Assalamualaikum w.b.t..
Phantamania, Penang : Trust No One, Just Have Fun! | Fuhhh! Lamanya tak bersiaran..
Apa khabar orang kampung? Alhamdulillah moga sihat semuanya..
minggu lepas Jumaat 22hb husna
dan kengkawan ke Penang.. saja seronok nak jenjalan bercuti bersama sebelum
masing-masing dah mula balik ke sarang.. ekekke.. paham jelaa kalau dah balik ke
kampung sendiri memang susah laa sikit nak keluar berjalan mahupun bercuti,
rumah kami pon bukannya dekat-dekat.. bila pulak nak jumpa, katanya tunggu
salah sorang kenduri, ceit! hahahampeh..
kami pergi balik hari je jadi
tak rancang nak pergi banyak tempat.. target kami cuma nak ke Phantamania lepas
tu berbasikal sekitar Georgetown cari Street Art.. dan mestilah berharap cuaca
pada hari tersebut tak hujan memandangkan sekarang asyik hujan je kan.. syukur sepanjang hari tak hujan dan tak jugak panas,
elok dah petang nak hantar semula basikal sewa baru hujan rintik..
lebih kurang pukul 12 tengah hari kami
sampai terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda terus guna maps cari Phantamania.. pada mulanya kami sesat walaupun 5 minit je dari terminal feri nak ke Phantamania nih sebab
kami cari 163, Lebuh Victoria, padahal sebetulnya 193, Lebuh Victoria mana nak jumpa.. husna
laa konfiden je suruh kawan waze 163, Lebuh Victoria.. blerghhh~๐
di laluan yang sama kami mintak tolong uncle sewa basikal yang ada kat kawasan tu tunjukkan.. dah jumpa tapi tu lah masalahnya kat Penang ni susah nak cari petak parking, lepas tu uncle tadi cadang guna kawasan parking berbayar sehari RM5.. dah alang-alang, kami sewa basikal terus je kat dya sebiji RM8, nasib itu paling murah yang husna pernah dengar.. kalau basikal pair plak, RM18..
di laluan yang sama kami mintak tolong uncle sewa basikal yang ada kat kawasan tu tunjukkan.. dah jumpa tapi tu lah masalahnya kat Penang ni susah nak cari petak parking, lepas tu uncle tadi cadang guna kawasan parking berbayar sehari RM5.. dah alang-alang, kami sewa basikal terus je kat dya sebiji RM8, nasib itu paling murah yang husna pernah dengar.. kalau basikal pair plak, RM18..
PHANTAMANIA, PENANG..
Trust No One, Just Have Fun!
Bayaran masuk yang dikenakan
untuk student hanya RM12.. Yuki,
petugas di kaunter siap pesan kat kami nak berjalan masuk jangan guna muka,
tapi guna tangan.. bunyi macam pelik dan suspend je kan.. hihihi.. rupanya jalan masuk penuh cermin weyh, memang kalau guna muka nih
tak pasal je kemek hidung, benjol dahi.. ekekekke.. jadi untuk lebih
berhati-hati kena laa teraba-raba sikit macam jalan dalam gelap tu..
Seronok! Masa kami masuk tu
tak ramai sangat umat jadi husna biar je kengkawan masuk dulu baru kemudian husna
menyusul.. sebab tak mencabar laa kalau ikut kawan.. boleh macam tu.. kihkihkih.. lepas tu boleh
plak staff kat situ main acah suruh cepat..๐ dalam satu cermin tu memang laa
kita akan nampak dya macam dah dekat, sebenarnya tak pon, berliku lagi nak
sampai, dek kerana pantulan dari cermin tu kita je rasa dya dekat.. haa jadi jangan percaya dan jangan tertipu ye..
Lega bila dah selamat masuk kawasan Phantamania, lepas tu kenalaa cuba semua cabaran yang ada, bermain dengan ilusi gambar.. serius cakap staff kat sini semua peramah, nanti
diorang yang akan tunjukkan macam mana nak bergambar menggunakan trick yang ada, walaupun di setiap point ada arahan bergambar macam mana nak
beraksi.. kalau antara kengkawan korang semua pon nak masuk frame, boleh jugak mintak tolong staff
ambekkan gambar.. hihihi..
style kan gambar kami yang kat atas tu.. itu menggunakan khidmat staff yang available.. hihihi.. kalau tak taw cara memang tak menjadi jugak gambar nih.. nak jugak macam ni kena lah luangkan masa korang tu sikit.. sekali sekala melayan kepala best apa.. hihihi..
bersama Yuki, staff Phantamania, ramah gila dya nih lepas tu merendah diri sangat.. terima kasih buat semua staff Phantamania yang menjayakan kunjungan kami.. happening! tetiba rasa macam dah kenal lama sangat ngan semorang.. eh hahaha..
Phantamania, Penang.
Alamat: 193, Lebuh Victoria, 10300 Georgetown, Penang.
No. Telefon: 04-263 3193
Masa beroperasi: Setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 7 malam.
Tiket masuk:
(Harga Promosi Pembukaan)
Dewasa - RM19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM12
(Harga Biasa)
Dewasa - RM28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM18
Kanak-kanak bawah 100cm - Percuma
Till then! See ya~❤
planet mana laa yang diorang dah masuk.. |
bergaya gila bila dapat terapung macam nih.. nak taw macam mana caranya kena laa datang weyh! ๐ |
FREEZAMANIA
ini tempat paling best! sejukkkkk~ eh dah nama pon Freezamania mestilaa tempatnya pon sejuk.. sejuk lebih sikit dari suhu kat luar siapa tak nak.. lelagi kalau cuaca kat luar pon panas meletit-letit, lagi laa asyik nak duduk dalam ni je tak nak pergi mana kann.. tapi tak de laa sejuk sampai tak boleh tahan.. hihihi
kat dalam ni ada igloo, orang salji, dan pelbagai lagi lah.. atau nak rasa sesuatu paling nikmat, hirup kopi yang disediakan.. hurmm memang layan..
dah cukuplah beratus-ratus keping bergambar dan selfie sampai lebam kat dalam tu, kami keluar nak habiskan aktiviti kat luar plak..
kau kunci cintaku di dalam hati mu.. ๐ถ haa gituu, sebab tu sengih serupa kerang busuk je muahahaha.. |
ya Auloh! apa korang buat nih? dah tak sayang kawan ke? ๐ฑ |
tadi di gari, ni dibiarkan tergantung laa pulak.. ๐ฒ |
hambek kau semua dah macam orang labah-labah.. ๐ |
bersama Yuki, staff Phantamania, ramah gila dya nih lepas tu merendah diri sangat.. terima kasih buat semua staff Phantamania yang menjayakan kunjungan kami.. happening! tetiba rasa macam dah kenal lama sangat ngan semorang.. eh hahaha..
Phantamania, Penang.
Alamat: 193, Lebuh Victoria, 10300 Georgetown, Penang.
No. Telefon: 04-263 3193
Masa beroperasi: Setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 7 malam.
Tiket masuk:
(Harga Promosi Pembukaan)
Dewasa - RM19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM12
(Harga Biasa)
Dewasa - RM28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM18
Kanak-kanak bawah 100cm - Percuma
Till then! See ya~❤