Friday, January 06, 2017

Cubaan Membuat Coq Keria Gula Melaka Resepi Tular


Assalamualaikum w.b.t..


Cubaan Membuat Coq Keria Gula Melaka Resepi Viral | dua minggu lepas kot heboh kat timeline facebook cerita pasal Resepi Kuih Keria Gula Melaka nih, tengok ke resepi tu nampak macam mudah je, sebab prosesnya takde laa rumit sangat.. nampak jelaa, sebab belum cuba buat lagi.. ๐Ÿ˜†


Kemudian bebaru ni husna nampak atas kabinet dapur mama ada keledek oren dok berasa macam lama tak berusik, sebab tetiap hari nampak dya ada kat situ.. apa lagi, ambek fon google lelaju resepi kuih keria gula Melaka.. bila google memacam versi keluar, dan kebanyakan resepi sama saja..

Tapi husna tertarik nak cuba buat menggunakan resepi dari blog kak Saidila.. keledek pon ada lebih kurang 500 gram, elok sangat laa tu.. keluar pergi kedai jap beli gula gerek 2 keping pastu selesai, bahan-bahan lain pon semua dah ada..

Masa tengah rajin, nak keluar ke kedai semata nak beli gula gerek tu pon sanggup! ๐Ÿ˜’

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Bahan-Bahan Kuih Keria

500gram ubi keledek oren/putih
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan-bahan Sira Gula Melaka

2 keping gula Melaka *sini panggil gula gerek! 
1 sudu besar gula putih
1 cawan air *husna cuma guna ¼ cawan air
1 sudu besar gula batu **jika ada
1 sudu besar gula merah **jika ada

Cara-caranya:


1. Memula buang kulit si keledek tu.. husna guna peeler je senang, tak payah risau kot terbuang sekali dengan isi.. Kemudian rendam sekejap, lepas tu rebus..
2. Nampak macam ubi dah lembut, tos dan lenyekkan guna benda alah macam dalam gambar tu.. Kalau tak dak boleh je guna bontot gelas.. Kemudian uli dengan bahan-bahan kuih keria tadi; tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat..
3. Bila tepung dah jadi doh, bermula laa sesi nak membentukkan si keria tu.. Adunan ni dapat dalam 19 ketul kuih keria, cukup laa satu keluarga sekali makan..
4. Selesai membentuk, panaskan minyak dan bolehlaa mula menggoreng.. Sementara tu dapur kosong kat sebelah boleh guna buat sira gula melakanya..



5. Dalam kuali yang berlainan, masukkan kesemua bahan sira gula melaka tadi.. Kalau guna gula gerek tak perlu dah nak tapis tapi kalau guna gula merah mesti kena tapis lepas dah cairkan sebab mama husna cakap boleh jadi dalam tu ada ketulan bendasing..
6. Lepas dua ketul gula gerek tu dah cair, masukkan kesemua kuih keria yang selesai digoreng tadi.. Kacau dan ratakan gula Melaka pada setiap kuih keria..
7. Sepatutnya tunggu beku sedikit gula tu, tapi kuih keria tengah dalam kuali pon dah ada orang main calit-calit gula Melaka kat sudip, macam mana nak tunggu gula beku.. 
8. Kering je gula melaka tu, tutup api dan hidang.. Tak sempat nak tunggu gula beku, kita hidang laa dengan rupa berkilat macam tu.. ekekkeke..

Makan pepanas masa kuih tengah lembut memang serius sedap! ๐Ÿ˜

Kesimpulannya, nampak macam mudah je kan tapi sebenarnya waktu menguli tu husna dah fail bhahahahahaha.. nasib baik masa nak uli tu mama dah balik, kalau tak, tak taw laa apa jadi pada kuih keria husna ni.. mama tolong uli dan bentukkan jelaa, seterusnya baru husna sambung.. ๐Ÿ˜



Till then! See ya~

45 comments:

  1. Nampak sedap..wah Husna pun dh guna perkataan tular utk viral erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak, cuba laa.. :D

      hihihi saja nak guna tular pulak..

