Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #7


Assalamualaikum w.b.t..















source : #facebook


konfem!!
dapat je semua nie memang x pergi memana dah..
cukup bulan cabut gigi.. haha..=D


Monday, October 29, 2012

kecik lagi dah tiada ibu


Assalamualaikum w.b.t..


selamat petang.. =) masih mood raya lagi.. makan tengah hari tadi pon dengan berlaukkan daging korban.. nasib baik kali nie dapat x banyak.. xderlaa sepanjang minggu tu asyik dengan daging je.. tahun lepas siap aci main BBQ lagi.. rujuk entri sini --> padah terlebih daging korban


dah jauh menyimpang, actually petang nie nak cerita sikit pasal anak buah husna.. 


Muhd Furqan Fahim.. *molek je nama.. >.<

kecik lagi tapi dah x dapat rasa kasih sayang seorang ibu.. isteri kepada sepupu husna telah meninggal sewaktu melahirkan anak sulung mereka.. *no worries sayang, semoga awak dikelilingi orang yg mengasihani awak sepanjang masa.. dan menerima awak apa adanya..


Subhanallah.. besar sungguh pengorbanan seorang ibu.. menurut sumber meninggal sewaktu melahirkan dikategorikan sebagai gugur syahid.. hebatkan.. dan semoga roh si ibu berada di sisi orang-orang yg beriman.. in sha Allah.. =)


sabtu yang lalu husna sekeluarga telah melawat diorang.. ingat nak gomol si kecik tu tapi tidor plak dya.. jadi husna angkut si kecik nie.. berusia 2 bulan..



pon anak buah husna.. keluarga sebelah mama memang dah ramai anak buah.. kecik-kecik plak tu.. dan husna dah dapat gelaran maklong di usia remaja.. ahaks~ =D *kadang malu bila diorang panggil maklong.. >.<


husna memang suka budak-budak.. dalam hati nie dah pikir macam-macam.. dan ada yg terover pikir dah pon.. walhal diri nie belajaq pon x habis lagi.. haha.. 




Sekian dulu~ 


Segmen : Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah


Assalamualaikum w.b.t..




tengah hari ni terasa free sikit.. 
husna nak join segmen cik liyana nie sekaligus support segmen dya.. 
x susah pon.. =D menurutnya, 


1.buat entry bertajuk "Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"
2.Letakkan banner di entry anda..
3.Follow blog Liyana Syafiqah..
4.Link kan entry anda di komen...


bermula 20 oct 12 sehingga 23 nov 12


Friday, October 26, 2012

kek coklat lembab di pagi raya korban


Assalamualaikum w.b.t..


selamat hari raya Aidiladha.. =D 

dah puas jenjalan?? syoknyaa.. tahun nie husna sefamily x dapat nak laksanakan aktiviti wajib di hari raya.. ziarah rumah saudara-mara, sahabat-sekufu, dan kawan bukan kawan.. raya puasa pon x jugak hari tuh.. selalunya kitaorg memang susah nak lekat kat rumah.. rumah nie dah macam RnR.. =D tapi sekarang terpaksa melakukan pengorbanan yg amat besar.. 


pengorbanan apa?? 
menurut kata Datuk Siti, biarlah rahsia.. =P


so melalut pon dah panjang nih.. anyway semalam husna sempat buat dua biji kek coklat lembab.. dulu pernah jugak masukkan dalam blog.. #KekKukusCoklatMoist tapi kali nie dari resepi yg lain.. sepupu husna bagi.. terpikat dengan kelembutan kek coklat dya.. so husna pon mintak resepi..



yg hari tu kukus, yg ni plak bakar.. Alhamdulillah.. hasil memang menakjubkan.. lepas bakar je nak telangkup kek atas pinggan cukup senang.. dan semalam sebijik kek dah habis.. pagi nie sempat hidang sebijik kek kat tetamu.. tetamu campur mulut orang yg kat rumah yg x pernah kenyang *dats me -.-' so tamatlar riwayat beliau.. hik3.. =D





Kek Coklat Lembab yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat *x dapat nak cari HL guna Dutch Lady je
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================

** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak. *ikut saiz bekas kek
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…tuang atas kek yg dah sejuk.

so amacam?? mudahkan.. try lar..
spread it with lots of loves.. =))

Wednesday, October 24, 2012

roti jala @ roti kirai


Assalamualaikum w.b.t..

selamat tengah hari.. dah makan?? makan apa je tengah hari nie?? husna baru je melahap nasi dengan sup ikan.. tekak x dapat nak makan yang berat-berat.. rasa macam ada seketul batu je tersangkut kat kerongkong.. nak telan air liur pon sakit..



beberapa hari yg lepas, adik husna teringin nak makan roti jala.. nak bawak balik asrama katanya.. maka petang tersebut terhasillah roti jala.. *ayat apa nie..-.-' mama bancuh tepung, husna just tolong menjala je.. hehe.. pesen ikut suka hati je nak pusing.. ngeh3~ 












p/s - maaf lar cerita lama, internet rumah gelong..
p/s 2 - ngidam roti jala yg ada inti kat dalam.. =(