Thursday, January 21, 2016

CouponBelanja Versi Mobile Kini di Telefon Pintar Anda


Assalamualaikum w.b.t..


CouponBelanja Versi Mobile Kini di Telefon Pintar Anda | untuk pengetahuan semua, laman web CouponBelanja sekarang telah memudahkan para penggunanya melayari melalui telefon mudah alih.. lepas ni senang laa pergi memana pon boleh akses..

memang tak dinafikan sekarang dah menjadi trend dan tabiat setiap orang untuk shopping atas talian.. rata-rata daripada mereka akan mengkaji semula produk dan membandingkan harga sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.. malahan kebanyakan kedai-kedai utama dalam talian sudah mempunyai versi mudah alih dan juga aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma di telefon bimbit memasing..

begitu juga dengan laman web CouponBelanja.. mungkin ramai di antara kita sudah biasa dengan CouponBelanja versi desktop.. jadi untuk tidak ketinggalan dalam memastikan yang terbaik buat para pelanggannya, kini CouponBelanja sudah terdapat dalam versi mudah alih yang mana kita boleh akses di mana-mana sahaja..


Apa itu CouponBelanja??

CouponBelanja merupakan salah satu laman web kupon yang terkemuka di Malaysia.. Ia mewakili beberapa kedai utama atas talian di Malaysia dengan menawarkan pelbagai kod kupon dan baucar untuk para pelanggannya..

Di sini husna sertakan beberapa tips untuk mencari kod promo di laman web CouponBelanja..

Jika menggunakan telefon mudah alih, hanya perlu layari m.couponbelanja.com. atau boleh juga dengan menaip Coupon Belanja di carian Google.. ada dua cara untuk mengakses kupon iaitu melalui kedai-kedai dan kategori produk.. setelah melayari link CouponBelanja tadi, kita akan dapat lihat butang berikut di bahagian bawah skrin..

Melalui Stores

CouponBelanja mempunyai pelbagai tawaran dan kod kupon untuk kedai-kedai utama seperti Lazada, Luxola, Groupon dan bermacam-macam lagi..

Untuk lebih kemudahan, kita hanya perlu menggunakan butang carian di bahagian atas skrin atau menggunakan butang Stores di bahagian bawah skrin.. senang kan??


Andaikan bahawa husna sedang mencari restoran tempatan dan nak tengok apa yang Groupon boleh tawarkan kepada husna.. cuma perlu taip Groupon dan klik untuk cari kupon.

Terdapat beberapa tawaran yang Groupon sediakan.. salah satunya ialah 90% ke atas makanan dan minuman.. cuma klik butang deal untuk ke halaman tawaran tersebut.. kemudian copy kod kupon tersebut dan paste pada bahagian kod promosi semasa checkout..




Mengikut Kategori

Selain itu, kita juga boleh cari mengikut kategori produk.. andai kata husna sedang mencari tawaran terbaik untuk makanan dan restoran.. jadi hanya klik butang kategori seperti yang ditunjukkan di atas dan lihat senarai kedai-kedai yang menawarkan diskaun ke atas restoran.. haa mudah saja kan?

Featured Coupons

Kemudian terdapat juga bahagian featured coupons di atas halaman yang menawarkan beberapa tawaran panas semasa.. kupon yang ditawarkan bukan biasa-biasa tapi ialah kupon yang pakar-pakar CouponBelanja cadangkan.. mempunyai pelbagai tawaran yang menarik dan pada waktu yang sama kita boleh menyimpan lebih banyak dengan menggunakan kupon-kupon ini..

Popular Coupons

Popular Coupons terletak di bahagian bawah halaman.. bahagian ini merangkumi kupon-kupon yang popular di kalangan para pengguna yang sering digunakan untuk mendapatkan diskaun dari kedai-kedai..


