Friday, December 02, 2016

Tabiat Dari Kecil Makan Nasi Lemak Dengan Kicap


Assalamualaikum w.b.t..


Tabiat Dari Kecil Makan Nasi Lemak Dengan Kicap | sejak kebelakangan nih asyik hujan je, kalau tak lebat, mesti renyai tanpa henti.. untuk yang keluar pergi bekerja dengan motosikal tu terasa sikit laa kesannya, jangan lupa sediakan baju hujan dan berhati-hati di jalan raya..


Baru-baru ni husna tersedar, husna ada satu tabiat dari kecik kalau makan nasi lemak yang bikin sendiri  di rumah mesti akan makan dengan kicap manis.. tak taw lah kenapa, kalau makan tak dak kicap nanti mesti rasa lain macam.. tapi kalau makan nasi lemak beli di kedai bungkus siap yang kecik-kecik singgit tu atau bungkus banyak siap tambah lauk bawak balik rumah, tak pulak husna cari kicap.. ekekkeke..


Adik-adik dan abah husna pon macam tu taw, husna perati je.. kalau nak dibandingkan cara masak nasi lemak di rumah dengan di kedai sudah semestinya berbeza.. campuran santan pekat dan santan cair yang diguna mesti sama banyak dengan beras, baru sedap! hihihi lepas tu paras kolestrol pon makin lama makin bertambah, adehh, mujur laa jarang masak nasi lemak..


Bahan-bahan Buat Nasi Lemak Sedap Di Rumah:

Beras 3 cawan, Perahan Santan Pekat + Cair 3 ½ cawan, Bawang merah, 
Halia, Bunga Lawang, Kayu Manis, Serai @ Daun Pandan dan sedikit garam..

Jenis husna pulak, husna memang suka letak bawang merah dan halia banyak-banyak.. sebab nanti husna yang akan kutip semua halia tu, kalau tak masuk pinggan husna, adik-adik akan pass.. 😁

Khasiat Halia
1. Membantu pencernaan, meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.

2. Membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi.

3. Membantu untuk memperbaiki aliran darah, mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
Sumber: Khasiat Halia



Till then! See ya~

31 comments:

  1. Saya tak pernah pun macam tu.
    Sedap ke?

    ReplyDelete
  2. xpernah lagi la.. klau mkn laksa kt rumah mesti letak kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan laksa tu husna pernah tgk.. sedapnyaaa~ teringin pulak.. hahaha..

      Delete
  3. pertama kali tengok makan dengan kicap..hehe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi mencuba makan dengan kicap ni.. tapi mungkin juga cara memasak dgn guna banyak bahan dan herba tu buatkan nasi lemak makan dgn kicap jadi lebih sedap..

    ReplyDelete
  5. 1st time dgr org makan nasi lemak +kicap.hee

    ReplyDelete
  6. ehh kt samala.. kat umh yui mkn ns lemak msti buh kicap. kat kdai takde tkpe lak.huhu

    ReplyDelete
  7. Tengok ikan bilis garing pun nampak sedap. Rajin husna masak sendiri nasi lemak eh

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. nasi lemak masak sendiri mmg sedap kak jijah.. siap boleh tambah.. hihihi..

      Delete
  9. kadang2 mkn sambal dengan nasi biasa tambah kicap. sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kalau nasi putih biasa tu, slalu jgk laa letak kicap.. tp kalau makan dgn gulai jelaa.. hihihi..

      Delete
  10. kalau makan nasi lemak akak suka makan dengan telur 1/2 boiled egg +kicap! memang sedap..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu husna tak brapa reti mkn telur half boil egg mcm tu.. kalau separuh masak dlm masakan mmg sedap.. :D

      Delete
  11. Makan dengan kicap?? Pergh first time siqah dengar.. hihi.. MAcam pelik pulak rasanya :D

    ReplyDelete
  12. tak pernah cuba lagi.. makan nasi lemak pun jarang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kalau nasi lemak buat sendiri boleh la kak..:D

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.