Saturday, November 26, 2016

Pau Cendawan Abah, Pau Cendawan Viral COD Area Penang


Assalamualaikum w.b.t..


Pau Cendawan Abah, Pau Cendawan Viral COD Area Penang | sebut saja pasal pau cendawan, husna percaya hampir semua orang pon tau kan! demam pau cendawan ni bermula semasa bulan puasa yang lepas, viral dalam media sosial  kemudian semua orang asyik cakap pasal pau cendawan je.. waktu tu husna pon hairan apa benda laa yang menarik sangat dengan pau cendawan nih.. tanggapan husna mungkin pada inti dan bentuk rupanya kot, memang bebetul macam cendawan lah.. menarik betul! siapa laa yang kreatif sangat hasilkan idea pau cendawan ni..

Tapi waktu tu di kawasan utara tiada terjual lagi, mungkin ada tapi tiada yang mendedahkan.. jadinya terpendam dilubuk hati yang terdalam jelaa niat dan hasrat nak merasa seketul..

Lepas tu sekarang dapat tahu Kak El Darwena, salah sorang blogger jugak, jual Pau Cendawan Abah.. hoihh! terus cakap kat Kak El kalau turun Sungai Petani atau husna yang pergi pulau, husna nak pesan sebekas.. tetiba Kak El cakap yang dya boleh bagi melalui blogger Cikpinz yang duduk berdekatan dengan kawasan husna, kebetulan waktu tu Cikpinz dari pulau.. apa lagi, memang husna pesan sebekas laa nak rasa punya pasal.. hihihi..

pau cendawan penang

Rasa Pau Cendawan Viral
Pau cendawan ni berintikan creamy carbonara + isi ayam cincang + ketulan cendawan shiitake.. lepas pau cendawan dah beralih tangan ke husna, simpan dulu dalam peti ais tunggu hujung minggu nak bawak balik kampung.. keesokkan harinya baru sempat kukus dan hidang pada abah yang baru balik kerja.. roti pau tu lembut sangat, lepas tu ketulan isi ayam dan cendawan memang jelas terasa.. rasanya pon boleh tahan sedap..

pau cendawan penang

Harga Pau Cendawan Viral
Sebekas ada empat biji pau cendawan bersaiz tapak tangan, dan harganya RM10 tidak termasuk caj penghantaran.. sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi Kak El Darwena menerusi nombor 017-486 5484 atau di laman facebook El Darwena..


Till then! See ya~


8 comments:

  1. telan air liur baca entry ni. haha...
    macam sedap je, tak pernah try lagi. Kat penang area mana tu? kenapa Mia tak jumpa pon kat penang ni. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kak mia contact no kat atas tu, boleh delivery jugak kalau tak silap..:)

      Delete
  2. Tengok jugak kak el dok promot..tapi kak farah xreti makan cendawan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna teringin sgt nak rasa sbb tu beli jugak.. hihihi..

      Delete
  3. sedapkan ! kak nina beli 2 kotak sbb xcukup kalau makan 1. hehe

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates