Friday, November 13, 2015

Mini GA | Tiket Free Bas Hop-On Hop-Off by HBP


Assalamualaikum w.b.t..




hari tu tak dapat join Blogger Utara pusing-pusing Penang rasa sayang gila.. kalau tak, boleh suai kenal dengan ahli Blogger Utara yang lain sambil tengok apa yang menarik dekat Penang.. walaupun dekat je Kulim dengan Penang, ingat husna tawu ke apa yang ada kat sana.. surrender kalau nak masuk sendiri, boleh lost mak nak.. hahaha masa tu husna tak boleh join sebab ada komitmen lain yang lagi penting.. sayang kan! hurm sayang, sayang, sayang..

jadi andai kata rezeki husna menang tiket bas HOHO ni secara percuma, Alhamdulillah.. boleh jenjalan makan angin pusing Penang, walaupun sekejap.. kalau nak harapkan husna sengsorang pusing Penang dalam masa sehari memang idok lerr.. tak terkejar dek masa dan sebagainya.. so this is the chance! 

even kalau bukan rezeki husna pon, memang husna ada planning nak naik jugak bas HOHO nih.. bagus apa ada servis macam ni sebab at least dalam masa yang singkat tu kita dah boleh review sikit apa yang ada dan apa yang menarik.. lepas tu kalau tak puas boleh datang lagi sendiri.. lama dah husna plan nak masuk Penang memandangkan husna ni kaki jalan tapi masalahnya tak tawu nak mula dari mana, jadi baguslaa ada servis bas HOHO nih kan.. dengar kata murah je, harga student pon RM12 untuk 24 jam.. 


tarikh tutup penyertaan: 14 November 2015


Till then! See ya~

Lazada Malaysia

Tuesday, November 10, 2015

Al Haura Arabic Kopitiam, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


hari tu husna ngan housemates pergi cuba nasi arab kat Al-Haura Arabic Kopitiam yang pemes tu.. melilau jugak laa kami mencari, jalan sehala, jalan no entry semua kami redah.. nasib baik naik moto, senang nak menyelinap..:p hihi 

untuk pengetahuan ini kali pertama husna cuba nasi arab.. hurm kesian kesian kesian.. sebelum ni asyik bunyi nak makan je, tapi bila ada jamuan yang menghidangkan nasi arab, makanan lain jugak yang menarik perhatian.. hihi..

kali ni memang kami sebat bebetul.. ada orang lanjer beb! hihihi makaceh~ 

al haura arabic kopitiam, nasi arab, al haura

Al Haura Arabic Kopitiam
Alamat: 32B, Lorong BLM 1/4, Bandar Laguna Merbok, 
08000 Sungai Petani, Kedah
No Tel: 016-802 0419
Facebook: Al Haura Arabic Kopitiam
Waktu Operasi
setiap hari 12 tgh hari hingga 11 malam
Jumaat 2.30 ptg hingga 12 malam
cuti setiap Isnin


al haura arabic kopitiam, nasi arab

al haura arabic kopitiam, nasi arab


makanan sampai je terus bergambar tak sudah.. kejap ke kiri, kejap ke kanan.. belom masuk lagi dengan angle, lighting, front camera yang tak berapa kena.. adehhh.. yang paling tak menahan perut yang sedari tadi berkeroncong still boleh bersabar.. hahaha..

al haura arabic kopitiam, nasi arab

Nasi Arab Ayam RM 42.90
saiz M untuk 4-5 orang makan..

kami ambek set talam sebab ter-excited dengan cara makan dalam talam tu, padahal kat belakang kami mintak pinggan jugak.. hihihi.. even ber-enam, tapi jenuh berhuhu jugak laa last sekali nak menghabiskan.. haha nasi dya sedap dan banyak, isi ayam pon siap boleh meratah sorang sikit..

husna kalau makan apa pon mesti nak kena ada sayur, walaupun hanya sepotong timun dan sekeping salad yang orang letak sebagai hiasan tu.. cakap pasal sayur, salata diorang boleh tahan sedap, licin husna kerjakan.. and end of the day memasing keluar dengan perut boyot muka kekenyangan..:D

al haura arabic kopitiam, nasi arab, al haura


Strawberry Float RM6.90 | Yoghurt Strawberry RM5.90 
Cappucino RM6.50 | Hot Cappucino RM4.50 | Green Tea RM6.50


air minuman pilihan husna, hot cappucino.. pendapat husna pada malam tu hot cappucino dya kurang memuaskan sikit sebab masa ni memang husna terbayangkan sesuatu yang panas, dan something caffeinated.. tapi yang datang dah lain macam, manis gila! 

serius banyak sangat susu tenggelam terus rasa kopi cappucino dya tu.. memang husna tak boleh habiskan then nak elak bazir campurkan je sekali dengan cappucino ais yang kawan husna punya.. even ais tu dah cayaq (baca:cair), but still elok lagi rasa dya manis macam tu jugak.. last sekali kawan husna yang habiskan.. 

after all, inshaAllah ada rezeki boleh repeat lagi.. maybe dengan family husna..:)


Till then! See ya~