Tuesday, October 11, 2016

Tefal Deep Fryer FR4950 Hadiah Contest Dari Lazada Malaysia


Assalamualaikum w.b.t..


Hai semua! tak sangka cepatnya masa berlalu sekarang pon dah masuk minggu kedua bulan Oktober.. makin sibuk siapkan persiapan nak intern, dah kena mula cari company yang sesuai dan boleh terima internship.. seriau je rasa! Doakan husna semoga dipermudahkan segala urusan ye.. terima kasih.. dan minta doakan jugak buat adik bongsu husna yang tengah menduduki peperiksaan PT3 minggu nih, semoga adik Fatin Afiqah Hanis dapat menjawab kertas peperiksaannya dengan tenang tanpa sebarang keraguan.. InshaAllah.. Amin..

Tefal Deep Fryer FR4950 | pagi ni husna nak kongsi pasal hadiah peraduan di Instagram Lazada Malaysia dua bulan yang lalu.. hihihi cerita lama dah tapi tak kira lah nak kongsi jugak! 



Alhamdulillah ini kali pertama menang sesuatu yang dikira besar dan sangat bernilai jugak lah buat husna.. terima kasih Lazada Malaysia dan terima kasih juga buat Tefal, kerana menaja set Tefal Deep Fryer FR4950 dalam peraduan “Masak Apa Untuk Raya”.. jangan risau, husna ikut semua syarat dan peraturan okay, satu pon tak terlepas jadinya kemenangan ni kira adil lah kan buat semua.. hihihi..

Waktu hadiah ni sampai depan rumah rasa teruja gila, sebab besar kot kotak dya.. abah husna balik dari tempat kerja pon terkejut dya ingat sapa pulak yang beli barang besar gabak nih.. mama pulak dah taw, sebab kebiasaannya anak dya kalau tak sempat nak cerita kat dedua, paling tidak mesti kena cerita kat salah sorang jugak, haa gituu.. 



Tefal Deep Fryer FR4950 ini selain didatangkan dengan set periuknya yang besar petak macam kotak ni, juga disertakan dengan buku panduan pengguna, buku resepi, dan satu sudip.. mudah kerja, tak taw apa-apa nanti rujuk jelaa buku-buku tu..

Untuk pengetahuan semua, setelah dicuba baru lah husna taw periuk macam ni sangatlah mudah untuk digunakan.. ada 9 jenis mod memasak yang kita boleh teroka, antaranya; goreng tohor, menggoreng, mereneh, menumis reneh, sauté, rebus/pasta, nasi/risotto, makanan sejuk beku dan kekal hangat..


Kelebihan Tefal Deep Fryer FR4950

  • Suhu yang boleh dilaras dari 80 darjah Celcius sehingga 180 darjah Celcius..
  • Timer untuk memudahkan pengguna set kan masa memasak..
  • Juga terdapat butang buka dan tutup..
  • Bersifat mudah alih, sesuai untuk dibawa kemana-mana dengan hanya satu produk..
  • Mudah untuk dicuci, periuk non-stick dan penutup sesuai untuk dishwasher..
  • Kapasiti yang mampu memuatkan 1.2kg makanan, 2L minyak dan boleh menggoreng kentang sehingga 1kg..



Soal kekurangan nanti dah guna baru husna cerita ye.. hihihi..


Till then! See ya~

22 comments:

  1. wahh bestnya hadiah besaq dr lazada..nak juga hihi

    ReplyDelete
  2. wow...bestnya...barulah semangat nak memasak macam-macam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. brg baru sama, lg laa asyik nak test je.. hihii..

      Delete
  3. wahhh tahniahhhh pasni mesti rajin masak niii ;-)

    ReplyDelete
  4. wah, ini kalau mak saya tengok ni..mesti dia berkenan..anyway, tahniah sis!

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa tahniah husna.. lebih rajin memasak dan share resepi :)

    ReplyDelete
  6. Wow husna dasyat menang tefal.Tahniah ye..rezeki husna..tumpang happy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tak sangka jgk kak muni.. terima kasih ye..

      Delete