Assalamualaikum w.b.t
Hi awak!
Mana yang cakap kita diam/senyap balik tu?
Biaaaasa dia, hahahha.
Selamat hari raya haji buat semua pembaca blog husna. Baru seminggu kan? sempat lagi nak ucap, daging korban dalam peti ais tu pon tak habis lagi, so okay laa tu. hihihii..
Raya Pertama, 11hb Ogos 2019
Aidiladha tahun ni husna jenjalan raya rumah mak sedara Zul (incik suami), atau lebih spesifik sikit, rumah adik-beradik sebelah Mama Ita, mak mertua husna. Kenduri sebelah suami hari tu diorang mai nak tengok pengantin, tapi tak sempat atas sebab-sebab tertentu yang tak boleh nak elak.
Jadinya masa ni lah nak berjumpa adik-beradik, perkenal menantu, agituhhh. hihihihhhi.
Sambil ronda keliling rumah tu sempat lagi kami sebat buah kelapa muda nih buat minum air nya. makan terus macam tu, korek-korek isi dia guna kulit dia jugak, perasaan dia lain sikit lah, segar dan yang penting nikmatt!
Raya Kedua, 12hb Ogos 2019
Di kemudian harinya sudah tentu laa kenduri korban. Pak sedara Zul pakat dengan adik beradik dia nak buat korban tahun nih. Alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama.
Menu istimewanya, daging kerbau bakaq!
Meleleh ayaq lioq ke tu? Jarang orang buat kenduri korban, menunya daging bakaq. Selalu yang menjadi kebiasaan pon daging masak kicap, sup daging, ayaq asam.
Kalau nak diikutkan, husna ni macam ajet-ajet tak makan kerbau sikit. konon dari kecik tak makan laa, dan mungkin rasa macam, err kerbau?
Lepas tu, tibanya majlis kahwin sendiri, abah husna ambil keputusan nak tumbang sekoq lembu tapi tuan ladang tu terpaksa bagi kerbau sebab ada isu saiz kot masa tu, tak ingat. jadinya masa tu tak kan nak ajet-ajet lagi, makan jugak laa buat tak reti. muehehehhe.
Biasa je rasa dia, macam makan daging lembu jugak laa.
Makan daging tu beringat, mentang-mentang laa setahun sekali, jangan nak main sebat je. hihihhi.
Sampai bertemu lagi!
Husna Zahidi ❤