Wednesday, March 19, 2014

Bowling di Amanjaya Mall, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Harap maklum, episod yang bakal ditayangkan pada kali ni dan seterusnya (tak taw sampai bila) bersifat cerita lalu.. jadi jangan tak nak baca plak, penat husna menaip.. :( ini kes, cerita ada tapi masanya nggak ada.. -..- bukan senang nak menulis ni, kena ada ilham nak mendongeng baru best nak taip.. hehehe..

Kisah sekitar bulan Februari yang lepas.. hari Jumaat bersamaan 21hb.. selaku housemate (Zaimah) terlibat dalam  menyediakan kertas kerja untuk program Tournament Bowling anjuran JPNR.. makanya secara tak langsung kami seisi rumah yang lain turut diheret untuk menjayakan program tersebut.. that moment when fee charge yang kena tanggung langsung tak berasa sebab, group husna menang..

wait!! jangan teruja dulu.. penghujung cerita nanti baru fikir nak teruja ke tak.. :p

lepas je bebudak lelaki balik dari solat Jumaat, event pon start.. kami lah yang paling awal sebab nak kena double check booking.. ambil lane yang paling hujung dan terperuk supaya nanti bila masuk longkang orang tak kisah sangat.. lagi best, suasana dalam tu suram2 je macam pergi disko.. first time pergi tempat bowling yang lightingnya suram.. 

total group pemain, 5-lelaki dan 3-perempuan.. muka masing-masing gelojoh je nak main.. ada yang baling, ada yang lempaq -..-, ada yang baling terlepas ke belakang, dan yang play smoothly ofkos la bukan kitaorang.. hahaha.. game yang pertama mental fizikal semua still maintain.. masuk je game kedua, dah tak boleh tahan dah.. pancit!! main sekadar ambil syarat nak habiskan je..

lega bila dapat tamatkan.. usai selaku penasihat, Encik Norridzwan Abidin catat markah, emcee ambil tempat dan mengumumkan group-group yang bertuah..

johan, bowling, JPNR uitm kedah
Johan kategori lelaki

johan perempuan, bowling, jpnr uitm kedah
johan kategori perempuan *sesat sorang :p

naib johan kategori lelaki, bowling, JPNR uitm kedah
naib johan kategori lelaki
 
naib johan, perempuan, bowling, jpnr uitm kedah
naib johan kategori perempuan 
group husna dapat naib johan.. tak de la terror mana.. boleh menang pon sebab perempuan ada 3 group je.. (itu yg KN kite cakap -..-) kalau hitung tanpa kategori lelaki atau perempuan, conform tersasar jauh.. jadi kesimpulannya kite still teruja, dan awak kalau nak teruja jugak, terima kasih diucapkan.. muehehe..

berada di samping cik ted.. >_<





















p/s-gian nak main lagi.. :p

20 comments:

  1. Assalamualaikum husna. bestnyaa. adoiii lama tak asah bakat... selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak..
      hehe, buat masa ni tak perlu nak asah bakat lg kot.. :p

      Delete
  2. Assalammualaikum...husna,

    tahniah yer dapat naib johan peringkat kump. ok lah .. tu. Bukan senang tu nak menang. kalau tak kena gaya lontar masuk longkang aje..

    mselim3

    ReplyDelete
  3. tgh membayangkan gaya lontaran bowling husna dgn kengkawan..tang masuk longkang tu mesti tak leh lari..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi kak.. jgn la bayang tang masuk longkang tu.. malu~~ :p

      Delete
  4. x igt dah bila kali terakhir main bowling.. hehehe
    tapi rasanya saya pernah main bowling kat SP tu..

    ReplyDelete
  5. tahniah..seronok juga main blowling..boleh release tension

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!! betul!!
      kalau rsa marah ke mmg tersgtlah di alukan utk melempar bola bowling tsebut.. :p

      Delete
  6. bestnya dapat keluarkan peluh kat pusat bowling.. nanti akak main bowling husna sponsor hadiah boleh? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..boleh!! boleh!!
      lolipop sebatang ye kak?? :p

      Delete
  7. janji menag dan dapt hadiah kan
    xlist ada kenangan.
    ater nak buat acaner dah bahagi group lelaki dgn pempuan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak bahagi laki ngan pompuan, jenuh jugak laa nak menang.. huhuhu..

      Delete
  8. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...wahh...tahniah dik...

    ReplyDelete