Assalamualaikum w.b.t..
Salam Jumaat semua.. tengah
relax ke dah bertukang kat dapur tu?? Mana taw kan ada menu special berbuka
hari ni.. nak buat ambil masa sikit so kenala masuk dapur awal kan.. hehe..
untuk menu kuih di rumah hari ni menu dari husna.. dah lama iolls teringin..
rasa macam mengidam je taw.. kalau tak dapat jugak kali ni kempunan mak jemah
majuk tak nak balik kampung raya ni.. mihmihmih.. menu apa?? nanti la husna
cite ye..
Ini perihal semalam yang KONONnya
nak up malam tadi.. propa sangat taw.. bila dah kenyang mata mengantuk buat
draft pon sangkut.. huehuehue.. jadinya continue tengah hari ni jelaa..
RESEPI : KUIH KETAYAP BUNGA
ROS
bahan inti :
- kelapa parut
- sehelai daun pandan
- 2 sudu tepung gandum
- gula pasir secukupnya
- sedikit air
- sedikit pewarna merah ros
cara-caranya :
- masak gula pasir dengan
sedikit air dan masukkan simpulan daun pandan
- seterusnya masukkan kelapa
parut dan sedikit pewarna merah
- cairkan sedikit tepung
gandum dan masukkan ke dalam adunan tersebut (fungsi : mampu memekatkan kelapa
parut dan tidak mudah lerai)
- gaul rata hingga warna
sebati
bahan kulit :
- 3 tepung gandum
- air pandan
- sebiji telur
- sedikit garam
- air secukupnya
cara-caranya :
- blend kesemua bahan di atas
hingga tepung tidak berketul dan adunan tidak terlalu cair, just fine!!
- panaskan pan (non-stick pan
paling senang)
- masukkan sesenduk kecil
adunan dan lenggang 360 darjah pan tersebut hingga adunan rata
- tunggu masak dan sedia di
angkat untuk di gulung bersama inti tadi
- habiskan adunan tersebut dan
siap di hidang!!
p/s- bunga ros sangat.. -..- menambah je keje aku..