Sunday, April 24, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wednesday, April 20, 2016

Tertunai Keinginan di Bihun Sup Puaka, Merbok


Assalamualaikum w.b.t..


Tertunai Keinginan di Bihun Sup Puaka, Merbok | siapa yang follow instagram husna (@dearhusnaaa) mesti dah tawu kan pasal nih.. tapi kalau tak perasan jugak haa meh sini nak cerita lebih lanjut..

Sebenarnya husna nih ada satu tabiat yang mana kalau husna bercerita demi nak menunjukkan kesungguhan, tak cukup dengan reaksi muka dan intonasi suara, habis tangan kaki semua naik punya bersunguh-sungguh nak cakap benda yang husna cerita tu betul..

Eh! Memang betul lah.. serius tak tipu! Haa..
Tapi masa kekecik dulu tak pernah pulak masuk pertandingan bercerita.. kihkihkih..

Selalunya yang hadap kesungguhan husna tu keluarga lah.. terutama bila bercerita bab makanan, punya beria bercerita macam nak suruh diorang cuba waktu tu jugak.. hahaha.. jadi korang agak cerita pasal keunikan makanan dan minuman kat Bihun Sup Puaka, Merbok nih dah kali ke berapa husna sampaikan ke diorang?? Ntah! Husna pon tak ingat..

Sabtu lepas husna dah nak kena balik Merbok sebab cuti pertengahan semester dah pon habis.. petang tu elok menunggu masa berangkat sementara bersiap tetiba hujan turun dengan lebatnya.. seronok tak hingga laa sebab lama benor rasa tak hidu lebatnya hujan.. hurmm.. rasa macam dok terhidu-hidu lagi nih.. hahaha..

tapi husna terkandas pulak selama sejam.. hujan dah berhenti, jam di tangan dah pon menunjukkan pukul 7 malam, lepas tu abah buat keputusan cakap nak ikut dari belakang sebab risau husna naik moto memalam.. dah alang-alang sampai husna ajak abah makan malam terus kat tempat yang husna dah lama nak bawak..

Bihun Sup Puaka, Merbok..


Kat sini menu istimewanya semua ada ‘Puaka’ maksudnya ada kick lah kat situ.. haaa.. tapi sayangnya waktu husna pergi nih Bihun Sup Puaka dah pon habis, yang ada hanya bihun sup biasa.. bukan rezeki abah jugak nak bagi dya merasa yang special tu.. kesedapan dya? Mulut orang utara kan, buat kat rumah tak cukup bahan pon sodapp, janji bihun warna kuning.. hahaha.. jadi kat sini memang sedap lah.. nak tambah berpuaka lagi letak cabai hitam, perghhhhh! Berasap telinga.. hihihi..


Lepas tu minuman mestilah Air Puaka.. serius sedap, tak tipu! Dulu rasa takut nak cuba, sekali masa keluar dengan kengkawan diorang suruh cuba jugak, haa baru tahu sedapnyaa.. kali ni bagi abah mama rasa pulak.. husna tak pasti diorang letak apa tapi yang jelas ada serai, daun pudina, buah mata kucing kot, asam boi, serbuk asam, dan hirisan daun pandan.. menurut mama air serai boleh membantu melawaskan kencing, begitu rupanya..



Till then! See ya~  

Saturday, April 16, 2016

Segmen Bollygood | Singham Returns


Assalamualaikum w.b.t..


Segmen Bollygood Singham Returns | lamanya rasaaaa tak cerita pasal Hindustan kat blog husna nih.. padahal selalu je layan Segmen Panggung Sabtu di TV3 dan Segmen Bollygood di TV2 tapi entah macam mana boleh pulak seorang husna tak rajin nak update blog.. :p

Rabu malam haritu Segmen Bollygood bertajuk Singham Returns.. sekali tengok macam tak best, nampak macam cerita lama dengan seragam polis nya, sebab tu kisah awalnya husna tak tawu sangat bagaimana kisah bermula.. lagipon dok beria tempek inai, sajaa, husna tak boleh tengok kuku nih lama sangat tak berwarna.. hihihi.. sementara nak tunggu dya kering tu, sempatlah layan kejap cerita nih.. rupanya boleh tahan jugak ye..

