Beruang | sebelum terlambat, Selamat Hari Raya Aidiladha husna ucapkan.. semoga aidiladha pada tahun nih memberikan kalian pengertian sebenar pengorbanan.. 

pada tarikh kemerdekaan yang lalu husna dan beberapa orang sahabat #bloggerutara telah ke Teddyville Museum, Penang.. terima kasih yang tak terhingga kepada pihak muzium kerana menerima baik kunjungan dari pihak kami.. 


Teddy Bear di Anjung Gurney

ini pertama kali husna masuk ke dalam muzium yang husna sendiri belum puas teroka.. selalu kalau cakap pasal muzium je mesti pasal benda-benda sejarah yang bikin segelintir manusia menguap awal kan? ekekkke.. tapi Teddyville Museum ni lain dari kebiasaan.. 

Sejarah Bagaimana Teddy Bear Terhasil


sebelum masing-masing meneruskan sesi penjelajahan Penang ini bersama patung beruang, kami diberikan sedikit taklimat dan pengenalan disebalik penubuhan Teddyville Museum serta pengetahuan serba lengkap sejarah bagaimana seketul teddy bear terhasil.. sangat menarik perhatian husna, sehinggakan tak terjangkau dek akal apabila mengetahui sesetengah patung beruang yang original kat situ berharga puluh ribuan ringgit.. 

untuk mengetahui serba sedikit mengenai sejarah bagaimana teddy bear terhasil boleh layari Eintan Nurfuzie | Teddyville Perkenalkan Penang Melalui Patung Beruang..:)


kalau bercerita soal teddy bear nih siapa saja yang tak tahu kalau sejak dari kecil disogok dengan patung beruang kan.. sehinggakan anak patung yang bukan berupa beruang pon kita belasah panggil bear sebab dah terbiasa.. hihihi.. 

dan husna percaya sesetengah katil seorang perempuan, yang belum berkahwin terutamanya, tak lengkap kalau tak dak anak patung, ye dak? husna sendiri pon ada aih, tak boleh nak dalih lagi.. dua ketul orang bagi; Cik Ted dan Cik Moo.. yang sendiri beli dah selamat sumbat masuk lemari, kalau tidak, diri sendiri nak tido pon belum cukup ruang.. ekekke.. 


haa patung beruang yang dalam gambar kat atas nih dimaklumkan bahawa patung beruang yang paling kecil yang pernah ada.. tengok ke dya tu husna pon tak pasti apa sebab dya diwujudkan.. boleh buat hiasan jelaa kot.. huhuhu..

Kenali Penang Bersama Patung Beruang

miniature teddies
tiba masa untuk mulakan sesi penjelajahan.. sedikit gambaran semasa zaman Sir Francis Light jejakkan kaki di Georgetown, Penang..

alahai kecik gila depa nih.. rasa macam nak join main jual-jual macam kekecik dulu, mujurlah tertera "Do Not Touch".. :p



patung beruang sebesar manusia dewasa dalam persalinan Baba Nyonya.. hurmmm adik husna mintak tumpang riba kang baru taw! 

untuk pengetahuan semua, setiap satu teddy bear yang wujud di sini tak kira sama ada kecil atau besar telah dibuat dan ditempah khas untuk Teddyville Museum, Penang.. makna kata kalau nak pergi cari kat tempat lain yang macam nih memang tak dapat arr.. 

Teddy Bear di Perkampungan Melayu



Teddy Bear di Bukit Bendera.. comel sungguh lahai! >.<

Acik Bear tengah sibuk mencanting batik
yang kecil rasa nak picit, yang besar pulak rasa nak pelok.. kegilaan apakah ini?? 

sebenarnya banyak lagi gambar yang husna tak dapat nak kongsi sebab kalau kongsi semua kang tak nikmat dah laa bila hampa ke sana nanti.. tapi jujur cakap, husna nih dari awal sampai selesai sesi penjelajahan pon dok terpukau tak sudah.. sampai merah bateri phone asyik bergambar je.. hihihi..


Teddyville Museum, Penang
Alamat: Ground Floor, 54, Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang.
Hubungi: beary@teddyvillemuseum.com
No Tel: 016-550 5949
Harga Tiket: 






Till then! See ya~

Thursday, September 08, 2016

Resepi Sarapan Mudah Nasi Goreng Kacang Botol


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Sarapan Mudah Nasi Goreng Kacang Botol @ Kacang Kelisa | hai hui! rasa macam lama pulak tak cerita soal masak memasak nih.. bukan nak cerita apa pon, nak kongsi resepi je eheee, biasalaa husna.. tak, alkisahnya tempek sini untuk tatapan masa hadapan, mana lah tahu tetiba ingat-ingat lupa, haa godek jelaa blog sendiri.. heeee.. 

sarapan apa je pagi nih semua? yang bekerja pasti ada yang tak sempat nak bikin sarapan tapi tak semua rasanya sebab kebanyakan kengkawan yang husna kenal dah rajin siapkan bekal sarapan dan makan tengah hari ke tempat kerja.. pelbagai menu terlintas yang telah dikongsi, kita yang tengok ni sampai naik teringin! dasar kaki makan.. 

post kali ni husna nak kongsi Resepi Sarapan Mudah Nasi Goreng Kacang Botol.. Kacang Botol ni sesetengah orang suka buat ulam je, patahkan dengan hujung jari sedikit, masukkan bersama sesuap nasi pastu terdengar lah krupp krapp bunyi kerangupan kacang botol nih.. hurm macam sedap pulak.. eh hahaha.. 

tapi husna tak makan style gitu, sebab ter-set dalam kepala, makan gitu nanti pahit.. husna lagi suka potong-potong letak dalam nasi goreng.. haa biar rangup dya kita rasa dalam nasi goreng ok.. 



Resepi Nasi Goreng Kacang Botol

Bahan-bahannya:

  • Nasi Putih
  • Bawang Putih & Bawang Merah
  • Cabai Blender
  • Sebiji Telur
  • Isi Ayam
  • Sayur Kacang Botol (dan lain-lain)


Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai sedikit garing.. Masukkan cabai blend.. Kalau tak nak tumis bawang sebab dah letak dalam cabai blend pon takpaa, tapi husna suka macam nih, baru ada rasa geget-geget bawang merah dalam nasi goreng nanti.. eheee..

2. Dah masak cabai tu nanti, masukkan isi ayam dan pecahkan telur.. Selepas itu, masukkan sayur-sayuran yang dalam kategori sedikit keras; cth, anak jagung @ bunga kobis.. 

3. Rasa macam dah lembut sikit sayur tu masukkan lah nasi putih.. Dan masukkan hirisan kacang botol bersama sayur lembut yang lain; cth, kobis.. Kacau dan perasakan dengan garam..

4. Dah siap! Mudah je cara husna.. eheeee..



Till then! See ya~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.