Saturday, May 04, 2013

5 Mitos Tentang Deodorant dan Kanser Payudara



Assalamualaikum w.b.t..


Hai hai haluuu~ selamat hari minggu!! mesti tengah bersenang-lenang tu kan.. ke tengah berdebar-debar nak ngundi esok?? masih buntu nak pangkah yg mana.. org cakap atas pagar laa katakan.. jangan risau, pilihan yg terbaik di tangan anda.. maka esok juga x semena-mena husna terpaksa libatkan diri jadi petugas IT di bangsal panas untuk satu parti ni.. parti mana?? muahaha.. undi adalah rahsia.. walhal x cukup umur lagik nak ngundi woii.. -.-

mitos, deodorant, kanser, payudara

Again!! Petang ni nak up entry mengenai mitos lagi.. kali ni mitos tentang deodorant dan kanser payudara.. seriously, dulu time sekolah menengah banyak sangat desas-desus mengatakan pakai deodorant punca penyebab kanser payudara.. kali ni husna siapkan sedikit pencerahan yg husna baca di yahoo pagi tadi..

Berikut, lima mitos tentang penggunaan deodoran dan antipeluh, yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk American Cancer Society.

1. Deodoran meningkatkan risiko kanser payudara.

Hampir tiada bukti saintifik yang menyokong mitos ini. Beberapa saintis pernah melakukan kajian pada tahun 2002 yang melibatkan 813 wanita yang menghidap kanser payudara dan 793 wanita sihat. Para saintis tidak menemukan kaitan antara risiko kanser payudara dengan penggunaan deodoran, atau dengan kebiasaan mencukur bulu ketiak.

2. Memakai deodoran selepas mencukur bulu ketiak akan menyebabkan bahan kimia berbahaya mudah menyerap ke dalam tubuh dan mengakibatkan kanser payudara.

Jika anda mencukur dan secara tidak sengaja mencederakan kulit ketiak anda, kulit anda berisiko terkena jangkitan. Apabila kulit yang terluka atau terjena jangkitan disapu dengan deodoran, sudah tentu ia akan mengakibatkan kerengsaan pada kulit.  Yang pasti, ia tidak menyebabkan kanser payudara. 

3. Deodoran mengandungi bahan kimia parabens yang mengakibatkan kanser.

Kajian menunjukkan bahawa parabens mengandungi bahan yang serupa dengan hormon estrogen. Risiko kanser payudara memang meningkat sekiranya tubuh terdedah kepada jumlah estrogen yang banyak.  Namun estrogen dalam parabens amat sedikit berbanding estrogen yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Fakta lain: parabens tidak hanya terkandung dalama deodoran, tetapi juga dalam syampu, losyen badan, pelindung mentari dan pelbagai produk solekan. Kajian lain juga menunjukkan bahawa parabens boleh dikesan dalam air kencing 99% manusia. Namun hingga kini, belum ada bukti yang parabens mengakibatkan kanser.

4. Antipeluh mengurangkan pengeluaran peluh sekali gus menghalang penyingkiran bahan toksin keluar daripada tubuh.

Tubuh mengeluarkan bahan toksin yang berpotensi mengakibatkan kanser dengan bantuan buah pinggang dan hati, bukannya melalui peluh. Bahan-bahan berbahaya itu disingkirkan melalui air kencing dan najis.

5. Bagi lelaki, risiko menghidap kanser payudara adalah lebih kecil kerana mereka tidak mencukur bulu ketiak justeru bahan-bahan kimia dalam deodoran tidak menyerap ke dalam kulit.

Risiko lelaki menghidap kanser payudara adalah jauh lebih kecil berbanding wanita.  Ini kerana tisu payudara lelaki adalah sedikit berbanding yang dimiliki oleh wanita. Tisu payudara wanita adalah 100 kali ganda lebih banyak justeru wajarlah risiko kanser payudara pada wanita pun 100 kali lebih tinggi. Satu lagi perkara yang menyebabkan perbezaan tingginya risiko kanser payudara ialah hormon.  Jika seseorang lelaki mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi, dia berhadapan risiko lebih besar untuk  menghidap kanser payudara -- bukan kerana bulu ketiak atau pun deodoran. 


berhati-hati macam mana sekalipun kalau Allah dah tetapkan untuk ada penyakit tuh nak cakap apa lagi kan.. =) kalau dah ada tanda-tanda segeralah berjumpa yg pakar.. =)





p/s- entry sangkut berlambak dalam draft..sighh~ -.-

34 comments:

  1. :) good sharing!!!! Selalu org relate ngn penyakit ble pakai deodoran

    ReplyDelete
  2. byk dgr dh pasal ni...tp rasa ye slagi kita terdedah dgn chemical...percent utk ada site effect tu akan ttp ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..ini sekadar pencerahan..

      dan sila ambil lgkah berjaga-jaga..=)

      Delete
  3. AS-salam..
    a`aa..ciksu pernah juga terbaca pasai ni..
    sama2 kita jaga kesihatan..
    mber ciksu suspect ada ketumbuhan kat breast dia.
    dalam proses nk operate walaupon tak besar takut merebak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..
      huhu..risau kan..:/
      semoga kawan ciksu dalam keadaan selamat..inshaa Allah..

      Delete
  4. great piece of sharing dear...memang ada article2 tentang deodorant yang pernah dipublish untuk pengetahuan umum...

    if i'm not mistaken, ada beberapa deodorant yang disyorkan bagus untuk dipakai yang orang kategorikan sebagai safe...contohnya...Seba Med...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada deodoran yg elok di pakai??
      wahh..rexona tergolong x?? huhu..

      Delete
  5. thnks for sharing dear..
    aah kena ati2 la pakai dedoran kan..
    jgn pakai sllu :)

    ReplyDelete
  6. Ak pun pakai deodorant ...nivia pompuan punya..sebab wangi sikit..hehehehehhee
    Nasib baik risiko kecil..hehehe

    ReplyDelete
  7. tq share info ni husna..selalu jg pakai deo bila kuar rumah..

    ReplyDelete
  8. amboi husna dah macam pakar kesihatan dah..hehehe

    ReplyDelete
  9. erk, betul ke ni? habis tu macam mana nak elakkan badan berbau ni? :/

    ReplyDelete
  10. salam husna...

    sembur minyak wangi je la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak wirda..=)

      hehe..minyak wangi x se efficient deodoran la kak..hhuhu..

      Delete
    2. Kena la pakai channel atau cristian dior sayang....hehe

      Delete
    3. aduhh..mahal sgt..x mmpu lg..hehe..

      Delete
  11. ha.. pernah terbaca ttg mitos ni.. kononnye, bile pakai deodarant yg 'power' yg mampu buat peluh tak kuar, so peluh yg terperangkap ni lah yg akan akibatkan kanser.. Fuuhh.! dongeng pak belalang je rupenye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..ada jugak ye..
      hurmm..xpaa..kita ambil lgkah berjaga2..=)

      Delete
  12. betul tu kak Husna, banyak sangat org sebarkan mitos mcm ni.. kang ketiak bau bangla sbb tak pakai deodorant marah.. haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..jgn biar smpai bau bangla la iha..
      xpaa..kita pkai tp ambil lgkah brjga2..=)

      Delete
  13. hi husna.mmg dari dulu dgr info ni.apapun, its very nice to share to otherskan.good job dear

    ReplyDelete