Wednesday, April 20, 2016

Tertunai Keinginan di Bihun Sup Puaka, Merbok


Assalamualaikum w.b.t..


Tertunai Keinginan di Bihun Sup Puaka, Merbok | siapa yang follow instagram husna (@dearhusnaaa) mesti dah tawu kan pasal nih.. tapi kalau tak perasan jugak haa meh sini nak cerita lebih lanjut..

Sebenarnya husna nih ada satu tabiat yang mana kalau husna bercerita demi nak menunjukkan kesungguhan, tak cukup dengan reaksi muka dan intonasi suara, habis tangan kaki semua naik punya bersunguh-sungguh nak cakap benda yang husna cerita tu betul..

Eh! Memang betul lah.. serius tak tipu! Haa..
Tapi masa kekecik dulu tak pernah pulak masuk pertandingan bercerita.. kihkihkih..

Selalunya yang hadap kesungguhan husna tu keluarga lah.. terutama bila bercerita bab makanan, punya beria bercerita macam nak suruh diorang cuba waktu tu jugak.. hahaha.. jadi korang agak cerita pasal keunikan makanan dan minuman kat Bihun Sup Puaka, Merbok nih dah kali ke berapa husna sampaikan ke diorang?? Ntah! Husna pon tak ingat..

Sabtu lepas husna dah nak kena balik Merbok sebab cuti pertengahan semester dah pon habis.. petang tu elok menunggu masa berangkat sementara bersiap tetiba hujan turun dengan lebatnya.. seronok tak hingga laa sebab lama benor rasa tak hidu lebatnya hujan.. hurmm.. rasa macam dok terhidu-hidu lagi nih.. hahaha..

tapi husna terkandas pulak selama sejam.. hujan dah berhenti, jam di tangan dah pon menunjukkan pukul 7 malam, lepas tu abah buat keputusan cakap nak ikut dari belakang sebab risau husna naik moto memalam.. dah alang-alang sampai husna ajak abah makan malam terus kat tempat yang husna dah lama nak bawak..

Bihun Sup Puaka, Merbok..


Kat sini menu istimewanya semua ada ‘Puaka’ maksudnya ada kick lah kat situ.. haaa.. tapi sayangnya waktu husna pergi nih Bihun Sup Puaka dah pon habis, yang ada hanya bihun sup biasa.. bukan rezeki abah jugak nak bagi dya merasa yang special tu.. kesedapan dya? Mulut orang utara kan, buat kat rumah tak cukup bahan pon sodapp, janji bihun warna kuning.. hahaha.. jadi kat sini memang sedap lah.. nak tambah berpuaka lagi letak cabai hitam, perghhhhh! Berasap telinga.. hihihi..


Lepas tu minuman mestilah Air Puaka.. serius sedap, tak tipu! Dulu rasa takut nak cuba, sekali masa keluar dengan kengkawan diorang suruh cuba jugak, haa baru tahu sedapnyaa.. kali ni bagi abah mama rasa pulak.. husna tak pasti diorang letak apa tapi yang jelas ada serai, daun pudina, buah mata kucing kot, asam boi, serbuk asam, dan hirisan daun pandan.. menurut mama air serai boleh membantu melawaskan kencing, begitu rupanya..



Till then! See ya~  

14 comments:

  1. seronok bawa mama ayah husna makan kt sini..puaka sgt ke bihun supnya..entah en suami tahu ke tak gerai ni.selalu dok kena bihun sup sg dua.kt merbok pun ada rupanya yg sempoi

    ReplyDelete
  2. I always think kedai camni waaayyy much better than kedai2 hipster mahal tu.. Dah lama teringin nak p merbok.. Teringin nak makan nasik dengan ketam murah tu

    ReplyDelete
  3. suka bau hujan jugak.. rindu bau hujan...

    first time tengok parent husna.. tau dah mata tu mai kot mana.. hehe

    ReplyDelete
  4. Wah mbak knp makan Bihun Supnya tidak ngajak2 nih mbak :D

    ReplyDelete
  5. nama pun dah seram
    tentu naik bulu roma time mkn tu
    sedap baq hang hehe

    ReplyDelete
  6. husna nama tu scary laaaa.. hahaha
    bihun sup dh sedap tp nama puaka tu mkn mlm2 takut la

    ReplyDelete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates