Wednesday, September 21, 2016

Sedikit Perubahan Meraikan Hari Raya Aidiladha 2016


Assalamualaikum w.b.t..


Sedikit Perubahan Meraikan Hari Raya Aidiladha 2016 | kembali bersiaran! hihihi sekarang ni tak taw lah kenapa tetiba ada mood rajin nak cerita kisah lama.. yang ini kira tak lama sangat lah sebabnya kita baru je selesai menyambut Hari Raya Aidiladha pada 12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437H yang lalu.. ada lagi kisah yang laaaaaagi lama tapi itu nanti husna cerita di lain episod ye.. ekekekke..

dalam hal ni mungkin dikira berkorban jugak kot.. alkisahnya dipertengahan Syawal dan Zulhijjah, abah husna ber ura-ura raya haji kali nih lepas selesai proses tumbang lembu kat surau taman, abah tak nak kemana-mana.. biasanya lepas selesai acara, petang hari kami sekeluarga akan bersiap untuk ziarah adik-beradik tapi kali ni abah rancang nak buat makan-makan dan jemput diorang pulak datang berkunjung.. 

husna kalau bab masak nak bagi orang makan memang husna teruja! sebab nanti diri sendiri yang dapat rasa dulu hihihi.. tapi tak main laa rasa sesudu di kuali semasa tengah terpacak memasak, kita angkat satu pinggan terus ekekekke..

lagi pula Aidiladha kali ni abah husna masuk korban jadinya dapat banyak jugak laa daging korban tu.. daripada kami terpaksa hadap hari-hari, pagi petang, siang malam makan daging je baik masak lepas tu bagi orang makan.. seronok taw bila kita dah semangat masak tu, masak ni, lepas tu dapat tengok orang makan dengan bersungguh-sungguh..


dapat je daging petang tu, husna ambek sikit bahagian yang bebetul daging tanpa lemak untuk rebus sebab nak buat Nasi Daging.. resepi Nasi Daging husna google je tapi kalau Resepi Air Asam nanti husna kongsi.. resepi dari mama husna, simpan je dalam blog ni mana taw rujukan untuk masa depan.. hihihi..


11 Zulhijjah - rasmi periuk Pressure Cooker Jenama Diamond yang abah husna dah beli punya la lama tapi tak berusik.. dapat tulang bahagian rusuk memang sedap laa buat sup tulang lepas tu guna je periuk tu tak payah nak tunggu rebus lama-lama.. tapi mama aim Periuk Noxxa pulak, pengaruh kawan facebook laa nih.. ekekekke.. 

Sup Tulang dah sedia apa lagi singgah kedai beli bahan nak buat bihun sup serba sikit panggil adik-beradik mama husna datang rumah.. padahal kalau ikut rancangan awal mama husna nak buat mee kari je tapi perasaan taksub tengok tulang tak dapat dikawal.. hihihi..
  

Till then! See ya~

13 comments:

  1. sedapnya sup tu....
    meleleh air liur tgk... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm husna pon jd dok teringat-ingat laa pulak..

      Delete
  2. Kemain husna terornya masak.baguslah konfiden tu ada..betul kan bila tgom org mkn masakan kita dengan bersungguh tu tandanya sedap la kan

    Mee kuah daging pun sedap husna..tp mee kak muni pantang lagi.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna kalau family makan ok, husna pon ok je.. hihihi..

      sabar jap kak, stok daging ada lg..nanti kita balik kita buat cerita plak.. hihiii..

      Delete
  3. Sedap pulak bila disebut sup tulang nih, memang time raya korban jer nak dapat makan gitu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn.. sebabnya senang jumpa daging lembu.. hihihi.. nak beli sendiri yg fresh mcm nih mahal laa sikit kalau kat pasar pagi tu kan..

      Delete
  4. rajin masak2 anak dara sorg ni.. hehee
    well done husna. kt rumah pun tak terusik lg daging korban

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masak ada orang nak makan best laa kak nina.. huhihihi..
      kak nina pon rajin aih masak bawak bekal.. lg best taw!

      Delete
  5. kenapa x jemput sy beraya? yyyyy??? nk mkn jgggg ;-)

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates