Thursday, October 20, 2016

Mudah Dan Jimat Membeli Atas Talian Di Laman ezbuy Malaysia


Assalamualaikum w.b.t..


Mudah Dan Jimat Membeli Atas Talian Di Laman ezbuy Malaysia | hai semua! Sebenarnya husna tengah usha beberapa laman atas talian nih dan sibuk membuat perbandingan, almaklumlah cuti sekolah makin dekat jadi pepaham jelaa ye hihihi.. jujur husna cakap ada barang yang boleh dibeli secara atas talian dan ada barang yang tidak.. makanya, sebagai pembeli yang bijak lagi berhemah mesti laa kena ada teknik dan skil membuat perbandingan ekekekke..

Sekarang ni husna dah tersangkut di laman ezbuy Malaysia dan dengar kata mereka menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti promosi potongan harga, kos penghantaran yang paling rendah sebanyak RM4.50 per 500 gram dan prime service.. 

Apa pulak tu?? sekejap lagi husna cerita..



Cara Membeli Atas Talian Di ezbuy Malaysia

Sebelum apa-apa hal, kena laa register dulu..


Tengok tu belum apa-apa, dah disogok dengan Baucar RM15 Percuma, macam mana tak tersangkut.. Nak daftar boleh klik gambar atau pautan yang husna bagi ni http://bit.ly/2dDrSGW..



Dah selesai log masuk, boleh laa mulakan sesi penjelajahan hihihi, husna paham kalau dah mula masuk tu mesti laa dah tak sabar nak godek ke serata pelosok laman kannn.. selain daripada pilihan kategori yang tersergam indah di bahagian kiri, korang boleh jugak klik-klik pautan yang terdapat di bahagian atas tu seperti feature collection..

Bahagian ni kalau korang masuk mashaAllah, jenuh buntang mata agaknya boleh jadi macam mata Zairi tenung tajam si Amzar malam tadi dalam #PatahnyaSebelahSayap punya laa baaaanyak pilihan sampai rasa nak berkurung dalam bilik satu hari suntuk pilih apa yang berkenan.. eh! Pilih apa yang menjadi keperluan, kata pembeli bijak tadi ekekekke..



Dah selesai, dah puas hati boleh laa “add to cart”..

Buka pautan shopping cart bahagian atas kanan laman nanti akan jumpa macam gambar kat bawah.. Sebelum daftar keluar, pastikan barang yang dipilih betul dan semak bahagian yang bertanda di bawah..


1.Pilih jenis penghantaran dan tempoh yang dijangka tiba.. seperti yang husna sedia maklum ezbuy Malaysia menawarkan kadar penghantaran terendah sebanyak RM4.50 setiap 500 gram untuk penghantaran menggunakan Economy Air.. memandangkan berat barang-barang husna tak banyak pon jadi kos yang dikenakan hanya RM4.50 jelaa.. jangan terkejut kalau kos penghantaran kita memasing tak sama ye..



2. Kemudian klik di bahagian “Use credit and coupon code” akan terpampang macam dalam gambar kat atas ni.. nak guna point masih tiada lagi jadinya meh sini husna bagi kod 15% potongan dari kos penghantaran.. dalam kotak yang disediakan tu masukkan kod ezsh15 ini dan klik butang apply..



3. Seterusnya klik bahagian “Use Voucher” untuk tebus baucer yang ada.. jangan buat-buat lupa plak, kan tadi kita daftar masuk ada dapat Baucer RM15 Percuma, haa masa ni lah nak guna.. klik je dekat kotak ungu tu sehingga bertanda dan klik confirm..

Kemudian klik “Check Out” dan di bahagian “Add New Address” masukkan butir penghantaran korang.. dan tekan butang “Next”..


Dah yakin semua betul dan klik butang “Pay Now”..



Terdapat beberapa cara untuk membuat pembayaran sama ada melalui “E-Banking” itupon kalau ada akaun bank atas talian yang tertera, atau boleh juga melalui “Manual Internet Banking” makna kata korang nak transfer sendiri laa pembayaran tersebut.. Cara lain boleh juga menggunakan Kad Kredit dan ATM Transfer.. Bayaran boleh dilakukan selama 24 jam atau pesanan akan terbatal..


