Assalamualaikum w.b.t..
ESCAPE Adventureplay, Penang | Hai semua! Sabtu dan Ahad
minggu lepas bersamaan 13 dan 14 Februari, husna telah menyertai satu event
blogger di Penang.. kali kedua event di Penang selepas Jump Street Trampoline Park, D’Piazza Mall. Di jemput oleh pihak ESCAPE Penang sendiri melalui
perantara Projek Bogger Utara, oyeahh terima kasih semua! :D
Satu pengalaman yang sangat
berharga buat husna dan adik, mana taknya kami dah lama teringin nak cuba sejak
dapat tawu pembukaannya tiga tahun lepas.. masa tu zaman husna diploma tapi disebabkan
alasan nak ke Penang tu pon satu hal makanya keinginan tu sedikit malap, tapi
tak terus malap sehinggalah ke Jumaat malam tersebut.. hihihi..
Lepas Subuh dari rumah terus
pecut dengan adik ke Terminal Feri Butterworth, lepas tu ambek bas Rapid Penang
101, Jeti-Teluk Bahang, cakap kat driver nak ke ESCAPE, memang driver bas akan
buat pusingan kat situ.. husna sampai dalam pukul 10 pagi, dan hampir kesemua
kawan blogger dah pon sampai.. tukar seluar track lepas tu siap sedia mental
fizikal, rasa teruja tahap maksima dah.. ekekkeke..
Sebelum memulakan aktiviti
kami diberi penerangan oleh Mr. Sim Choo Kheng, Ketua Pegawai Eksekutif Sim
Leisure, mengenai latar belakang penubuhan ESCAPE Adventureplay, Teluk Bahang,
Penang.. Beliau berpendapat bahawa anak-anak sekarang dah kurang keyakinan diri
dan daya tahan lasak, sebab tu katanya bila waktu kerja kena tegur sikit dah
cepat nak putus asa.. huhuhhu..
Mr. Sim juga turut memberitahu perancangannya pada masa akan datang.. Selain dari aktiviti penambahbaikan di jalankan di extreme park tersebut, aktiviti pembangunan water theme park jugak turut giat dijalankan di kawasan berhampiran.. kalau dari salah satu pit stop Monkey Business yang melalui kawasan hutan, memang boleh nampak kerja-kerja tersebut dijalankan..
Selesai penerangan, tiba lah
saat yang di nanti.. :D
balingan untuk menentukan angka giliran..:D |
Aktiviti pertama kami bermain
guli.. jujur husna cakap itu pertama kali husna main guli.. -..- sedih sungguh!
Nazri, salah seorang pembimbing kat situ, dya lah yang ajar kami macam mana nak
main permainan tu.. mulanya kami ingat pemain yang berjaya mengumpul banyak guli dan
kalahkan ramai pihak lawan yang akan menang, rupanya yang berjaya hidup sampai akhir yang
menang.. cisss! Hahaha
beratur nak masuk tapak Monkey Business..:D |
Aktiviti seterusnya mestilah
Monkey Business.. husna nih selalu teruja tahap max, lepas tu bila tiba giliran
sendiri mula lah nak resah.. tapi kira okay laa sebab berjaya jugak harungi
sebab nya macam mana pon husna kena teruskan jugak.. sekali dah masuk mana
boleh patah balik, hihihi kena jugak habiskan dulu sampai ke menara nya..
takpaa kalau tak cuba kita tak tahu, dah cuba baru boleh komen kann.. :)
Waktu dah menginjak ke tengah
hari, sebelum berhenti makan kami sempat selesaikan 2 laluan cabaran di Level
1, salah satu laluan cabaran ni akan masuk dalam hutan di mana Base Camp
terletak, boleh nampak laa keluasan tapaknya, lepas tu akan keluar dari situ
dengan flying fox di Level 3, seronok!
Congo Bars dan Chocolate Fudge Brownies dari Kak El Darwena..:) |
Berhenti untuk rehat sekejap
sementara menunggu untuk sambung semula, kami disajikan dengan hidangan tengah
hari yang sangat sedap dalam bekas makanan yang sangat unik.. uniknya sebab
bekas makanan tu merupakan kotak kertas yang boleh dikitar semula, kebiasaannya kalau bungkus kan orang letak dalam polystyrene je..
untuk pengetahuan, pihak
ESCAPE memang sangat menitikberatkan soal kebersihan alam sekitar.. dari
sekecil-kecil sampah yang dibuang sehinggalah terhadap penggunaan air di situ..
husna tak pasti sejauh mana mereka menggunakan khidmat air hujan, tapi
sebetulnya memang ada..
kalau berjaya sampai ke sana
cubalah perhati sekeliling.. pokok-pokok kampong bersepah, tengah bergayut kat
atas tetiba nampak bunga kantan tengah kembang elok kat bawah, geram pulak husna
tengok.. selainnya ada pokok pandan, pokok kacang kelisa, pokok pisang, dan
pelbagai lagilah.. bumbung bangunan pon ditutupi dengan tanaman rumput hijau
untuk mengurangkan penghakisan terus dan seterusnya memberi kesan pengurangan
suhu dalam bangunan tersebut.. sangat mengagumkan!
