Friday, February 22, 2013

Salam Jumaat | Berkasih Sayang Cara Rasulullah SAW



Assalamualaikum w.b.t..


Salam Sayyidul Ayyam.. =) morning!! buat apa je tu?? membuta lagi ea?? semalam tidow pukul berapa haa?? tidow lewat layan movie lar tu.. =P eh, study kot.. haha.. husna combo!! buat tutorial law sambil layan movie.. agak-agak berjalan dengan lancar ke tuto tu?? =P for sure movie tu memang berjalan dengan lancar tanpa skip.. haha..

Pagi ni nak up entry Salam Jumaat.. dah lama kan blog ni sunyi dari entry Salam Jumaat.. =) tuan blog asyik sibuk ja.. cuti pon sibuk, membuta.. -.-



Berkasih Sayang Cara Rasulullah SAW

Umum mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW utusan Allah SWT yang memiliki beribu kebaikan untuk diikuti.. Termasuklah cara baginda meluahkan rasa kasih dan sayang pada umat-umatnya..

1. Tertulis dalam sejarah di mana ada seorang wanita tua bukan golongan Islam selalu membaling najis dan meletakkan duri di sepanjang jalan yang di lalui Rasulullah. Baginda langsung tidak mengiraukan kelakuan buruk wanita tersebut malah menziarahinya ketika dia uzur. Dia terharu melihat kebaikan baginda lalu memeluk Islam..

2. Ketika berhijrah ke Kota Madinah dan memulakan sesi dakwahnya, Rasulullah telah di baling batu oleh kanak-kanak dan golongan dewasa penduduk kota tersebut. Pernah ia berlaku ketika baginda sedang menunaikan solat, namun baginda langsung tidak memarahi mereka.. Malah, baginda berdoa, “Ya Allah, berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui tentangku.”

3. Rasulullah seorang yg baik hati kerana selalu membantu sahabat dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka.. Jika ada sesiapa yg meminta pertolongannya, baginda akan sedaya upaya membantu.. Sikap prihatin ini perlu diikuti kerana Rasulullah pernah bersabda, “Barangsiapa yg menunaikan satu hajat saudaranya, ALLAH akan tunaikan 70 hajatnya.” Wallahua’lam..

4. Satu ketika dahulu, pernah berlaku di mana seorang Arab Badwi membuang air kecil di satu sudut di dalam masjid.. Perkara kotor ini mendatangkan kemarahan kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad.. Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu hingga si polan melunaskan hajatnya.. Selepas itu, baginda tidak kekok membasuh najis tersebut lalu memberitahu tentang adab-adab ketika di masjid kepada si polan tersebut..

5. Baginda selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi mereka yg memerlukan sama ada bertanya khabar atau pun bertanya tentang keperluan mereka.. Baginda langsung tidak pilih bulu kerana sentiasa berbual dan makan bersama orang-orang miskin yg melarat..


Subhanallah.. hebat sungguh peribadi baginda.. Kita semua bukan insan sempurna, maka tolak ansur adalah amalan terbaik supaya jalinan kasih sayang yg di bina kekal selamanya.. In sha Allah..





p/s- lagi perubahan yang Husna nampak.. Alhamdulillah.. 
suka tengok member berubah ke arah kebaikan.. cantik je dya.. =)


13 comments:

  1. Semoga kehidupan seharian kita semakin menuju kebaikan...amin

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat husna..

    Subhanallah...indah sungguh cara nabi kasihkan ummatnya..langsung tiada menyinggung dan menyakiti hati wpun pada seorang musuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak wirda..

      sifat yg patot kita contohi..in shaa Allah..=)

      Delete
  3. salam jumaat..betul tu tolak ansur tu penting dlm menjalani kehidupan seharian

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak..
      tolak ansur yg di perlukan sekarang..=)

      Delete
  4. nak jadi seperti baginda mmg jauh panggang dr api..amik sipi2 pun oklah kan husna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang x langsung..tp amalkan sunnahNya pon memadai kot..=)

      Delete