Assalamualaikum w.b.t..
#MyTravelokaEscapade : 5 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Husna Teringin
Pergi Bersama Keluarga Jika Menang Percutian PERCUMA Dari Traveloka | kali
pertama jejak Langkawi waktu umur husna 12 tahun, ikut lawatan sekolah ada
program apabenda ntah lupa dah, pergi menginap di MRSM Langkawi.. kenangan
waktu ni habuk pon husna tak ingat, yang tahu kami memang tak sempat singgah ke
mana-mana tempat menarik, yelaa nama pon lawatan bersama sekolah, masa tu
terhad lah sikit..
Kemudian habis SPM, tahun 2011
dapat tawaran masuk belajar di UiTM Merbok, husna ditakdirkan duduk sebilik dengan budak Langkawi, namanya
Zuliatul Fatihah, kecik comel rendang je orang nya.. husna dapat taw je dya
duduk Langkawi, semua benda pasal Langkawi husna soal ke dya, dah gaya macam
polis pencen ekekkeke..😆
Paling seronok tak hingga
waktu ni, dya ajak balik Langkawi, balik bercuti di rumah dya.. berjumpa dengan
keluarga Zue yang sangatlah baik dan peramah, siap bawak pergi jenjalan, bajet
pelancong sangat, satu benda paling husna ingat nasi lemak mak dya,
sedapnyaaa.. kali pertama belajar makan
ikan bilis jenis besar-besar tu, rangup gila tapir, ya Allah sampai sekarang
masih teringat..😋
pesyen bercerita kalau tak
buat diri sendiri rasa kebulur memang tak sah.. sengal!
Masuk semester 5, husna sekali
lagi jejak Tanah Mahsuri, tapi kali ni atas sebab group assignment.. jenis
melampau sangat nak buat assignment nun jauh sampai sana, macam dah tak dak
tempat yang dekat agaknya.. kami berlima pergi balik hari je, itupon menyempat lagi
nak shopping ekekekke.. yang
hazabedahnya sepanjang hari terpaksa berjalan kaki, punya kedekut haji
bakhil nak keluarkan duit sewa teksi, padahal diri tu ntah kat mana-mana, zaman
fon tak berapa nak canggih lagi..
Sepanjang 3 jenis percutian
singkat tu, husna cuma pernah ke Kampung
Padang Mat Sirat, Makam Mahsuri, Pekan Kuah dan Oriental Village.. inshaAllah
kalau ada rezeki menang percutian percuma dari Traveloka, husna nak heret mama,
abah dan adik-adik husna pulak, tak syok laa kan asyik bawak balik cerita dan
Kisses je kat diorang..
“Travel is better when you’re happy together”
– Traveloka
5 Tempat Menarik di
Langkawi Yang Bakal Menjadi Sasaran Husna Sekeluarga:
1. Oriental Village (SKYCAB, SKYBRIDGE, & SKYDOME)
Pergi Langkawi memang tak sah
kalau tak naik SkyCab @ Cable Car, dengar cerita pulak sekarang dah ada
pelbagai jenis tarikan di Oriental Village nih, antaranya SkyBridge, SkyDome dan Langkawi Art In Paradise.. hurm lagi
laa rasa membuak-buak nak pergi bercuti di Langkawi.. lepak-lepak atas Gunung
Mat Cincang menyaksikan keindahan alam kebesaran Ilahi dengan menaiki Crystal Glass Bottom Gondola, lepas tu
jenjalan di SkyBridge menikmati angin sejuk gunung.. brrr!
