Tuesday, October 18, 2011

TIPS-->Cara Menggunakan Minyak Wangi (Perfume)


assalamualaikum w.b.t
selamat tengah hari semua..hik3..
dah lunch ke?? 
hmm..taw dh..nie mesti tgh kekenyangan nie..haha..

bagus2..meh dok cni diam2..
husna nak bagi tips menggunakan minyak wangi..
or..bahasa omputihnya perfume..hehe..taw kan..
nak pakai perfume nie mana bleyh ikowt dan jee..haa..
x guna kalau habis satu botol tapi x wangi jgak..haha..
so apa kata kita cekedout..hehe..

  • Sesuaikan dengan body lotion

    Sudah mandi, mungkin kita terbiasa menggunakan body lotion. Bila nak guna perfume, sesuaikan wangian tu mengikut lotion supaya nanti wangian dari perfume dengan lotion x akan bercampur. Selain itu, sebaiknya menggunakan body lotion terlebih dahulu sebelum menyemburkan pearfume kerana body lotion dapat mengurangkan aroma harum dari perfume.
  • Semburkan perfume pada kulit

    Sebaiknya, perfume tidak disemburkan pada pakaian. Sesetengah jenis perfume akan meninggalkan kesan rosakan pada baju seperti terkena titisan air dalam waktu yang lama.
  • Semburkan perfume pada bahagian tubuh yang tepat

    Bahagian tubuh yang sebaiknya disemburkan perfume adalah bahagian dalam pergelangan tangan, bahagian dalam siku lengan, belakang telinga, dada dan leher. Menggunakan perfume di tempat-tempat tersebut membuat wangian dari perfume tahan lebih lama.
  • Jangan menggosokkan kulit selesai menyembur perfume

    Kebiasaannya kita akan menyemburkan perfume pada pergelangan tangan dan akan mengosok2 kedua2 tangan. Cara ini sebenarnya akan menghilangkan aroma dari perfume. Jadi, sebaiknya biarkan perfume mengering dengan sendirinya.
  • Jangan menggunakan perhiasan sebelum menggunakan perfume

    Apabila perhiasan terkena semburan perfume, ia akan dapat membuat perhiasan tersebut berubah warnanya. Hal ini akan menyebabkan perhiasan tersebut kelihatan tidak menarik.
  • Gunakan perfume sewajarnya

    Menggunakan perfume secara berlebihan dapat membuat orang sekeliling anda menjadi pening. Penggunaan perfume dapat disesuaikan dengan jenis kulit. Untuk anda yang berkulit kering seeloknya memerlukan semburan yang lebih banyak. Sebaliknya untuk yang kulit berminyak, hanya perlu sedikit sahaja semburannya.
  • Simpan perfume di tempat yang tepat

    Simpan perfume di tempat yang kering dan sejuk serta terhindar dari cahaya matahari. Untuk pengetahuan, aroma perfume akan berubah dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, sesuaikan ukuran isi perfume dengan keperluan anda, agar perfume tidak tersimpan terlalu lama dan mengubah aroma menjadi tidak lagi harum.

hehe..dah taw kan?? so lpas nie apply lar dlm life korang.. bukan sja meningkatkan keyakinan diri  taw malah orang sekeliling pon akan senang bila bersama korang..hehe..

1 comment:

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.