Wednesday, December 07, 2016

#MyTravelokaEscapade | 5 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Husna Teringin Pergi Bersama Keluarga Jika Menang Percutian PERCUMA Dari Traveloka

Assalamualaikum w.b.t..


#MyTravelokaEscapade : 5 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Husna Teringin Pergi Bersama Keluarga Jika Menang Percutian PERCUMA Dari Traveloka | kali pertama jejak Langkawi waktu umur husna 12 tahun, ikut lawatan sekolah ada program apabenda ntah lupa dah, pergi menginap di MRSM Langkawi.. kenangan waktu ni habuk pon husna tak ingat, yang tahu kami memang tak sempat singgah ke mana-mana tempat menarik, yelaa nama pon lawatan bersama sekolah, masa tu terhad lah sikit..

Kemudian habis SPM, tahun 2011 dapat tawaran masuk belajar di UiTM Merbok, husna ditakdirkan duduk sebilik dengan budak Langkawi, namanya Zuliatul Fatihah, kecik comel rendang je orang nya.. husna dapat taw je dya duduk Langkawi, semua benda pasal Langkawi husna soal ke dya, dah gaya macam polis pencen ekekkeke..😆

Paling seronok tak hingga waktu ni, dya ajak balik Langkawi, balik bercuti di rumah dya.. berjumpa dengan keluarga Zue yang sangatlah baik dan peramah, siap bawak pergi jenjalan, bajet pelancong sangat, satu benda paling husna ingat nasi lemak mak dya, sedapnyaaa.. kali pertama belajar makan ikan bilis jenis besar-besar tu, rangup gila tapir, ya Allah sampai sekarang masih teringat..😋

pesyen bercerita kalau tak buat diri sendiri rasa kebulur memang tak sah.. sengal!

Masuk semester 5, husna sekali lagi jejak Tanah Mahsuri, tapi kali ni atas sebab group assignment.. jenis melampau sangat nak buat assignment nun jauh sampai sana, macam dah tak dak tempat yang dekat agaknya.. kami berlima pergi balik hari je, itupon menyempat lagi nak shopping ekekekke.. yang hazabedahnya sepanjang hari terpaksa berjalan kaki, punya kedekut haji bakhil nak keluarkan duit sewa teksi, padahal diri tu ntah kat mana-mana, zaman fon tak berapa nak canggih lagi..

Sepanjang 3 jenis percutian singkat tu, husna cuma pernah ke Kampung Padang Mat Sirat, Makam Mahsuri, Pekan Kuah dan Oriental Village.. inshaAllah kalau ada rezeki menang percutian percuma dari Traveloka, husna nak heret mama, abah dan adik-adik husna pulak, tak syok laa kan asyik bawak balik cerita dan Kisses je kat diorang.. 

“Travel is better when you’re happy together” – Traveloka

5 Tempat Menarik di Langkawi Yang Bakal Menjadi Sasaran Husna Sekeluarga:

1. Oriental Village (SKYCAB, SKYBRIDGE, & SKYDOME)
Pergi Langkawi memang tak sah kalau tak naik SkyCab @ Cable Car, dengar cerita pulak sekarang dah ada pelbagai jenis tarikan di Oriental Village nih, antaranya SkyBridge, SkyDome dan Langkawi Art In Paradise.. hurm lagi laa rasa membuak-buak nak pergi bercuti di Langkawi.. lepak-lepak atas Gunung Mat Cincang menyaksikan keindahan alam kebesaran Ilahi dengan menaiki Crystal Glass Bottom Gondola, lepas tu jenjalan di SkyBridge menikmati angin sejuk gunung.. brrr!

2. Skytrex Langkawi Adventure Park
Ini lagi satu tarikan terbaru yang ada di Langkawi, kalau tak silap tempat ni mula beroperasi pada hujung tahun 2014, tak sangka Langkawi pon dah ada tempat extreme macam ni.. kalau dulu excited nak cuba ESCAPE Adventureplay, Penang telah pon tertunai jadi mana taw rezeki akan datang husna nak heret adik-adik husna pulak cuba Skytrex Langkawi.. diorang ni nampak je macam tak berdaya saing tapi naik Atan’s Leap kat ESCAPE tu dah berapa kali ulang, akaknya jugak yang lembut lutut..😔

3. Kilim Geoforest Park
Kalau tanya pergi sini nak buat apa, mesti ingat pasal nak bagi makan Helang je kan, memang pon! Selain itu, Kilim mempunyai landskap yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang luar biasa seperti gua batu kapur, hutan paya bakau dan landskap kars yang mengujakan.. Pasti suasana seperti ini akan memberikan pengalaman baru kepada husna sekeluarga sepanjang menelusuri sungai tersebut.. Yang paling penting nak bergambar kenangan dengan ikon Kilim Geoforest Park..

4. Laksa Kaw Ikan Sekoq
Dah nama pon pencinta makanan, kalau pergi tempat orang tak merasa makanan sedap kat sana, alamatnya tak lengkap lah percutian korang tu.. Nak pulak sejenis keluarga hantu laksa, rugi gila kalau tak sempat masukkan dalam senarai tempat menarik untuk disinggah sepanjang berada di Langkawi.. komen orang ramai, kuah laksanya yang pekat dan sedap, ikan sekoq, telur rebus sebijik ditambah dengan hirisan cabai melaka, makan tepi pantai, hurmm pengsan!

5. Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017
Setiap 2 tahun sekali, pasti akan diadakan Pameran LIMA (LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE) mempamerkan aksi-aksi kehebatan jet-jet pejuang dari pelbagai negara.. Tahun 2017 merupakan tahun seterusnya dan bakal berlangsung selama 5 hari bermula pada 21 hingga 25 Mac.. Andai ada rezeki husna dan keluarga menang percutian percuma dari Traveloka, pasti beruntung kalau dapat ke Pameran LIMA '17 ini..

traveloka


Traveloka merupakan salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, menyediakan lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik..

Terkini, www.traveloka.com.my sedang melancarkan kempen kesedaran jenama dengan mengadakan pertandingan dalam talian menerusi blog dan facebook.. Syarat-syarat yang dikenakan sangat lah mudah..

Untuk makluman lanjut boleh ke https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ 


Till then! See ya~

17 comments:

  1. all the best husna..moga ada rezeki dapat ke langkawi..;p

    ReplyDelete
  2. Siqah teringin sangat nak pergi LIMA Langkawi.. Sampai sekarang tak pergi2 lagi.. bilalah dapat merasa agaknya... Dan siqah nak pergi semua tempat yang ada di atas. hihi. Bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna pernah pergi sekali masa tahun 2011, kwn bawak.. ramai jugak laa masa tu tak sempat nak tgk semua..

      Delete
  3. all the best husna, semoga impian bercuti bersama keluarga tercapai..

    ReplyDelete
  4. goodluck husna..

    teringinnya dapat peluang tulis entry macam ni jugak..huhu

    akak terpikat sekali gambar laksa tu.. aduhai..memanggil2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. join la kak! mana taw boleh menang percutian percuma..:D

      gambar laksa tu kejam sgt kan..T_T

      Delete
  5. Akak pun dah lama tak g langkawi
    Btw good luck dear sis husna ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama plan dgn family ni kak.. jadi husna cuba jelaa.. hihihi..

      Delete
  6. best gi langkawi... jom kita plan dengan geng BU plak... hihi

    ReplyDelete