Kelebihan Yang Terdapat di ezbuy Malaysia – “Prime Service”


Lepas daftar masuk tadi perasan tak kat bahagian atas sebelah “Feature Collection” ada navigasi “Prime”.. ini satu lagi yang husna rasa husna patut kongsi dengan semua pembaca husna.. ezbuy Malaysia menawarkan kadar penghantaran sebanyak RM8.80 untuk setiap penghantaran jika menjadi ahli Prime.. erm tak paham?

okay meh husna terang lebih jelas, makna kata kat sini kalau korang memilih untuk menjadi ahli Prime dengan membayar keahlian sebanyak RM188 untuk setahun, korang boleh nikmati kadar penghantaran sebanyak RM8.80 sahaja sepanjang tahun setiap kali belian.. tidak kisah berapa pon kuantiti, berat dan saiz barang-barangnya.. atau tak jelas jugak boleh hadam gambar di atas dan jugak di bawah ni..

Mak oiiii, seronoknyaa! Buat si kaki shopping online memang meleleh air liur tengok tawaran macam ni ataupun dah tak dapat tidur malam, ekekkeke sabar jelaa.. 



Jadi, apa tunggu lagi? Untuk makluman lanjut boleh layari https://ezbuy.my/ ..



Till then! See ya~  

Tuesday, October 18, 2016

Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Mama Muda Juice + Stevia


Assalamualaikum w.b.t..


Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Mama Muda Juice + Stevia | sebagai seorang pelajar sepenuh masa tak sah hidup kalau tak serabut dengan assignment, tutorial, test, paperwork dan segala macam jenis bentuk pekerjaan yang ada.. serabut tu tak laa serabut mana, masih lagi terkawal cumanya badan akan cepat terasa letih dek kerana terpaksa berjaga malam menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai.. biasalaa nama pon student kan, mana reti siapkan semua awal-awal.. dah sampai tarikh akhir baru terhegeh-hegeh bersengkang mata siapkan laporan.. ekekkeke..

cuti pertengahan semester pon makin menghampiri, waktu ni nanti lagi laa, kadang tu dalam seminggu boleh jadi setiap hari ada test, mampu bertabah jelaa.. pagi tadi pon husna baru selesai Test 1 Research Paper, terpaksa berjaga malam tadi, tidor pon sekejap-sekejap je asal boleh hilang mengantuk.. selalu husna kalau nak berjaga malam jenuh bertongkat kelopak mata sebab husna bukan jenis yang senang tak tidor.. husna paling takut kalau kena ganti kelas malam, sebab dah taw 50-50 je husna boleh fokus dalam kelas sebabnya husna ni jenis yang mengantuk awal, tidor pon awal.. kadang kalau terpaksa jugak berjaga malam, husna akan tidor dulu lepas tu baru bangun, erm nak bangun tu pon nauzubillah punya liat.. hahaha..


Alhamdulillah sejak husna amalkan minum Mama Muda Juice + Stevia selama lebih kurang 2 minggu, minum setiap hari pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidor, badan husna dah kurang rasa letih.. lagipon sekarang bila tiba hujung minggu husna kerap ulang alik dari rumah ke rumah sewa yang mana masa yang diambil hampir sejam.. memang patut pon amalkan Mama Muda Juice + Stevia ni.. bayangkan sejam pergi balik dengan motor dari Merbok ke Padang Meha, kalau dengar dek orang yang tak biasa, mesti diorang cakap jauh tapi bagi husna yang dah tersangatlah biasa, husna rasa sekejap je sejam tu.. hihihi..


