Assalamualaikum w.b.t..
Resepi Brownies Kedut Nutella | Selamat berhujung minggu! Ada yang
penuhi jemputan kenduri lagi ke minggu ni? Seronok laa tiap kali hujung minggu
je gantung periuk kuali ekekkeke..
#entrypending lagi selagi mood tengah semangat nak kosongkan folder gambar..
Resepi Brownies ni husna buat masa adik-adik husna masih di asrama
sekolah, sekarang ni tinggal yang sorang tu je terkontang-konting dan sorang
lagi tengah tunggu keputusan spm..
Husna pernah rasa pelbagai
jenis brownies jadi dah boleh agak tekstur sepatutnya macam mana.. pernah dapat
yang terlalu kering sampai hancur, relai orang Kedah cakap..
Husna rujuk resepi kak Eny
Abdullah di [SINI].. ada juga turut disertakan Tips Menghasilkan Kedut Brownies
dan Tips Brownies Lebih Sedap..
hasilnya Alhamdulillah dari
segi rasa dan tekstur memang puas hati cuma bahagian kedut husna tak menjadi
sangat, tak berkilat dan tak berkedut.. silap baca arahan kot ekekke takpaa
lagi pula baking bukan benda yang sekali buat terus menjadi, nak kena try and error banyak kali..
Resepi Brownies Kedut Nutella
Sumber: Resepi Brownies Kedut
Bahan-bahan
400 gm coklat compound jenama
Beryl's
150 gm butter
170 gm gula perang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko Van Houten
Secubit garam kasar
Cara Penyediaan
1. Cairkan coklat, butter dan
garam menggunakan kaedah double boiler.
2. Tepung diayak bersama
serbuk koko.
3. Masukkan telur, gula perang
dan esen vanila dalam bekas besar. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan tepung diselang
seli dengan coklat dan kacau rata adunan.
5. Panaskan oven terlebih
dahulu pada suhu 160°C. Masukkan adunan dalam loyang 10x10 inci.
6. Bakar selama 30-40 minit
mengikut kesesuain oven.
Untuk hiasan husna guna
Nutella campur dengan coklat masakan je sebab Nutella pon dah nak habis
ekekke.. teringin nanti boleh cuba buat lagi..
Till then! See ya~❤