Thursday, January 14, 2016

Another Best Spot For Foodies in Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Another Best Spot For Foodies in Sungai Petani | 10 hari bulan yang lepas, hari Ahad, husna ke Merbok semula untuk paper seterusnya pagi tu, lepas tu habis je paper ingat nak stay kejap dua hari sebab dah janji dengan kawan hari Isnin dya ajak pergi makan kengkononnya birthday treat..

tak sangka Ahad malam tu pon ada birthday treat jugak.. ini semua kerja housemates, husna ingatkan nak pergi sental makan malam kat pasar malam tu je, sekali petang tu diorang cakap nak sambut dengan makan malam kat luar.. terus soal ke birthday girl nak makan di mana..

memula macam tak dak idea lepas tu baru teringat classmate husna, Azie ada cadangkan satu restoran ni.. nasib baik dekat je dengan kawasan rumah sewa kami tak de lah sampai nak kena ke pekan..

kira Azie nih macam geng-geng foodies jugak lah, jadi bila dya cadang siap hentak kaki, kau kena pergi jugak kedai nih, siap komen itu sedap ini sedap, husna pulak tinggal tunggu masa jelaa.. hihihi..

malam Ahad tu kami sampai, rupanya restoran ni dalam kawasan rumah corner lot.. kalau sekali jalan memang tak kan perasan ada restoran kat dalam kawasan perumahan nih, walaupun dah ada banner kemain besar tepi jalan tu.. =.='

expectation kami tak tinggi pon since tak ramai yang bercakap pasal kedai nih.. bila dah duduk, kami pon order macam biasa.. housemate terkenan dengan pilihan makanan western kat senarai menu, termasuklah husna order set makanan western..

tunggu punya tunggu air kami pon sampai.. lepas tu tunggu lagi.. tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu erm lama gak laa.. housemate sorang nih siap letak air jejauh risau kang kena order lain asyik dok sedut je.. hihihi.. lepas tu siap boleh main teka-teki..

“eh itu makanan kita punya ke??” “taklah kita bukan order nasi..”
“hah yang tu??” “pon bukann..”

hihihi nampak sangat dah kebulur tahap nak mamposs..

bila makanan dah sampai, terus hilang habis penat menunggu tadi.. semua muka kagum tak sudah tengok kami punya set makanan.. housemate tegur kenapa presentation dya nampak exclusive sangat nih.. hahahadoiii..

Chicken Chop Spicy Cheese | RM9.00

Chicken Chop Rice | RM9.00

Chicken Chop Cheese | RM9.00

Spaghetti Meatball White Mushroom | RM8.00

Chicken Grill Cheese | RM9.00

Chicken Grill | RM8.00

yang atas nih husna punya.. untuk pengetahuan ayam yang kami dapat ni boneless taw, allahu suka sangat bila dapat ratah isi ayam macam ni je tanpa tulang.. setakat yang husna pernah cuba, tak de lagi lah kedai yang bagi isi ayam gabak tanpa tulang nih.. selalunya mesti akan sekalikan dengan tulang paha.. husna kalau makan ayam mesti tak kan ambek bahagian lain selain dari chicken breast.. tapi kalau dah tak de pilihan tu makan jugak lah.. 

portion makanan kami pon boleh tahan, penat mengunyah nak habiskan jugak sampai ada yang terpaksa pass sana pass sini..  hihihi.. sos black pepper tu sangat sedapp.. semua pakat sapu licin.. 

keseluruhannya sangat memuaskan hati husna dan housemates.. highly recommended! inshaAllah kalau ada rezeki boleh singgah sini lagi..:)



sementara menunggu yang ni jelaa aktiviti kami.. kejap ke kiri kejap ke kanan.. kejap selfie, kejap suruh orang ambekkan.. kihkihkih.. kalau tak penuh galleri memang tak sah.. lepas tu bukak cerita sampai nak cramp pipi.. :D

terima kasih sekali lagi sahabat.. definitely i'll miss you guys.. :')


DQ Restaurant & Cafe

LokasiTaman Akasia Indah, Kg. Telok Penghulu Him, Sungai Petani
( kalau dari Semeling, Sg. Layar atau Laguna Merbok, akan jumpa simpang empat traffic light Mama Village masuk kiri, ke depan sikit je ada kawasan perumahan baru, belok kiri akan nampak banner dalam gambar atas tu.. tak jauh lepas tu akan nampak rumah corner lot restoran DQ nih.. kalau datang malam dari jauh dah boleh nampak sinar lampu kat situ.. )

Waktu Operasi5 petang hingga 12 malam ( Cuti - Jumaat )
No. Telefon012 4627870


Till then! See ya~ 

44 comments:

  1. OK lepas ni boleh try pulak..dekat je ni..hehe!!

    ReplyDelete
  2. alorhh , ain dulu belajar dekat uitm merbok . xmerase pon makan sini .
    xpe nanti klo ade rezeki ke sana nak makan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa yakaa.. ain skarang dah abeh ke??
      hhusna pon baru taw je restoran nih..:)

      Delete
  3. untuk harga macam tu, presentation dia memang A... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan! tengok je presentation dya terus rasa terpukau gituuu..:D

      Delete
  4. Adoii.. Tapi tergoda betul tengok speghati tuh...

    ReplyDelete
  5. aduhhh..lapaoooo laaa tgk ni.
    hahah..blnjaa :D
    btw, jom support buku #serenitysyiralokman ^_^

    ReplyDelete
  6. Sedapmya... lapar pula tengok gambar-gambar makanan waktu malam gini xD

    ReplyDelete
  7. mak aii dekatnya dengan rumah..kena pi terjah ni

    ReplyDelete
  8. Nmpk sdpt2 la mknan kat atas tu..trbaikla x menyesal tunggu lma kan

    ReplyDelete
  9. Rasa terliur pula tengok gambar Spaghetti tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah sendiri tgk pon rasa terliur jugak.. padahal order lain..:p

      Delete
  10. Tak sia-sia menunggu makanan siap yer... tengok pun dah nampak sedap ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu laa.. kalau tak memuaskan tu mmg tak p dah zumall..

      Delete
  11. dah la tgh lapar , tengok entri husna plak , lagi lapar hee .. btw BW here =)

    ReplyDelete
  12. Ok nnti balik kampung husband nak ajak dia g lah. Hehe

    ReplyDelete
  13. nanti boleh cuba kalau ke sana lagi...nampak menarik menu yang husna dan kawan-kawan cuba

    ReplyDelete
  14. ya rabbi ya rabbi !! dia tayang makanan pulak daaaaa..

    ReplyDelete