Kebaikan Yang Terdapat Di Dalam Mama Muda Juice + Stevia

  • Menambah Dan Mengekalkan Tenaga Harian
  • Menghilangkan Kelesuan Badan
  • Melancarkan Peredaran Darah
  • Menjadikan Tona Kulit Badan Sekata Dan Lebih Cerah
  • Menjadikan Lebih Payudara Montok Dan Kenyal
  • Mengetatkan  Semula Miss V Yang Longgar
  • Menghilangkan Masalah Keputihan
  • Membakar Lebihan Lemak Dalam Badan
  • Menstabilkan Hormon Dan Haid
  • Menambah Susu Utk Breast Feed
  • Meningkatkan Prestasi Ketika Bersama Suami


Jadi, sesiapa diluar sana yang rasa mempunyai masalah-masalah sedemikian rupa boleh laa amalkan Mama Muda Juice + Stevia ni.. “kawan baik” husna pon bulan ni datang awal dua hari dari tarikh yang dijangkakan.. kalau tak sebelum ni jenuh menunggu, setiap bulan mesti akan lewat tiga empat hari tapi kali ni cepat pulak dya muncul.. hihihi..


Untuk pengetahuan pembaca, Mama Muda Juice + Stevia ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti:

Kurma – Mengubati gangguan usus dan sembelit..
Delima – Melambatkan proses penuaan..
Pueraria Mirifika & Lobata – Merawat masalah rahim, keputihan dan haid tidak teratur..
Kacip Fatimah & Manjakani – Mengetatkan dan mengharumkan vagina..
Akar Serapat – Melancarkan peredaran darah ke organ wanita..
Collagen – Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan kelembutan kulit..
Garcinia Combogia – Menghadkan pengumpulan asid lemak dan kolesterol dalam badan..
Kunyit & Halia – Sangat pantas dalam penyembuhan luka (wanita selepas bersalin)..
Mascotek – Mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim..
Stevia – Pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori..



Cara Pengambilan Mama Muda Juice + Stevia

Sangat sesuai di ambil ketika bangun pagi perut tengah kosong dan malam sebelum tidor..
Sukatan yang disarankan hanya 20ml sehari, jadinya 10ml pagi dan 10ml lagi malam..

Rasa juice ni memang sedap, rasa masam manis buah.. dulu masa memula husna macam takut-takut nak rasa, siap guna hujung lidah rasa dulu, sekali bila dah taw apa rasanya, tetiap hari asyik tertunggu bila waktu nak minum Jus Mama Muda + Stevia ni.. hihihi..


Harga Mama Muda Juice + Stevia


Harga asal sebotol RM99 tapi untuk lebih penjimatan, boleh beli 2 botol dengan hanya RM150.. tapi dengan syarat mesti sertakan kod promo MMHUSNA semasa pembelian.. terhad kepada 10 pembeli terawal sehingga 30 November 2016.. cepat hubungi hotline 012-354 7392..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari;




Till then! See ya~

3 Cara Mudah Masak Lemak Cili Api Dengan Tefal Deep Fryer FR4950


Assalamualaikum w.b.t..


3 Langkah Mudah Masak Lemak Cili Api Dengan Tefal Deep Fryer FR4950 | yeay kembali bersiaran! Tempoh hari husna ada cerita pasal Tefal Deep Fryer FR4950 Hadiah Contest Lazada Malaysia kan, sekarang husna nak kongsikan pengalaman kali pertama husna guna periuk tefal tu.. 

kebetulan mak cik jiran rumah hujung sedekahkan buah belimbing buluh pokok dya yang semakin galak berbuah.. mulanyaa teringat sambal hitam housemate husna bawak dulu awww dengan masam-masam belimbing buluh, sedapnyaaa makan dengan roti Gardenia tak pon nasi putih panas.. tapi disebabkan proses membuatnya makan masa dan agak sedikit renyah, husna tangguh sat, nanti kita belajaq lain.. hihihi.. 


3 Cara Mudah Masak Lemak Cili Api Udang Belimbing Buluh

Sebelum nak ke proses 3 langkah mudah tu kena laa dulu siapkan bahan-bahan masak lemak cili api ni, baru nanti nampak jelas langkah-langkahnya hihihi..

