Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat tengah hari semua.. dan selamat hari minggu!! Alhamdulillah.. sudah hari kelapan kita berpuasa.. xdak yang ponteng lagi kan?? *wink-wink ^^ tetap maintain okeh! *except for special case.. >.< muehehehe~
tengah hari nie husna terasa nak share something dengan awak, awak dan awak semua.. mungkin ada yang dah tahu sangat dengan amalan-amalan macam nie DAN ada jugak yang tidak kan.. nak plak sekarang nie tengah bulan puasa.. haruslar ambil tahu cara pemakanan kita..
1. Pilih makanan yg pelbagai dan tidak tertumpu kepada sejenis makanan sahaja. Ini disebabkan makanan yg pelbagai membekalkan nutrien dan khasiat berlainan yg dperlukan tubuh.
2. Sebaik-baiknya, pilih masakan yg tidak dimasak dengan santan. Seelok-eloknya, ambil makanan yg dimasak secara kukus atau panggang. *owh..how I love mummadekari so much! >.<
3. Hadkan kuantiti sesuatu jenis makanan yg diambil. *yg nie tgh berusaha sekuat yg mungkin.. especially, junk food yg masam-masam.. dahlar pantang tengok benda masam n masin nie..
4. Elakkan mengambil minuman manis yg terlalu kerap terutamanya minuman berkarbonat. Sebaik-baiknya, minumlah air kosong. *air kosong dah sebati dgn husna, melainkan kalau makan kat kedai.. xkan nak order air kosong..
5. Hadkan kuantiti pengambilan kuih-muih kerana hampir kesemua kuih muih yg dihidangkan diadun menggunakan marjerin, telur serta gula.
6. Jika sukar mengawal selera makan, minumlah segelas air kosong kira-kira 10 minit sebelum makan. Ini dapat membuatkan perut terasa penuh dan mengelakkan makan berlebihan. *dan menurut sumber, ia juga dapat membantu proses penghadaman dan pencernaan kita.. =)
*sumber : dara(dot)com edisi ogos '12