Assalamualaikum w.b.t..
Selamat petang!! tengah buat
apa je?? menggoreng kat dapur ea?? semenjak dua menjak nih minum petang kami
sekeluarga asyik di hidang dengan cucur cempedak.. haa.. cakap lagi kempunan..
abah ngan mama dah pergi amek kat kebun arwah tokwan berbiji-biji.. =P tapi petang
nih xnak buat korang terliur lak dengar cerite nih.. lain tahun sila terliur
sekali lagi ye.. =D
Fokus!! husna nak up entry 8
Amalan Murah Rezeki.. diketahui umum rezeki Allah datang dalam pelbagai
bentuk.. tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, boleh jadi kesihatan,
pekerjaan, dan lain-lain.. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh
rezeki dalam pelbagai bentuk yg boleh menjadi punca kebaikan dunia dan
akhirat.. =)
Beribadah à telah di nyatakan dalam hadis qudsi Allah yg berfirman ; “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jikka tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Banyakkan Beristighfar à Sabda Nabi SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa à Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Tinggalkan Perbuatan Dosa à Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW : “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Tunaikan Hajat Orang Lain à Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya....” (Riwayat Muslim)
Berpagi-pagi à Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Menjalin Silaturrahim à Nabi SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
Amal Kekal Berwuduk à Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda SAW bersabda : “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
sumber : Dara(dot)com
dan sedikit sedikit sebab
mengapa rezeki susah nak masuk dari Ustaz Don Daniyal..