Monday, October 13, 2014

Suasana SMK Sultan Badlishah Sekarang


Assalamualaikum w.b.t..


every weekend kalau tak balik, budak berdua ni mesti akan call abah mama suruh datang jenguk diorang kat asrama.. padahal baru seminggu masuk dan minggu depannya dah nak balik.. tapi kalau nak cakap pasal ni, husna dulu pon macam tu jugak.. kalau tak berdua at least mesti abah sorang je yang datang, wajibal qhunnah bersama stok makanan kering buat bekal anak dya lapar tengah malam..-..-

bekal nasi goreng, buah ciku, jambu batu letak gula garam, dan air barli..
kenyang sendawa tak nampak dah orang sekeliling..
kelmarin husna half day, sempat join mama abah pergi melawat.. buat nasi goreng sambil sekejap-sekejap tengok 36 Chinatown, sekejap-sekejap tengok nasi.. sudahnya mama jugak yang kena settle.. siap masak, packing apa semua pukul 4 baru keluar rumah..  

beria nak ikut jugak bukan sebab apa, sebab nak tengok perubahan yang adik-adik balik cerita.. itu last sekali kita bongkarkan..

Asrama SMK Sultan Badlishah, rumah kedua tempat husna membesar dari Form 1 sampailaa Form 5.. setiap inci kat sekolah tu ada je kenangan yang kalau tengok tempat tu je mesti teringat itu teringat ini.. sekolah pon semakin banyak alami perubahan, semakin ceria dan cantik.. yelaa siapa je yang nak berada di takuk yang sama kan.. mata yang melihat pon naik bosan..

landskap taman mini dalam proses pembinaan..
masuk je pintu utama sekolah, akan terserlah deretan gazebo sepanjang jalan masuk.. tapi itu dah lama, sebelum adik husna yang ketiga tu masuk lagi, mungkin zaman adik husna yang kedua tu kot, eh ke zaman adik husna yang ketiga, sebelum adik bongsu husna masuk.. erk lantak lah dah tak ingat.. 

okay jalan ke depan sikit akan jumpa taman mini kat atas tu.. baru je buat ni sebab last time husna datang bulan lepas kot tak de lagi.. dulunya kalau abah datang nak ambek bawak balik, kawasan ni laa tempat parking abah, sebab senang nak keluar tak payah nak berselisih bontot kereta mak bapak lain.. 

kawasan parking para guru.. 
blok pentadbiran yang menempatkan pejabat dan bilik SPBT di tingkat satu, perpustakaan di tingkat dua dan bilik pancaragam di tingkat tiga.. kawasan bawah ni dulu tak berbumbung lagi.. dan pernah menjadi salah satu tapak latih kawad.. sekarang ni tak taw budak-budak kawad masih guna lagi ke tak.. nampak luas kawasannya dah sedikit terhad..

berhadapan dengan gambar di atas..
kawasan ni berhadapan dengan blok pentadbiran tadi, dipanggil taman daun lontar.. sempena nama pokok-pokok yang daunnya macam kipas gergasi tu.. tetengah tu ada tanah lapang.. meh nak close up sikit..

court badminton
ini pon baru lagi.. kawasan ni dulu padang rumput je dan waktu zaman husna, bebudak pancaragam rajin latih diorang punya marching kat sini.. sekarang tempat ni dah jadi court badminton dan jugak tempat perhimpunan sesi pagi.. kalau perasan dalam gambar kat atas tu terserlah stage dengan tempat bagi ucapan.. 

dulunya sesi pagi berhimpun dekat dataran Dewan Samsuddin.. sekarang dah ubah ke sini.. mula husna fikir macam tak muat, tapi adik husna cakap muat sebenarnya.. nampak ada tiga bahagian kan?? cukup laa satu bahagian untuk satu tingkatan.. ada 3, 4 dan 5.. tingkatan 6 dah tak de lagi sebab dah pindah dan berpusat di SMK Padang Serai..

dan ini perubahan yang husna mention di awal cerita, perubahan untuk budak-budak asrama sekarang..

laluan asrama dah kena pagar..
ini kawasan asrama, dulunya tak berpagar.. bebas nak ke kiri mahupun ke kanan.. sesi petang senang nak pergi sekolah sebab ada jalan dekat menuju tapak perhimpunan.. balik sekolah pon tak payah fikir nak jalan jauh.. librarian yang tinggal kat asrama pon senang bergerak nak pergi bertugas.. 

tapi itu dulu.. adik cakap pintu pagar tu jarang bukak.. apa-apa hal diorang suruh gunakan pintu pagar depan yang husna rasa menyusahkan.. dah ada jalan dekat nak disuruh kita berpusing jalan jauh.. dari boleh menjimatkan masa, dah jadi makan masa nak bergerak.. husna soal kalau hujan macam mana, adik cakap dulu kata mereka kalau hujan diorang akan bukak pintu pagar tu tapi baru beberapa hari lepas hujan diorang buat tak taw je.. kena guna jalan tak berbumbung jugak.. 

kesian korang, apa-apa pon bertabah lah.. budak baru mungkin boleh biasakan diri tapi budak lama rasa sedikit kekok.. jyeahh goodluck buddies..


Till then!! See ya~









p.s-adik husna ambek PT3, doakan dya ye..:)

8 comments:

  1. Rumah kedua mesti la rinduu kan kan kan .............

    ReplyDelete
  2. dah lama tinggal sekolah mesti dah banyak berubah kan..tapi ada adik sekolah kat situ kira best jugak dapatlah jengah masuk lagi :)

    ReplyDelete
  3. dunia budak asrama mesti ada manis dan pahitnya

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.