Segmen Bollygood | Singham Returns
Arahan Rohit Shetty, 2014.


Singham Returns, 2014 kesinambungan dari Singham, 2011.. Cerita ni sebenarnya sensitif sikit sebabnya pengarah menggambarkan kepimpinan politik, sistem kehakiman dan agama di tempat tersebut nampak sangat korup.. huhuhu..

Berikutan pencapaian cemerlang Bajirao Singham (Ajay Devgan) di Goa, dalam cerita ni dya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) dan diarahkan ke Mumbai untuk membanteras rasuah politik dalam acara pilihan raya akan datang..

Nak dijadikan cerita, Guruji (Anupam Kher) sebagai Perdana Menteri diorang telah ditembak mati.. setelah disiasat rupanya salah seorang ahli politik, Prakash Rao (Zakir Hussain) yang bertanding yang menjadi dalang kepada pembunuhan tersebut.. bersamanya seorang mubaligh yang sesat, Babaji (Amole Gupta) telah mengugut dan mengancam calon-calon ahli politik yang lain demi memastikan aktiviti rasuah dan black money diteruskan..


Tak semudah yang disangka kerana Bajirao Singham memang tak kan biarkan perkara tersebut berlalu macam tu je.. dya cuba untuk mengumpul bukti yang membabitkan kesalahan mereka berdua.. walaupun licik akhirnya tumpas jugak kerana tanpa sedar mereka telah mengaku sendiri kesalahan yang telah dibuat seraya seorang wartawan nekad untuk merakam pengakuan tersebut..

Yang paling menarik bagi husna pada bahagian akhirnya.. walaupun mereka dah disabit kesalahan dan dikenakan penjara seumur hidup, tapi perangai mereka menyebabkan Bajirao Singham tak puas hati kerana berpendapat bahawa mereka akan keluar dari penjara bebila masa sahaja dan melakukan perkara yang sama dikemudian hari.. jadi dalam perjalanan ke penjara selepas perbicaraan tamat, Singham mengarahkan anak buahnya memberhentikan kenderaan dan meninggalkan kedua pesalah tersebut didalam kereta.. dan kemudian sebuah lori yang laju datang dari arah sisi kereta tersebut bertindak melanggarnya.. laporan mengatakan mereka dilanggar kerana brek lori tersebut rosak.. senang kan! Husna tengok bahagian nih rasa puas hati sangat..

Untung laa kalau ada lagi yang masih telus dan boleh diharap!



Till then! See ya~ 

Tuesday, April 12, 2016

Rexona Fresh Protect Kit, Terima Kasih WOOP



Assalamualaikum w.b.t..


Rexona Fresh Protect Kit, Terima Kasih WOOP | akhirnya tibalah giliran husna.. muehihi ingatkan tak dapat dah sebab orang lain yang sertai contest ni dah berkurun lama dapat.. lagipon tak yakin jugak akan dapat sebab seingat husna takde sertai memana contest WOOP-Women Of Opinion dalam facebook jadi buat tak tahu jelaa walaupun dalam hati nak jugak! kahkahkah..


Sewaktu terima kit nih rasa seronok tak hingga, uishh benda percuma kan siapa tak nak! :p lagipon husna memang pengguna setia Rexona kot, aicehh, haa kan dah jimat sebotol.. sebotol lagi pass bagi ke abah husna.. ini kalau kat kedai total untuk dua botol harganya lebih kurang RM20.. waktu tengah sengkak, nak beli sebotol pon berkira tahu! Kihkihkih..


jadi siapa yang tak join WOOP lagi sila berbuat sedemikian sekarang jugak!