Antara bahan-bahannya:
  • Bahan Kisar (*kunyit hidup, jintan manis, serai, cabai Melaka, bawang merah bawang putih)
  • Belimbing Buluh (*dipotong dan direndam air garam untuk kurangkan rasa masam)
  • Udang Besar
  • Santan Kelapa (*husna ambek 2 kali perahan)


Berdasarkan buku panduan yang disertakan dengan periuk Tefal nih hanya 15 minit masa yang diperlukan untuk menyiapkan lauk pauk berkuah.. 

1. Memula set kan masa 15 minit dan termometer bersuhu 100 darjah Celcius.. lepas tu masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk Tefal.. masa ni tak dak laa keluar bunyi menumis atau macam air kena periuk panas tu tapi sakan jugak laa diorang menggelegak.. kacau sedikit dan biarkan seketika..

2. Waktu tengah sibuk memerhati macam mana benda alah ni berfungsi, almaklumlah orang cewi tengah guna periuk baru lah katakan tiap masa nak perati, dah nampak minit yang ke-5 tu, masukkan laa perahan santan yang sedikit cair, kacau sebati dan tutup periuk.. 


3. Selepas minit yang ke-sepuluh, masukkan udang, belimbing buluh, dan santan pekat.. pastu perasakan lah dengan garam atau apa saja bahan perasa yang korang biasa letak secukupnya.. kacau sebati dan biarkan mendidih sampai laa timer berbunyi menandakan cukupnya 15 minit..



Siap! Serius senang sangat memasak guna benda alah ni sampai rasa nak gila punya senang.. kihkihkih.. paling husna suka, bila timer berbunyi nanti secara automatik dya akan berhenti memasak, berhenti mendidih tanpa kita tutupkan suis atau reset termometer.. jadi senang lah kalau tetiba terlupa sebab khusyuk sangat skrol group Whatsapp ke kan.. ekekkeke..

hari tu dah cerita soal kelebihan, mak aih bukan main banyak kelebihannya.. seperti yang dijanjikan entry test power husna akan cerita apa pulak kekurangannya..

Kekurangan Tefal Deep Fryer FR4950

  • sesuai untuk travel tapi kalau travel dengan kereta sendiri laa ea, sebabnya benda alah ni berat kot.. nak basuh periuk dya saja husna jenuh timang elok-elok.. :'D
  • memang tersangat mudah tapi dari segi rasa, ini pendapat mama husna sendiri, rasanya agak sedikit kurang, katanya lebih sedap guna periuk selalu tu.. :D



Till then! See ya~

Tuesday, October 11, 2016

Tefal Deep Fryer FR4950 Hadiah Contest Dari Lazada Malaysia


Assalamualaikum w.b.t..


Hai semua! tak sangka cepatnya masa berlalu sekarang pon dah masuk minggu kedua bulan Oktober.. makin sibuk siapkan persiapan nak intern, dah kena mula cari company yang sesuai dan boleh terima internship.. seriau je rasa! Doakan husna semoga dipermudahkan segala urusan ye.. terima kasih.. dan minta doakan jugak buat adik bongsu husna yang tengah menduduki peperiksaan PT3 minggu nih, semoga adik Fatin Afiqah Hanis dapat menjawab kertas peperiksaannya dengan tenang tanpa sebarang keraguan.. InshaAllah.. Amin..

Tefal Deep Fryer FR4950 | pagi ni husna nak kongsi pasal hadiah peraduan di Instagram Lazada Malaysia dua bulan yang lalu.. hihihi cerita lama dah tapi tak kira lah nak kongsi jugak! 



Alhamdulillah ini kali pertama menang sesuatu yang dikira besar dan sangat bernilai jugak lah buat husna.. terima kasih Lazada Malaysia dan terima kasih juga buat Tefal, kerana menaja set Tefal Deep Fryer FR4950 dalam peraduan “Masak Apa Untuk Raya”.. jangan risau, husna ikut semua syarat dan peraturan okay, satu pon tak terlepas jadinya kemenangan ni kira adil lah kan buat semua.. hihihi..

Waktu hadiah ni sampai depan rumah rasa teruja gila, sebab besar kot kotak dya.. abah husna balik dari tempat kerja pon terkejut dya ingat sapa pulak yang beli barang besar gabak nih.. mama pulak dah taw, sebab kebiasaannya anak dya kalau tak sempat nak cerita kat dedua, paling tidak mesti kena cerita kat salah sorang jugak, haa gituu.. 