Selesai seperkara kami sambung
aktiviti yang seterusnya iaitu Gecko Tower atau wall climbing.. kat sini husna
sebagai pemerhati jaa.. adik husna dengan kak Zarul Farhana je yang naik..
Kemudian kami sambung dengan
Atan’s Leap atau lebih kurang macam bungee jumping.. tapi kat sini tak de laa
kena junam dengan kepala, tingginya cuma 20 meter dan untuk bebudak 12 meter
saja.. yang ni husna, adik dan kak Rokiah je yang naik.. semangat nak mencuba
lah katakan, dan pada mulanya kami ingat boleh pilih 20M atau 12M, beria lah
semua nak cuba 12M je, padahal dah ada pemberitahuan kat situ.. hurmm takpa
lah, kita cuba jelaa.. tiba giliran husna, bila dah sampai kat platform terus
rasa lain macam.. penyakit gayat datang serang, terus rasa tak yakin dan siap
mintak nak patah balik.. tapi guide kat situ memang tak bagi lah, kalau tak
semua yang naik nak acah-acah aje.. hurm bila dah turun, tertinggal hati dan
jantung kita kat atas awak! Hahaha..
Selesai je kami ke Tubby
Racer, permainan ni macam water slide cuma tak dak water.. kalau nak panggil
land slide kang terkejut semua orang, tetiba ada tanah runtuh.. kihkihkih..
jadi pepaham jelaa ye.. kat sini ada 3 line slide, 2 lurus dan 1 bengkang
bengkok.. kami turun yang bengkak bengkok, berpusing-pusing sementara nak
sampai bawah.. huhuhu.. bagi husna slide darat lagi best kot sebab tak
perlu risau dengan air, almaklumlah sejenis itik takut air.. kuikuikui..
Untuk hari pertama itu jelaa
aktiviti kami sebelum daftar masuk Base Camp.. :D
jadi keseluruhannya memang husna SANGAT MENCADANGKAN buat sesiapa sahaja yang tengah kusut, serabut pikir soal kerja yang tak pernah sudah atau assignment yang bertimbun, atau mencari kelainan untuk pergi bercuti ke tempat berhampiran, bawak anak-anak dan habiskan masa bersama mereka, memang patut datang ke ESCAPE Adventureplay, Penang.. habiskan sehari suntuk di sana dan biarkan mereka bermain, emak ayah pon boleh sama naik main perhatikan kelincahan mereka..:)
oh ye, nantikan update seterusnya mengenai Base Camp dan hari kedua kami di sana..:)
ESCAPE Adventureplay, Penang
Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang
No Tel: 04-881 1106
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad pada jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin: TUTUP)
Till then! See ya~❤
Pergh.. best gila tempat ni. InsyaAllah akan dimasukkan ke dalam list saya jugak.
ReplyDeleteyeahh memang patut pon! :D
DeleteLama tidak bersiaran ke dear, ke k fair termiss ni, menarik escape ni, semua pic cantik, yang naik tayar tu macam best dan macam tak berani :)
ReplyDeletehuhuhhu.. tak sempat kak fair..
Deletebestnya husna... nak join jugak nanti.. hehehe
ReplyDeleteinshaAllah ada rezeki tasha nanti boleh laa..:)
DeleteBestkan..macam nak pi lagi
ReplyDeletejadi teringat-ingat.. huhuhu..
Deletetahniah husna dpt buat atan lean tu
ReplyDeletek.el xbani haha
husna pon dah sampai atas baru rasa gerun..hahaha..
Deleteboleh tahan rajin gak geng blogger utara ni buat review :D
ReplyDeletekita dapat jemputan jer.. hehehe..
Deletesyoknya la hai jadi orang bujang..kak muni suka aktiviti adventures camni.dh ada anak ni payah..nk tggu anak2 dh besaq dh tua plak.tua klu stamina ok takpa jugak.haha
ReplyDeletehehehe..sementara tgh ada semangat nak buat semua nih kak muni..
Deleteseronoknya
ReplyDeletealhamdulillah..:)
DeleteBestnya..aktifnya blogger utara kn.
ReplyDeletehehehe.. memang aktif pon diorang nih..
DeleteWah bestnya...
ReplyDeleteRugi xdpt join hari tu
Wow, bestnya tengok suasana kat Escape tu ^-^
ReplyDeleteTunggu lepas bersalin nanti nak repeat lagi sekali. Duk tahan geram je aritu sobsss
ReplyDeletedah lama x ke sana.. sebab utama, mahal. heheh
ReplyDeletesuka gila main tube tu.. tapi jenuh nak usung tube naik atas.. hehe..
ReplyDeleteBestnya tempat ni. Pssttt... Meliur tgk congo bar th ah... Gulppp gulpp
ReplyDelete