Pendek kata semua dihujung jari.. kita hanya perlu memilih mana-mana kupon tersebut dari 'Popular Coupons’ dan ‘Featured Coupons’, ataupun untuk lebih pilihan boleh juga menggunakan kemudahan search di bahagian atas halaman..

Lihat betapa mudahnya untuk menggunakan CouponBelanja kan.. dengan cara ini kita boleh melayari kedai-kedai seperti Lazada, Foodpanda, Amazon serta banyak lagi.. dan pastikan sebelum keluar, layari CouponBelanja, dan mohon kod promo untuk menikmati pelbagai produk dengan harga yang sangat berbaloi yang masih dalam budget kita..

Selain itu, kita juga boleh mengakses ciri-ciri lain yang menarik di laman web ini.. walaupun berada di kedai tertentu, kita masih lagi boleh mencari kedai-kedai lain yang menjual jenis produk yang sama..

Untuk pengetahuan semua, kita juga boleh mengakses blog di laman web ini.. di sini mereka akan mencadangkan dan memberi tips dan langkah yang selamat apabila membeli produk di kedai-kedai pelbagai talian di Malaysia.. bagusnya! info yang berguna siapa tak nak kan.. cuma perlu ke m.couponbelanja.com/blog..

Mudah dan Menarik!!



Till then! See ya~


Wednesday, January 20, 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih


Assalamualaikum w.b.t..


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.


Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Sunday, January 17, 2016

Resepi Nasi Goreng Bujang


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Nasi Goreng Bujang | erm sepupu sepapat nasi goreng bodo jugak laa sebenarnya nih.. kihkihkih.. hasil ber-experiment kat rumah sewa tempoh hari.. selalu kalau dah tawu akan tinggal sengsorang kat rumah sewa, mesti husna akan beli stok barang basah sikit untuk bekalan kalau malas keluar cari makan nanti.. biasa laa kalau dah tinggal sengsorang tu nak gerak kemana-mana memang liat nak mati.. jadi demi kelansungan hidup, kita buat macam ni jelaa.. hihihi..

dan kebetulan hari tu husna ada bawak balik sikit sambal belacan, sebab tu tergerak hati nak masak nasi goreng.. kengkononnya nasi goreng sambal belacan, tapi yang ini versi tak berapa cukup syarat.. hahaha..

nasi goreng bujang, nasi goreng mudah, nasi goreng
Bahan-bahan yang husna guna:
bawang merah, bawang putih, udang kecil, cabai melaka,
sayur kalian, sambal belacan, sebiji telur dan nasi putih..

Cara-caranya:
1. goreng bawang putih dan bawang merah hingga keperang-perangan..
2. masukkan dua sudu sambal belacan..
3. pecahkan telur, kacau sedikit untuk nampak hancur..
4. masukkan udang, cabai melaka dan sayur. perasakan dengan garam..
5. akhir sekali masukkan nasi, masukkan sedikit kicap dan kacau hingga sebati..

nasi goreng bujang, nasi goreng mudah, nasi goreng

hehehe dah siap.. sebenarnya dalam bebanyak jenis masakan, nasi goreng lah yang paling mudah, cepat dan sedap.. dan yang paling best pasal nasi goreng, ianya boleh dipelbagaikan.. macam magic gituu~



Till then! See ya~


Thursday, January 14, 2016

Another Best Spot For Foodies in Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Another Best Spot For Foodies in Sungai Petani | 10 hari bulan yang lepas, hari Ahad, husna ke Merbok semula untuk paper seterusnya pagi tu, lepas tu habis je paper ingat nak stay kejap dua hari sebab dah janji dengan kawan hari Isnin dya ajak pergi makan kengkononnya birthday treat..

tak sangka Ahad malam tu pon ada birthday treat jugak.. ini semua kerja housemates, husna ingatkan nak pergi sental makan malam kat pasar malam tu je, sekali petang tu diorang cakap nak sambut dengan makan malam kat luar.. terus soal ke birthday girl nak makan di mana..