Alahh setakat jawab soalan je lepas tu kumpul mata.. dah banyak nanti boleh laa tebus untuk memana barang yang rasa berkenan dihati.. dalam WOOP nih ada dua jenis misi; misi harian dan misi besar.. misi harian nih ada soalan yang ada mata dan ada jugak soalan yang takde mata.. nak kumpul banyak mata senang je, selesaikan misi besar.. kat situ boleh sesenang je dapat beratus-ratus mata.. hihihi..


yang atas nih akaun husna dengan mata berjumlah 685, setakat nih tak tebus memana barang lagi.. tak de barang yang menarik perhatian dan saja nak tunggu yang worth redeem! hihihi..



Till then! See ya~ 

Monday, April 11, 2016

Dinner Treat di Hayyan Garden Cafe, Laguna Merbok


Assalamualaikum w.b.t..


Dinner Treat di Hayyan Garden Cafe, Laguna Merbok | minggu lepas kawan husna cakap nak datang ke Sungai Petani lepas tu makan malam semua dibawah tanggungan dya.. heh! Ada orang nak belanja rupanya, syukur nikmat.. pantang benor kalau ada orang nak belanja nih.. kecik tapak tangan, seluas padang bola husna tadahkan.. haa gituu.. :p

Tapi sejenis masalah negara jugak bila ditanya asyik tak tahu nak makan kat mana.. =.='


Lepas tu baru teringat waktu keluar makan dengan classmate tempoh hari ada ter-perasan restoran nasi arab yang baru dibukak.. jadi disebabkan malas nak pikir banyak dah, ajak je kawan husna nih pergi makan kat situ..


Waktu husna pergi tu, pelanggan pon boleh tahan ramai jugak laa, mungkin sebab baru mula beroperasi kot.. sesetengah manusia nih pantang dengar kedai baru dibuka, mula laa sesibuk nak cuba.. ngeh! Contoh paling real, husna lah.. heeee.. tapi kena tengok situasi dan keadaan jugak lah, atau erti kata lain kena tengok bajet.. kalau dah selalu sangat makan luar kat tempat yang segini kang bukan setakat poket je koyak, mental pon boleh koyak oow.. asyik pikir mana nak cekau duit.. ha ha haa..

Chicken Mendy | RM13.50
Okay! yang kat atas ni menu pilihan husna, Nasi Arab Chicken Mendy, single plate berharga RM13.50.. sepinggan nasi pon banyak tahu! mujur ada rasa nak kongsi dengan kawan husna.. husna tak pandai sangat nak komen untuk selera timur segini tapi apa yang boleh husna cakap nasi dan ayam sedap! memang lembut elok lah.. cumanya kurang sikit dekat salatah.. mungkin boleh buat penambahbaikan..:)



Air minuman kami Jus Apple berharga RM4.50 dan Teh 'O' Ais Laici berharga RM3.00.. kitaorang tambah side order kentang goreng yang berharga RM5.50.. lepas tu makan sorang sikit, bersulam dengan air memang kenyang lah cita dya.. 

inshaAllah mana tahu lepas nih boleh datang lagi untuk cuba menu western pulak kan.. :)


HAYYAN GARDEN CAFE
Alamat: 2-2A Ground Floor, Lorong BLM 1/11, 
Bandar Laguna Merbok, 08000 Sg. Petani, Kedah.
No. Tel: 04-4445075
Waktu Operasi: 12 tgh hari - 11 malam (TUTUP hari Rabu)
Instagram: Hayyan Garden Cafe
Facebook: Hayyan Garden|The Best Nasi Arab in Town


Till then! See ya~  

Wednesday, April 06, 2016

Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih

Assalamualaikum w.b.t..

Cash RM300 x 1 , Cash RM200 x 1
Cash RM50 x 2

Start : 5 April - 30 April 2016
Good Luck !




Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Assalamualaikum w.b.t..



Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini. Blogger tersebut adalah 



Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini