Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat pagi readers!! Pagi nie sarapan apa?? Hari nie husna nak tukar
selera, makan bihun goreng plak.. selalu sangat bernasi lemak, naik muak dah..
tapi sarapan apa pon x kisah kan.. yang penting sarapan tu haa.. sarapan tu
penting ye untuk energy kita di pagi hari.. x susah, sekeping roti pon dah
cukup.. =)
Untuk pengetahuan, husna dah buat bergedil yang di rancang sangat lama
actually.. buat petang ahad yang lepas tapi pagi nie baru sempat taip dan
publish post berkenaan.. huh~ hampir seminggu.. -.-‘ sibuk kalah PM haishh~ *PM-pendamba mawar mungkin..:D
Sibuk, sibuk jugak.. blog mana boleh tinggal, hehe.. anyway, bergedil
tersebut di adun menjadi sangat bagus ye.. dan sudah tentu sedap di makan..
hee~ mama husna siap pesan ‘esok akak boleh buat lain nie’.. hehe.. kembang semangkok
sat.. =..=’
Husna copy resepi dari ciktomdotcom.. terima kasih ye ciktom.. =) husna ingat
lagi first time buat blog, blog pertama yang menjadi perhatian ialah blog
ciktom.. haha.. ciktom banyak share info mengenai blog.. x rugi follow blog
ciktom.. so cepat usha sana..
Bahan-bahannya:
500 gram kentang (direbus dan dihancurkan)
200 gram daging kisar [*husna guna daging ayam kisar]
2 biji telur (dipukul) [*husna guna sebiji je..]
½ cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Secubit bahan perasa [*x letak..bahan xdak]
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-caranya :
1. Gaulkan semua bahan-bahan bergedel daging sehingga sebati
kecuali telur dan minyak.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul.
4. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur
ke dalam minyak.
5. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan
minyak.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama mee sup, nasi air,
makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.
Mudah je kan??
Selamat Mencuba! ^^V
Terima Kasih~
*update! terlupa letak picture td..huk3..
nk tgnk gmbr..hehe..dh lama xmkn bergedil ni
ReplyDeletewah..dh ada gmbr,..erm,,sedapnya..tq2 upload gmbo..
ReplyDeletehuaaa !!! feveret sayee !!! suka gila bergedil . . terliur tengok~ -___-
ReplyDeletesedapnya yunk..lama juga akak xmakan bergedil ni...nyum2.. t ada masa nak buat juga la..
ReplyDelete@Lieyana Ahmad
ReplyDeleteykaa..husna baru 1st time rasa bergedil nie..
@ziezah
hehe..buat kak..senang je..
bergedik nie peberet akk tau.tp utk org diet mmg tak sesuailah..hehe
ReplyDelete