Tuesday, June 24, 2014

Perbezaan Peralihan Perasaan Perempuan


Assalamualaikum w.b.t..


(draft waktu tengah marah)
cukup dua minggu hidup tanpa wifi, gara-gara isnin 9hb lepas hujan lebat disertai guruh dan kilat.. husna tak salahkan hujan lebat, malah lagi suka.. tapi ini berkaitan satu hal.. dah banyak kali hampir setiap hari call this-private-company customer service mintak technician diorang betulkan apa yang patut tapi hari nih baru settle.. katanya ada something terbakar pada kotak suis utama kat dalam taman nih, memerlukan masa dua tiga hari untuk diperbaiki.. sayangnya husna yang menghitung hari dah genap dua minggu, dah laa bil berjalan.. tak taw nak cakap efficient ke tak diorang nih, tapi bila kita lewat bayar sikit terus kena sekat.. hebat sangat!!

dua bulan lepas bil telefon melambung, bila double check senarai nombor yang tertera kat situ, haram satu nombor pon tak kenal.. lagi lagi tempoh masa makhluk tersebut bergayut kemain lama, dan yang peliknya pada waktu kami sendiri tak jangka.. kami syak ada orang curi kabel, tapi ini bukan spesies yang main potong wayar, dya potong line terus.. abah pergi buat report sekali bayar bil, dan tak sangka diorang, pihak private-company tersebut cakap zaman sekarang dah tak de orang main potong kabel.. HA HA HA HA zaman sekarang orang lagi cerdik cik abang oii.. bodoh sangat kalau dya pergi main potong wayar, sebab dya taw risiko yang bakal dya tanggung, kena short mati katak je..

diorang cakap akan ada pemantauan susulan.. Alhamdulillah bil telefon bulan lepas susut lah sikit nilainya dan dah tak de nombor yang pelik.. sekarang husna nak bayar hutang, nak blogwalking sampai lebam sambil ditemani segelas susu soya Nutremill sejuk.. dapat free sample, satu tiada gula tambahan dan satu lagi kurang gula.. basah tekak tetengah panas macam nih, heaven on earth sangat..;p   


(taip lagi waktu tengah cool)
syukur dah ada kembali internetnyaa, tadi technician diorang datang perbetul apa yang patut.. terima kasih.. gembira tak terkata, bukan apa takut risau ada insan yang menunggu.. (memang ada pon) tak suka sebenarnya buat orang menunggu nih, dan lagi tak suka kalau kena menunggu.. dua minggu jugak blog tak update, tak jengah baca cerita bloggers yang lain dan komen apa yang patut.. nak mula balik rasa janggal pulak, hahaha.. parcels berupa hadiah tanda penghargaan pon berlambak menanti giliran.. terima kasih buat pemberi, mesti memasing tertanya-tanya dah sampai ke belum.. inshaAllah nanti husna update..:)



Till then!! See ya~










p/s-kata orang sabar itu penting, tapi sebenarnya sabar kena bertempat jugak..
p/s-header tu ada orang baik dan rajin bagi, jadi cecepat tukar.. terima kasih Encik KN..

18 comments:

  1. Baru nak tegur pasal header tu.. tadi baru nampak y lama lagi.. :) cantik! Standard r..sy punya YES4G pon same gak buat perangai.. cakap 4g.. bru bayar bil dah slow.. cek kuota banyak lagi..

    ReplyDelete
  2. header tu meletop husna..santek!
    moga dipermudahkan segala urusan husna

    ReplyDelete
  3. santek header.
    oooptut la. ingt ke mana la dak husna ni..ada kisah disebaliknya ye..

    ReplyDelete
  4. Wah wah wah HEADER BARU la ..Ooo patut la lama menye[i Blog pon tak terupdate ..masalah rupanyerrr ..Takper la Husna nak buat camner dah nasib badan huhuhu ......Sabor jerla ..sekarang ni manusia ni macam2 ada ..

    ReplyDelete
  5. syukurla dah settle msalah..;) cantik header :)

    ReplyDelete
  6. Welcome back Husna..yalah cantik header tu..

    ReplyDelete
  7. Sapa2 pun xleh elak dari alami mslh internet ni kn.. Syukur dh ok.. 2mnggu tnpa internet boring tu..
    Mcm best je susu soya tu.. Hihi

    ReplyDelete
  8. patutlah senyap jer blog husna. rindu akak kat husna tau...

    ReplyDelete
  9. haah header tu tantek sangat husna
    nak story ttg TMnet pun sama
    time suh repair berkulat baru setel
    pastu siap caj bil..
    suruh setel cepat2
    yang dia lambat repair tu boleh plak..
    geram kan

    ReplyDelete
  10. Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  11. pelik gak nape husna menyepi sekian lama..rupanya itulah sebabnya..
    selamat melangsaikan "hutang" ye husna.. kena pulun tu hehee..

    cantik header secantik orgnya..

    ReplyDelete
  12. welcome back Husna. tp yang curi line tu mmg tak patut

    ReplyDelete
  13. akak penah jadi macam ni jugak dulu.. bil melambung2..terkejut tengok.. buat aduan.. n memang ade org curi line..

    ReplyDelete
  14. lega dah luahkan, Alhamdulillah dah selesai tentang bil tu :)

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum...husna,

    bila line internet problem tu yang lemah semangat nak berblog ... kan.

    mselim3

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.