memula macam tak dak idea lepas tu baru teringat classmate husna, Azie ada cadangkan satu restoran ni.. nasib baik dekat je dengan kawasan rumah sewa kami tak de lah sampai nak kena ke pekan..

kira Azie nih macam geng-geng foodies jugak lah, jadi bila dya cadang siap hentak kaki, kau kena pergi jugak kedai nih, siap komen itu sedap ini sedap, husna pulak tinggal tunggu masa jelaa.. hihihi..

malam Ahad tu kami sampai, rupanya restoran ni dalam kawasan rumah corner lot.. kalau sekali jalan memang tak kan perasan ada restoran kat dalam kawasan perumahan nih, walaupun dah ada banner kemain besar tepi jalan tu.. =.='

expectation kami tak tinggi pon since tak ramai yang bercakap pasal kedai nih.. bila dah duduk, kami pon order macam biasa.. housemate terkenan dengan pilihan makanan western kat senarai menu, termasuklah husna order set makanan western..

tunggu punya tunggu air kami pon sampai.. lepas tu tunggu lagi.. tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu erm lama gak laa.. housemate sorang nih siap letak air jejauh risau kang kena order lain asyik dok sedut je.. hihihi.. lepas tu siap boleh main teka-teki..

“eh itu makanan kita punya ke??” “taklah kita bukan order nasi..”
“hah yang tu??” “pon bukann..”

hihihi nampak sangat dah kebulur tahap nak mamposs..

bila makanan dah sampai, terus hilang habis penat menunggu tadi.. semua muka kagum tak sudah tengok kami punya set makanan.. housemate tegur kenapa presentation dya nampak exclusive sangat nih.. hahahadoiii..

Chicken Chop Spicy Cheese | RM9.00

Chicken Chop Rice | RM9.00

Chicken Chop Cheese | RM9.00

Spaghetti Meatball White Mushroom | RM8.00

Chicken Grill Cheese | RM9.00

Chicken Grill | RM8.00

yang atas nih husna punya.. untuk pengetahuan ayam yang kami dapat ni boneless taw, allahu suka sangat bila dapat ratah isi ayam macam ni je tanpa tulang.. setakat yang husna pernah cuba, tak de lagi lah kedai yang bagi isi ayam gabak tanpa tulang nih.. selalunya mesti akan sekalikan dengan tulang paha.. husna kalau makan ayam mesti tak kan ambek bahagian lain selain dari chicken breast.. tapi kalau dah tak de pilihan tu makan jugak lah.. 

portion makanan kami pon boleh tahan, penat mengunyah nak habiskan jugak sampai ada yang terpaksa pass sana pass sini..  hihihi.. sos black pepper tu sangat sedapp.. semua pakat sapu licin.. 

keseluruhannya sangat memuaskan hati husna dan housemates.. highly recommended! inshaAllah kalau ada rezeki boleh singgah sini lagi..:)



sementara menunggu yang ni jelaa aktiviti kami.. kejap ke kiri kejap ke kanan.. kejap selfie, kejap suruh orang ambekkan.. kihkihkih.. kalau tak penuh galleri memang tak sah.. lepas tu bukak cerita sampai nak cramp pipi.. :D

terima kasih sekali lagi sahabat.. definitely i'll miss you guys.. :')


DQ Restaurant & Cafe

LokasiTaman Akasia Indah, Kg. Telok Penghulu Him, Sungai Petani
( kalau dari Semeling, Sg. Layar atau Laguna Merbok, akan jumpa simpang empat traffic light Mama Village masuk kiri, ke depan sikit je ada kawasan perumahan baru, belok kiri akan nampak banner dalam gambar atas tu.. tak jauh lepas tu akan nampak rumah corner lot restoran DQ nih.. kalau datang malam dari jauh dah boleh nampak sinar lampu kat situ.. )