2. Skytrex Langkawi Adventure Park
Ini lagi satu tarikan terbaru
yang ada di Langkawi, kalau tak silap tempat ni mula beroperasi pada hujung
tahun 2014, tak sangka Langkawi pon dah ada tempat extreme macam ni.. kalau
dulu excited nak cuba ESCAPE Adventureplay, Penang telah pon tertunai jadi mana
taw rezeki akan datang husna nak heret adik-adik husna pulak cuba Skytrex Langkawi.. diorang ni nampak je
macam tak berdaya saing tapi naik Atan’s Leap kat ESCAPE tu dah berapa kali
ulang, akaknya jugak yang lembut lutut..😔
3. Kilim Geoforest Park
Kalau tanya pergi sini nak
buat apa, mesti ingat pasal nak bagi makan Helang je kan, memang pon! Selain
itu, Kilim mempunyai landskap yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang luar biasa seperti gua batu kapur, hutan paya
bakau dan landskap kars yang mengujakan.. Pasti suasana seperti ini akan
memberikan pengalaman baru kepada husna sekeluarga sepanjang menelusuri sungai
tersebut.. Yang paling penting nak bergambar kenangan dengan ikon Kilim Geoforest
Park..
4. Laksa Kaw Ikan Sekoq
Dah nama pon pencinta makanan,
kalau pergi tempat orang tak merasa makanan sedap kat sana, alamatnya tak
lengkap lah percutian korang tu.. Nak pulak sejenis keluarga hantu laksa, rugi
gila kalau tak sempat masukkan dalam senarai tempat menarik untuk disinggah
sepanjang berada di Langkawi.. komen orang ramai, kuah laksanya yang pekat dan sedap, ikan sekoq, telur rebus sebijik
ditambah dengan hirisan cabai melaka, makan tepi pantai, hurmm pengsan!
5. Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017
Setiap 2 tahun sekali, pasti
akan diadakan Pameran LIMA (LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE)
mempamerkan aksi-aksi kehebatan jet-jet pejuang dari pelbagai negara.. Tahun
2017 merupakan tahun seterusnya dan bakal berlangsung selama 5 hari bermula
pada 21 hingga 25 Mac.. Andai ada rezeki husna dan keluarga menang percutian
percuma dari Traveloka, pasti beruntung kalau dapat ke Pameran LIMA '17 ini..
traveloka
traveloka
Traveloka merupakan salah satu
platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, menyediakan
lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik..
Terkini, www.traveloka.com.my sedang melancarkan kempen
kesedaran jenama dengan mengadakan pertandingan dalam talian menerusi blog dan facebook.. Syarat-syarat yang dikenakan sangat lah mudah..
Untuk makluman lanjut boleh ke https://blog.traveloka.com/en/online-contest/
Untuk makluman lanjut boleh ke https://blog.traveloka.com/en/online-contest/
Till then! See ya~❤
all the best husna..moga ada rezeki dapat ke langkawi..;p
ReplyDeleteinshaAllah kak.. terima kasih! ;)
DeleteSiqah teringin sangat nak pergi LIMA Langkawi.. Sampai sekarang tak pergi2 lagi.. bilalah dapat merasa agaknya... Dan siqah nak pergi semua tempat yang ada di atas. hihi. Bestnya..
ReplyDeletehusna pernah pergi sekali masa tahun 2011, kwn bawak.. ramai jugak laa masa tu tak sempat nak tgk semua..
DeleteMenarik jugak.
ReplyDeletejoin laa.. :D
Deletewahh ramai nak pi langkawi ni hihihi
ReplyDeletehihihi.. planning dah lama kak el..
DeleteGud luck husna
ReplyDeletethanks kak alia..;)
Deleteall the best husna, semoga impian bercuti bersama keluarga tercapai..
ReplyDeleteinshaAllah amin.. terima kasih! ;)
Deletegoodluck husna..
ReplyDeleteteringinnya dapat peluang tulis entry macam ni jugak..huhu
akak terpikat sekali gambar laksa tu.. aduhai..memanggil2..
join la kak! mana taw boleh menang percutian percuma..:D
Deletegambar laksa tu kejam sgt kan..T_T
Akak pun dah lama tak g langkawi
ReplyDeleteBtw good luck dear sis husna ❤️❤️
dah lama plan dgn family ni kak.. jadi husna cuba jelaa.. hihihi..
Deletebest gi langkawi... jom kita plan dengan geng BU plak... hihi
ReplyDelete