Wednesday, December 23, 2015

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Sumbat Nyok


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Ikan Cencaru Sumbat Nyok | kebiasaannya ikan cencaru ni paling sedap dimasak kalau sumbat kelapa parut dibahagian belakang ikan tu.. lepas tu terpulang sama ada nak goreng atau bakar, kedua-duanya ada rasa tersendiri kepada si pemakan.. kalau kat rumah husna biasanya ikan cencaru nih selain di sumbat dengan kelapa parut ada jugak digoreng semata atau buat masak asam.. semuanya bergantung kepada keinginan si pemakan dan kerajinan si tukang masak.. kihkihkih..

ada jugak yang memanggil ikan cencaru dengan nama ikan jacket kerana kulitnya yang keras itu.. tapi kami orang kedah sebut ikan caqu jaa, tanya nak masak apa?? mestilah belah belakang lepas tu sumbat nyok.. hehehe.. senang! tak payah nak banyak cerita.. :D

“orang jauh” kalau cakap pasal ikan cencaru, sibuk jaa dya nak sumbat nyok pastu bakaq..:p


Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Sumbat Nyok



Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru (siap dibersihkan)

Bahan-bahan untuk disumbat:
setengah biji kelapa siap parut, 2 tangkai serai dihiris halus, jintan manis, 
bawang putih bawang merah, cabai melaka dan serbuk kunyit

kemudian kisarkan kesemua bahan untuk disumbat tadi dan goreng kering sedikit untuk hilangkan air nya.. boleh juga di hiris halus daun kunyit dan goreng bersama bahan-bahan tadi.. nak letak cabai potong lebih pon tak mengapa semasa menggoreng, terpulang kepada tahap kepedasan memasing..


seterusnya lumur ikan-ikan tersebut dengan garam dan kunyit.. bahagi bahan kisar kepada 3 bahagian untuk 3 ekor ikan, senang kalau risau terkurang atau terlebih.. kemudian boleh laa di isi bahan kisar yang telah digoreng ke dalam perut ikan-ikan tersebut..:)


selepas dah siap digoreng boleh laa dihidangkan bersama lauk-pauk yang lain.. makan bersama nasi putih pepanas sedap nih hehehe.. 

itu jelaa caranya, mudah je.. cubalah! :)


Till then! See ya~

Lazada Malaysia

41 comments:

  1. Assalammualaikum... husna,

    sedap nyer.. ikan cencaru sumbat nyok.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam.. lagi sedap kalau pedas2 kan mselim..:D

      Delete
  2. ikan ni kalau pedas dan panas mmg sedap makan.
    kalau sejuk kureng sket.
    sbb ikan ni kuat jugak bau dia.
    ikan jaket :)
    kreatif kn saper yg bagi nama ikan nie

    ReplyDelete
  3. mak k.el sllu masak ni bila balik kpg..arghh rindu masakan mak..gpun ni my fevret jugak

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehehe makan dgn nasi panas memang sedap laa yun sing..

      Delete
  5. Macam sedap je ikan jaket dalam gambar tu. Menaikkan selera nak makan pulak...hihihi...makan ngan sambal asam memang sedap...tambah lagi nasi panas-panas..memang terangkat.

    ReplyDelete
  6. Alamak sedapnya..ikan jaket memang feveret CP

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. tak sangka ye ikan jaket mendapat tempat di hati semua..hehehe..

      Delete
  8. Assalamualaikum Tuan Tanah Blog
    Sedapnya resepi ni dan harus dicuba dengan kadar yang segera iaitu malam ini juga, terima kasih kerana berkongsi resepi, pastilah anak anak di rumah nanti menjilat jari makan hehehe...by the way thanks sebab singgah kat blog dan jadi follower walaupun blog saya itu masih mentah, sehari dua jagung umurnya, bery much appreciated...thank you so much...oh malam ini saya akan cuba resepi ini, bahan semua ada kat rumah, tinggal lagi ikan harus dibeli sekarang juga yeehaaa. Next time datang ke KK, habaq ya...saya belanja seafood cik husna sekeluarga

    curiostraveller.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam.. hehehe sedap tuh sampai menjilat jari..

      xdak masalah, husna singgah support antara blogger..:)
      terima kasih atas pelawanya..

      Delete
  9. sedapnyaaa.. suka makan goreng mcm tu sbb malas nk buat . hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng garing kak nina!! oh my goddd.. hahaha nangis~

      Delete
  10. Sedaaap ni. Nani biasa buat ikan cencaru jugak :)

    ReplyDelete
  11. sedap ni husna tp kak muni jarang beli nyoq..biasa buat caqu sbat sambai ja..klu boh nyoq pun pkai lada kering je nti bley cuba cili padi cmni plak..klu rajin la kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal saja pon sodapp kak.. asal boleh sebat.. hahaha..

      Delete
  12. ni mmg feveret kak eny gakkkk ya Allah sedapnyaa

    ReplyDelete
  13. Tertengok terlaparq ni hehe salam 2016, moga baik2 semua dear husna :)

    ReplyDelete
  14. malam malam tengok ikan cencaru ni sedap betui

    ReplyDelete
  15. Mengingatkan zaman hostel dulu... ikan jaket hari Khamis. Tapi yang ini resepinyanya melembutkan jalet kot eh? Meh melawat wall saya ya kat sini:-http://emjay-freedom.blogspot.my/2015/10/kerana-kemiskinan-harta-aku-dipandang.html. Say dah join blog ni. TK lawat segmen tambah follower kat page saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. kalau dulu dok asrama mmg rajin mkn ikan nih.. sebab tu lekat nama ikan jaket..hahaha..

      Delete
  16. Zumal selalu beli je kalau nak ikan sumbat nie sebab tok x makan menu nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yelaa kalau sorg boleh laa nak beli.. kalau ramai mmg tak cukup zumal..:)

      Delete
  17. Benda baru ni. Biasa saya sumbat yang masuk belacan tu..

    ReplyDelete