Waktu Operasi5 petang hingga 12 malam ( Cuti - Jumaat )
No. Telefon012 4627870


Till then! See ya~ 

Alhamdulillah Bertambah Lagi Angka Umur


Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah Bertambah Lagi Angka Umur Husna | kebiasaannya kalau esok tu birthday husna, malam tu mesti husna kat tempat lain tak duduk kat rumah sendiri, sama ada kat asrama, kolej, atau rumah sewa.. kebiasaannya macam tu lah.. kalau nak ikutkan tahun ni pon husna bakal sambut kat Merbok sebab tengah final exam, tak habis lagi uii, tapi disebabkan husna berulang dari rumah ke Merbok, so dapatlah sambut kat rumah.. eh ini bukan sambut grand-grand tu taw, biasa-biasa je..

selain dari whatsapp, mesej dan call dari sahabat-sahabat husna, keesokan paginya dapat ucapan daripada mama dan abah, dah laa dengan husna baru bangun tido, muka tak basuh, gigi tak berus dah kena cium setempek dengan mama.. hahahadoii.. sempat bergenang ayaq mata nih, nasib tak jatuh jaa.. :D

Sabtu tersebut memandangkan adik-adik husna boleh outing petang tu, kami pergi ambek kat asrama, bawak pergi makan lepas tu beli barang sikit.. makan pon tak jauh dedekat situ jaa.. abah siap suruh pilih tempat nak makan kat mana, husna kalau masuk je kawasan Kulim memang fail sikit bab nak cari kedai makan sebab tak banyak dengar viral pasal kedai makan best kat Kulim.. kalau cakap pasal Sungai Petani, hihi laju je dapat detect kedai mana nak di tuju..


bila ditanya adik-adik, diorang cakap nak makan laksa tempurung, jadi kami ke Mad Arif Char Kuay Tiaw, Kulim.. sampai je terus order 3 mangkuk ais kacang dan semangkuk laicikang untuk mama husna.. ais kacang dya boleh tahan laa cumanya ais dya kasar, tak berapa best.. mungkin pisau mesin pengisar ais tu dah tumpul kot.. jadi aisnya pon tak berapa halus..




adik-adik husna kemain cakap nak makan laksa tempurung padahal laksa tempurung order semangkuk jaa, diorang pakat order nasi.. abah, mama dan adik bongsu husna makan nasi goreng pattaya.. yang sorang lagi nasi ayam dan husna pulak order nasi ayam, ayam berempah.. pesan kat makcik tu saya tak nak ayam panggang tapi nak ayam berempah.. hihihi.. saja teringin..

owh by the way, just so you know I am officially 23rd.. hehehe.. :p

suka pulak!
bluerkk!!

=,='


Alhamdulillah terima kasih semuanya yang sudi hulur ucapan dan doa, inshaAllah semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah lindungan rahmat Nya.. Ameen.. terima kasih juga kerana tidak lupa..;)



Till then! See ya~


Monday, January 04, 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016


Assalamualaikum w.b.t..


Hi!

Selamat Tahun Baru 2016!! 

seketul entry tahun baru pon husna belom up lagi.. jadi husna sambut dengan segmen dari bro Hasrul Hassan jelah ye.. biar naik semangat nak ber-entry sikit.. ekekekke..:p


masuk tahun nih dah tahun ke enam husna berblog.. dari yang asalnya sekadar nak bercerita pasal diri sendiri semasa memula masuk belajar dulu dan berkongsi pengalaman husna mengenai sesuatu sehingga sekarang husna sudah pun join group blogger dan event review.. Alhamdulillah berkat bantuan dan tunjuk ajar daripada sahabat blogger sekalian..=)

inshaAllah akan datang Blog Husna Zahidi  akan berkongsi lebih lagi cerita-cerita menarik dan pengalaman husna terhadap sesuatu yang mungkin boleh dijadikan sebagai sumber panduan.. paling penting nak buat ramai kawan yang bukan semata boleh tegur dalam alam maya je, siap boleh berjumpa dan sembang rancak bila bersama.. hehehe..


Till then! See ya~