Assalamualaikum w.b.t..
kihkihkih pedulik kan tajuknya.. hai, cemana semua? sihat? Alhamdulillah husna pon sihat dan tengah meniti minggu-minggu akhir sebelum bermulanya study week dan seterusnya final exam.. hurm bila dah hujung semester ni mula laa nak kena bergelumang dengan assignment, presentation dan test.. sebenarnya adat laa sebagai pelajar kan, lagipon bila dah keluar bekerja nanti dah tak dak dah nikmat macam nih haa.. waktu cenggini lah nak merasa pon..
tapi sayang, lately nih banyak betul perkara yang berlaku telah menyentuh sensitiviti hati dan perasaan.. hanya kerana individu ini bersikap tidak professional, ramai yang terpalit menyebabkan emosi kucar-kacir.. haishh penat~~ penat nak hadap, dan sumpah kalau boleh memang tak nak masuk campur sebab bukan jenis yang suka masuk campur.. awak lebih matang yet so educated, tak kan perangai macam nih nak diajar jadikan panduan.. Allahuakbar..
dah sekarang husna nak ambek mood berblog kejap dengan menghabiskan cerita-cerita zaman dahulu kala yang sememangnya tak kan pernah ternoktah.. alkisah orang suka simpan buat pekasam, cenggitu laa.. hihihi.. takpaa lepas entry nih husna cerita pasal keseronokan ahli blogger utara beraksi di JumpStreet Penang..:D
Resepi Pizza Roti Gardenia
Bahan-bahan:
roti Gardenia, sos cili, sosej, sayur campur, cheese keping, dan mayonnaise..
husna cuma guna apa yang ada kat rumah je, nak cepat sebabnya perut dah bergendang mintak segera di isi.. sosej tu husna goreng dulu sebab tak berapa suka sosej rebus.. lepas tu husna potong senget nipis-nipis.. alaa apa susah sendiri bikin sendiri yang nak makan, pusing macam mana pon takpaa aih.. hihihi..
sapu sos cili pada roti dan susun roti memenuhi permukaan loyang.. lepas tu mula laa acara menghias sesuka hati mok cun, sikit-sikit hampa tempek, lama-lama makin pizza hampa cantik gituu.. husna tak dak stok keju mozarella, jadi gigih guna keju keping ni je.. tak pe lah nanti kita gi cari bahan lepas tu buat meletop-letop sikit ye.. ekekkeke..
tadaaaa!!
hehehe lepas dah dikeluarkan dari oven, cengginilah rupanya.. nikmat makan pepanas, cumanya tak dak lah rupa cheese bertali macam dalam tv tuh..:D
Selamat Mencuba~;)
Till then! See ya~❤
Deep betul ayat di permulaan perenggan itu... huk2
ReplyDeletehehehe.. kabor sesiap..:p
DeleteEhhh ! lagu mok cun lah.. rindu pulak dengan cerita tu.. huhu
ReplyDeletehehehe.. cepat nyanyi sikit kak zaf!
Deleteeeh bagus la guna yang ada kat rumah ja Husna.. tayah keluar pi cari bahan2..
ReplyDeletedap tu.. senang plak.. janji rajin ngan tak je =P
kihkihkih nak menghabiskan roti..
Deletewoohoooo sedap
ReplyDeletebiasa2 je kak el..:D
DeleteBleh try ni husna :)
ReplyDeleteboleh silakan..:)
DeleteAkak blh try buat la mcm ni thnjs resepinya
ReplyDeleteboleh kak lya.. mudah je nih.:D
DeleteSalam, selamat kenalan, saya nampak menu ini dan terus cuba untuk malam tadi untuk anak angkat saya, hmmm not bad....thanks for the recipe....keep posting recipes untuk papa tunggal macam saya ni hahaha..hairie nak lagi minggu depan, adehhhhhhhh kasian saya..sedap kot..thanks ya oh saya baru mula blog tapi dalam BI curiostraveller.blogspot.my
ReplyDeletewkumsalam..salam kenalan..
Deletealhamdulillah husna cuma kongsi apa yg boleh husna buat..
terima kasih kembali kerana singgah di sini..:)
menarik boleh cuba nanti
ReplyDeletehehehe simple je arz..;D
DeleteKreatif menu Husna nie, nanti Zumal nak try buat ^-^
ReplyDeletehahaha kreatif apa gini zumal..main campak je..:p
Deletetengok orang buat macam senang je.. tapi memang tak terbuat la..
ReplyDeletehusna main tempek2 je muja..:D
DeleteTerbaik la husna
ReplyDeletehehehe..biasa2 je kak..:)
DeleteWoahhhhhhhhhh 😍😍😍
ReplyDelete