Sunday, September 07, 2014

Novel Magis & Gaun Cik Bos Tuxedo Mr. Secretary


Assalamualaikum w.b.t..


Hi. Hari ni husna cuti, tengah rindu nak terjah dan baca cerita semua orang.. Mohon diberi kesempatan tersebut.. InshaAllah.. Erm yang masih menanti hadiah tersenarai sebagai pengomen tegar tu, husna mohon beribu kemaafan masih belum berupaya nak settle lagi.. 2 jenis dah ada, 2 jenis lagi je belum, yelaa hutang untuk 4 bulan kan.. inshaAllah minggu ni jugak husna usahakan..

Semalam husna half day, keluar makan dengan kawan sekejap, sebelum balik singgah kedai buku ABC depan Sek Men Badlishah tu.. kalau dulu masa zaman sekolah menengah, area situ jelaa nak keluar pon, asal boleh lepas dari pagar sekolah dah rasa best dah.. beli Slurpee kat 7E lepas tu topup makanan kering yang dah nak habis..


Apa cerita singgah kedai buku?? Alang-alang kat luar kan, baik cari sesiap novel yang husna sponsor untuk Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com.. pemenang bertuah akan menerima Gaun Cik Bos, Tuxedo Mr. Secretary.. kalau pemenangnya lelaki?? takpaa budak lelaki sekarang ni ada yang kalah perempuan taw baca novel, siap koleksi bersiri-siri.. hehehe..

husna ni tak pandai sangat bab nak pilih novel best.. Asal cover cun, tajuk menarik, sinopsis macam best sikit haa beli jelaa.. belek belek lagi sampai terteleng kepala nak baca tajuk, lepas tu ternampak karya RAM, alamak macam mana nih?? macam mana apa lagi, ambek je dedua habis cerita.. -.-

Seingat husna novel pertama Ramlee Awang Murshid yang husna baca ialah, Ungu Karmila.. cerita pasal sebuah rumah dan tumbuhan berduri.. sinopsis husna bagi dua patah perkataan je memang tak best langsung tapi cuba lah baca.. konfem hilang dalam dunia sendiri.. lepas tu tiga novel pertama cerita pasal Laksamana Sunan.. semuanya ehsan pinjam kat member nama Azlan, waktu zaman sekolah dulu..

sekarang ni dalam koleksi husna cuma ada Rahsia Perindu & Semangat Hutan.. ini tambah lagi seketul Magis.. tak ikut susunan siapa terbit dulu pon, main belasah je ambek.. beheee gasaklah..

Eh siapa yang tak join lagi giveaway Mama Niza tu cepat join ye.. husna pon sekejap lagi baru nak join.. mama cakap sponsor pon boleh isi borang ekekkeke.. tarikh tutup 10 Sept, tak lama dah.. 


Till then!! See ya~











33 comments:

  1. dah lama tak beli novel..hehe.. jemput join.. :)
    http://sitizawiah95.blogspot.com/2014/09/segmensaya-nak-keychain-ch.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna pon ini yang pertama utk tahun ni kot.. tak ingat dah last time beli novel bila.. huhuhu..

      Delete
  2. lelaki mana tuh punya koleksi novel tuh?wuhuuuuu....jiwangnyaaaaa~~~
    nnati kalau ada masa saya join giveaway mamaniza tuh...salam tgah hari ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha serius mmg ada lah aiman.. klau bkn yg jiwang msti yg thriller punya..

      Delete
  3. ohh awk sponsor novel ye husna.. hihi.. nak novel tuxedo nie..hahahha... :P

    ReplyDelete
  4. Novel tu untuk hadiah yer. Bestnyer kalau dapat. Hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. untuk hadiah.. hehehe dah selamat pos kpada tuan empunya..:)

      Delete
  5. Replies
    1. alaaa acik salah faham nih.. magis tu utk husna laa..:p
      yg satu lagi tu baru utk pemenang..:)

      Delete
  6. Peminat novel yer?.. tajuk2 novel tu pun gempak...sikit hari lagi mesti di jadikan drama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna suka jugak baca novel tp tak de lah smpai setiap bulan kena beli..:)

      Delete
  7. Replies
    1. yeayy!! mesti dah banyak koleksi novel kat umah akak nih kan..:)

      Delete
  8. Adik sy peminat setia novel Ramlee Awang Mursyid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakaa kak?? wahh mesti dah banyak koleksi dya kan..:D

      Delete
  9. Replies
    1. yeay kita geng.. tapi husna tak de laa slalu sgt layan novel ni lya..:)

      Delete
  10. bestnyer..cn bz tak smpat baca novel sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelaa kan.. takpaa.. dahulukan yg mana lebih penting..:)

      Delete
  11. Replies
    1. ntah laa ika.. husna pon baru mula membaca je..:)

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.