      Delete
  2. Tengah viral kan..pandai dan rajin Husna...alhamdulillah tahniah menjadi :)

    ReplyDelete
  3. oooo gula gerek ...baru tahu ...senang gula nih dari yg seketul besar bapak tu ...

    anyway tq husna sebab sudi cuba ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini jelaa panggil gula gerek.. gula yg besar bapak tu husna tak pernah tgk jual kat kedai.. hihihi no problem kak Dila..๐Ÿ˜‰

      Delete
  4. Pernh buat dlu ni, rajinya husna nak sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin sebab teringin ni kak Lya.. nanti husna buat husna kirim akak ye..๐Ÿ˜„

      Delete
  5. Nampak menyelerakan sebb keria ni bezanya guna gula melaka...tercari2 resepi..nak buat petang ni..harap2 jadi sbb first time buat..tk share resepi.

    Jemput ke blog saya

    http://www.mamavitashoppe.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna pon rujuk resepi sumber jugak.. semoga berjaya! ๐Ÿ˜‰

      Delete
  6. Kalau dah buat kuih tu,
    Hantar kat saya sikit.

    ReplyDelete
  7. hahahaha... memang viral tp tak makan2 pun. gula gerek org utara ja yg tau apadia. pandai buat anak dara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kan! sini senang sebut gula gerek jelaa kak oii.. husna tak reti jugak nak menguli.. buat yg lain tu boleh laa..

      Delete
  8. Esok saya nak beli kekledek.
    Nak buat kuih kria.
    Husna nak tak?
    Kalau nak saya boleh hantar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh! rajin.. semoga berjaya hasilkan kuih kerianya..๐Ÿ˜Š kalau dah ada rezeki husna, apa salahnya.. hahahha..

      Delete
  9. Replies
    1. hihihi itu laa cakap, tak sempat gula nak beku, semua dah pakat nak makan.. jadinya gula tu sempat salut je.. bukan basah tu, berkilat sebab gula masib belum beku sepenuhnya..๐Ÿ˜

      Delete
  10. Wishing you happy thoughts and lots of luck in your coming examination, 10 january. I want to see you move forward with your ambition. Good luck husna. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah Amin.. terima kasih Adam.. ๐Ÿ˜‰

      Delete
  11. Nampak sedappp!!! Thank you share resepi :D

    sibodohjangankacau.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. "menurut Law of Attraction, apa yang kita fikirkan, itulah yang akan kita perolehi. Yang akan menentukan pengalaman kita."

    Memiliki fikiran positif is not a matter of tricks but of character.

    Semoga yg dihadapi atau yg hendak dilakukan esok 10 januari, as stated, u berjaya.

    Dalam komen ni ada dua bernama Adam, harap husna tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. well said! thanks a lot Adam.. ;)
      this coming 19th will be my last paper.. wish me luck!

      Delete
  13. dah try buat! lg bagus buat dari nk beratur panjang2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi yg beratur panjang tu mungkin berpendapat at least dya nak kena rasa jgk mcm mana rasa keria antarabangsa tu..

      Delete
  14. boleh dah lepas ni buat berniaga dengan ais krim sumi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wahai encik Faiz Zakaria.. hehehe..

      buh nama perniagaan bagi catchy sikit, sumi gadis sunti ke, cok keria anak dara ka, apom lenggang gadis bujang ke.. boleh dah lawan nasi lemak anak dara.. hahahaha

      Delete
    2. hahahhaa.. tak maw lah nanti timbul kontroversi, haru jaa.. kalau sedap tak pa laa jugak..:p

      Delete
  15. rajin dia masak.. sat coq keria, sat apom lenggang.. hahaha.. untung ler suami tu nnti.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha frankly speaking, my mood is all that matters! kalau tgh mood rajin boleh laa nak hadap semua ni.. tp kalau tgh tak dak mood, rasa nak guling atas katil all day long je.. :p

      Delete
    2. Pha is,
      Bukan dia tajin masak. Dia sedang belajar masak. Itu persediaan untuk dia.

      Delete
    3. nk belajar pun kna rajin, baru jalan.. hehehe..

      Delete
    4. haa betul! nak belajar tp tak kena time, rasa malas pon tak jadi jgk.. husna pon tak dak laa selalu rajin sgt.. hihihi..

      Delete
  16. Friends,

    Saya nak beri tau ni. Ada blogger nama dia pak alresky selalu menghantar iklan ke setiap entry saya. Iklan tu karut, tentang ramalan nombor. Saya pun block email dia.

    Lepas tu, ramai geng blogger saya tak dapat buat komen entry saya. Maksud saya komen dia tak sampai kepada saya.

    Saya bimbang dgn sebab saya mem-belock dia, rakan2 yg lain turut ter block. Andainya ada siapa2 yang tidak dapat buat komen entry saya harap watsap kepada saya di 012 411 4355. Terima kasih.

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.