Saturday, February 04, 2017

Resepi Brownies Kedut Nutella


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Brownies Kedut Nutella | Selamat berhujung minggu! Ada yang penuhi jemputan kenduri lagi ke minggu ni? Seronok laa tiap kali hujung minggu je gantung periuk kuali ekekkeke..

#entrypending lagi selagi mood tengah semangat nak kosongkan folder gambar..

resepi brownies sedap dan mudah

Resepi Brownies ni husna buat masa adik-adik husna masih di asrama sekolah, sekarang ni tinggal yang sorang tu je terkontang-konting dan sorang lagi tengah tunggu keputusan spm..

Husna pernah rasa pelbagai jenis brownies jadi dah boleh agak tekstur sepatutnya macam mana.. pernah dapat yang terlalu kering sampai hancur, relai orang Kedah cakap..

Husna rujuk resepi kak Eny Abdullah di [SINI].. ada juga turut disertakan Tips Menghasilkan Kedut Brownies dan Tips Brownies Lebih Sedap..

hasilnya Alhamdulillah dari segi rasa dan tekstur memang puas hati cuma bahagian kedut husna tak menjadi sangat, tak berkilat dan tak berkedut.. silap baca arahan kot ekekke takpaa lagi pula baking bukan benda yang sekali buat terus menjadi, nak kena try and error banyak kali..

resepi brownies eny abdullah

Resepi Brownies Kedut Nutella

Bahan-bahan
400 gm coklat compound jenama Beryl's
150 gm butter
170 gm gula perang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko Van Houten
Secubit garam kasar

Cara Penyediaan

1. Cairkan coklat, butter dan garam menggunakan kaedah double boiler.
2. Tepung diayak bersama serbuk koko.
3. Masukkan telur, gula perang dan esen vanila dalam bekas besar. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan tepung diselang seli dengan coklat dan kacau rata adunan.
5. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160°C. Masukkan adunan dalam loyang 10x10 inci.
6. Bakar selama 30-40 minit mengikut kesesuain oven.

Untuk hiasan husna guna Nutella campur dengan coklat masakan je sebab Nutella pon dah nak habis ekekke.. teringin nanti boleh cuba buat lagi..


Till then! See ya~

51 comments:

  1. sedapnyaaa! btw tq share resepi ni. nnti boleh cuba. hehe

    ReplyDelete
  2. Alaaa laaa.. Sedapnya nampak.. Thanks share resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah puas hati dengan tekak sendiri.. hihihi..

      Delete
  3. sedapnya brownies....ni g nk order...nk buat tak rajin ngat...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat boleh tahan banyak jugak pelaburannya.. tapi boleh repeat banyak kali.. itu yg best! :D

      Delete
  4. Replies
    1. ini pon tak berapa kedut sgt.. huhuhu.. nak kena cuba lg..

      Delete
  5. lama x buat brownies..
    brownies ni lau lg lama lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak simpan lama kak, keluar pepanas tu pakat dok tunggu dah.. hahaha..

      Delete
  6. Brownies dengan nutella..mmg sgt sedap.

    Husna jemput datang blog baru. hehe
    https://ariazir.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh! melimpah-limpah rasa coklatnya..

      wahh, nanti husna terjah ye.. :D

      Delete
  7. Wajib ke guna loyang bersaiz 10x10 inci. Kalau guna loyang 10 x 12 inci boleh tak. Saya takada loyang sais 10 x10 inci. Pinjam loyang husna, boleh ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, seingat husna loyang kat rumah pon tak cukup 10x10.. pastu nanti jadi 2 kali bakar.. :D

      Delete
  8. my favorite ni 😍 tak pernah try lagi buat sendiri, sebab selalu beli dgn kak sepupu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni cuba buat sendiri pulak.. mana taw, boleh bukak tempahan.. hihii..

      Delete
  9. Replies
    1. rupa tu ada kak yui, cuma kedut je kurang.. hahaha..

      Delete
  10. Ya Allah terliurnyaaa tengok malam malam! Silap besar betul laaa TT_TT Nampak rangup mesti sedap.

    ReplyDelete
  11. amboiiii... teruja ni... meh pos ke sini.... hihii

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti husna pos kan ke kak mia ye.. husna pos gambar.. hihihi..

      Delete
  12. pandai masak nih.. boleh menikah dah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kalau tak pandai masak, tak bleh menikah laa ea??

      Delete
  13. Tak pernah try buat lagi..makan selalu la hehe

    ReplyDelete
  14. Coklat compound tu guna milk/dark ye

    ReplyDelete
  15. dah banyak entri memasak ni, maca x lama dah nk berumah tangga.. hehehe

    ReplyDelete
  16. sedapnya! nampak mcm senang je hehe. done follow sini, salam kenal 😊

    ReplyDelete
  17. Langsung saya coba dirumah,tak kuat ingin segera memakannya.

    www.mygreencanyon.com

    ReplyDelete