Friday, January 18, 2013

Salam Jumaat | 12 barisan Manusia Menuju ke Akhirat



Assalamualaikum w.b.t..


Salam Sayyidul Ayyam.. selamat pagi.. =) hari Jumaat yg mulia nih husna nak publish entry ciplak dari satu blog nih.. tapi jangan risau hasil ciplak nih husna dah mintak izin ye.. tuan rumah siap cakap Dipersilakan. Dalam Islam tiada istilah ‘copycat’. Ambillah apa2 saja ilmu, petunjuk dalam blog kak Fahz nie :)”


Yup.. Kak Fahz dah luluskan.. terima kasih ye kak.. hmm.. cerita apa sangat yang husna sanggup ciplak hak milik orang nih?? dah lama mintak izin tapi baru hari nih dapat publish.. 12 barisan Manusia Menuju ke Akhirat.. meh.. meh.. baca reramai.. husna dah baca, rasa takut semacam lak.. huhu..


Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : 'Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat'. Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka'.

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.' Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 'Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 'Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

 Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'.

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T'


Semoga kita tergolong dalam barisan ke-12..
In shaa Allah.. Ameen.. =)





p/s - perut sakit disebabkan sit up dan ketuk ketampi yg entah apa-apa semalam.. workout lar konon.. nak batuk dan gelak pon sakit.. =( dah lar suka gelak.. urghh~

13 comments:

  1. takutnya bila baca..semoga dijauhkan dr golongan2 ini..tp kita hnaya manusia kerdil yg cukup lemah..semoga dpt perbaiki diri menjadi lebih baik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah kak..sama-sama lah kita..sntiasa mengingat antara satu sama lain..=)

      Delete
  2. salam jumaat husna :D

    terima kasih berkongsi.tambah lagi ilmu utk hari jummat ini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat jugak kak..=D
      sama-sama kak..pengajaran untuk husna jugak..=)

      Delete
  3. perkongsian dan peringatan yang sangat baik husna...
    terus pertingkatan usaha untuk jadi hamba yang lebih baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ruha..
      in shaa Allah..sentiasa ada yg mengingat untuk pulang ke jalanNya..=)

      Delete
  4. Thanks Husna.. Info yg sgt bagus.. Aameen.. Moga kite dlm golongan yg ke-12.. :)

    P/s tp dlm sakit tu ada rsa sedap tak? Hehe.. If selalu buat mesti xskit.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak nani..husna sekadar berkongsi..=)
      in shaa Allah..Ameen..

      p/s-kenapa x rasa sedap pon..=(
      itulaa..mmber ckp lpas nih kna buat lg..huhu..

      Delete
  5. salam jumaat jugak ayie..=)

    in shaa Allah..husna berkongsi untuk sama-sama kita taw..=)

    betull..ngeri x dpt nk bayang..

    ReplyDelete
  6. Di manakah kedudukan kita sekarang?..renung2kanlah...terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm..x berhak nak menilai..
      tp berhak untuk berubah..=)

      sama-sama kasih..;)

      Delete