Thursday, July 24, 2014

"Rumah Syurga Di Hujung Jalan"


Assalamualaikum w.b.t..


Hi semua!! malam ni ingat nak review satu site atau tumblr ni.. sinonim sangat dah kan kalau sebut pasal tumblr je mesti akan ingat ianya penuh dengan gambar hak milik sendiri ataupun hasil kongsi dari site lain.. tapi tumblr yang husna nak review ni actually penuh dengan words.. memang tak de setempek gambar pon, first time jumpa.. kesian kat husna kan.. LOL~


RUMAH SYURGA DI HUJUNG JALAN..

"Pak cik, saya setiausaha persatuan di sekolah. Nanti saya cadangkan untuk mengumpul derma. Sedikit sebanyak boleh membantu rumah syurga di hujung jalan itu," kata Ehsan. Dia menggeleng, "Usah, nak. Biarlah kami berdikit-dikit. Usah mengumpul derma dan kemudian meninggalkan kami bertahun-tahun. Datang kembali memberi derma, seolah-olah sejumlah wang itu boleh mengubah ketidakprihatinan masyarakat kepada kami." Ehsan menggaru kepala mendengar kata-kata Dia itu.

Bukan bantuan kewangan yang sudah tentu sekadar ada. Bukan sekadar simpati dan prihatin yang hanya dizahirkan di hadapan lensa. Anak-anak yatim tidak melihat dunia ini sebagaimana kita melihat dunia ini. Ia dari pandangan yang berbeza. Sebagaimana kita melihat Ramadan pun pada sudut pandangan yang berbeza. Berpuasa diserikan dengan aktiviti menjelajah bazar Ramadan dan berpuasa dengan berbuka sekadar yang ada tentulah berbeza.

Menginsafi kewujudan kita di muka bumi ini sebagaimana duduk ketika tahiyat akhir. Tidak selesa dan tidak stabil. Boleh rebah jika ditolak lembut. Begitulah kehidupan di dunia yang fana ini.


tumblr mr right

Salah satu cerita pendek yang terdapat dalam Welcome To The Right Place.. kadang-kadang tulisannya bersifat menasihati dan kadang-kadang sekadar berjenaka.. santai je semua post Mr. Right.. dan rasanya semua peringkat umur boleh hadam kot.. jom terjah theycallmemrright.tumblr.com.. :)


Till then!! See ya~