Assalamualaikum w.b.t..
Syahirah Vitalis Eau De
Cologne: Serlahkan Pesonamu, Raih Bintangmu | Baru-baru ini, Syahirah telah
melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Selepas diperkenalkan di
Indonesia, ia telah berjaya menjadi
haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan
trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan
glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.
Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang
akan merangsang aura positif diri anda
seperti esen sitrus, ia akan memberi
kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani
aktiviti-aktiviti harian.
Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia
selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani
dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan
pasti membuatkan anda mampu untuk “Serlahkan
Pesonamu, Raih Bintangmu”.
Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang
tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:
1. Haute Couture
Kombinasi haruman
bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan
dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan
dalam hidup..
2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan
dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi serta
adunan kesturi vanila yang sensual melambangkan
nilai elegan, malah turut diserlahkan
menerusi kecantikan aura dalaman diri anda..
3. Celebrite
Haruman dengan esen
bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan
anda menjadi tumpuan orang di sekeliling.. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap
semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia..
4. Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona
yang terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, ,malah
akan menjadikan anda tumpuan ramai dan
kelihatan glamor di mana-mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan
seharian..
Untuk pengetahuan, Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual
pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz
100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi
utama. Dapatkan segera untuk “Serlahkan Pesonamu,
Raih Bintangmu”.
Till then! See ya~❤
Wangi-wangu semua.. yang jadi pilihan kak Rose dah tentu yang ala-ala fruity...
ReplyDeletewah, menarik... cantik botol dia. hee~
ReplyDeletebotoi dia lawooo...
ReplyDeletesuka tgk botal ni cantik
ReplyDeleteMenarik botol dia...
ReplyDelete