Tefal Deep Fryer FR4950 ini selain didatangkan dengan set periuknya yang besar petak macam kotak ni, juga disertakan dengan buku panduan pengguna, buku resepi, dan satu sudip.. mudah kerja, tak taw apa-apa nanti rujuk jelaa buku-buku tu..

Untuk pengetahuan semua, setelah dicuba baru lah husna taw periuk macam ni sangatlah mudah untuk digunakan.. ada 9 jenis mod memasak yang kita boleh teroka, antaranya; goreng tohor, menggoreng, mereneh, menumis reneh, sauté, rebus/pasta, nasi/risotto, makanan sejuk beku dan kekal hangat..


Kelebihan Tefal Deep Fryer FR4950

  • Suhu yang boleh dilaras dari 80 darjah Celcius sehingga 180 darjah Celcius..
  • Timer untuk memudahkan pengguna set kan masa memasak..
  • Juga terdapat butang buka dan tutup..
  • Bersifat mudah alih, sesuai untuk dibawa kemana-mana dengan hanya satu produk..
  • Mudah untuk dicuci, periuk non-stick dan penutup sesuai untuk dishwasher..
  • Kapasiti yang mampu memuatkan 1.2kg makanan, 2L minyak dan boleh menggoreng kentang sehingga 1kg..



Soal kekurangan nanti dah guna baru husna cerita ye.. hihihi..


Till then! See ya~

Saturday, October 08, 2016

Bisnes Kecilku Menjual Ais Krim Sumi dan Choki-Choki


Assalamualaikum w.b.t..


yeay! muncul kembali, dalam usaha mengumpul mood untuk menaip semula.. adatlah kalau dah terberhenti lama dari mengarangkan, nak mula semula tu mesti rasa liat nak mampoihh! ekekkeke.. eh Selamat Hari Sukan Negara husna ucapkan!

Bisnes Kecilku Menjual Ais Krim Sumi dan Choki-Choki | meh sini husna belanja Ais Krim Sumi sorang satu ea, kalau nak belanja reramai nih ais krim Malaysia jelaa husna mampu.. itupon belanja tengok gambar je kihkihkih, kedekut gila.. eh kata jenis support member, jadi kena laa beli tanpa mengharapkan sebarang harga diskaun.. tanpa kawan dan sedara siapa lagi yang tolong naikkan bisnes kengkawan kan.. ini tidak, asal berniaga dengan kawan je mula laa nak mintak harga kawan-kawan, kadang tu husna tengok kesian pada deme yang baru nak mula berniaga.. dan awak yang menjual tu plak letak laa harga yang setimpal, baru laa orang tak bising..

gituuu.. jauh dah melalut.. nak cerita pasal bisnes kecil husna nih, alkisahnya bermula masa cuti semester lepas dek kerana tak taw nak buat apa, nak keja macam sekejap sangat, sebulan je pon, susah nak ada tempat yang boleh terima part time masuk keluaq ni.. lepas tu teringat nak main jual-jual tapi nak jual apa, banyak sangat dalam kepala nih cuma takut tak boleh komited je lepas tu tersadai.. huhuhu.. pastu mama husna cadang buat ais krim sumi nih letak kat kantin sekolah..

Alhamdulillah dah lebih sebulan husna buat, dah bukak semester pon husna masih teruskan.. mulanya husna cuma buat Ais Krim Sumi dan Choki-Choki ikut macam resepi yang tengah viral dulu je, lepas tu bila dah semakin nampak penerimaan ramai, husna mula letak nata de coco dalam ais krim sumi tu biar rasa meriah sikit.. hihihi..


Yang ini husna buat waktu cuti hujung minggu lepas sebab dah rancang hujung minggu ni husna tak balik, kiranya itu stok untuk dua minggu laa.. penuh bahagian rak atas freezer mama kihkihkih nasib baik muat.. cuti hujung minggu depan plak kita balik buat lain..



Till then! See ya~