Monday, December 12, 2016

Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang


Assalamualaikum w.b.t..


Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang | like seriously? Memang pon! Hahaha rata-rata manusia kat Merbok, Kedah, pelajar atau bukan pelajar memang semua membesar dengan nasi hujan panas kalau nak taw.. sampaikan ada yang jenis siang dan malam wajib beli, husna pulak hanya setakat sebagai makan malam jelaa..

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Husna mula kenal nasi hujan panas sejak masuk belajar semula pada awal tahun 2015 dan sampai sekarang, perasaan jemu tu tak jumpa lagi.. husna tak pasti apa laa yang berhantu sangat Nasi Hujan Panas ni, kalau dalam seminggu tak makan tidur tak lena dibuatnya.. ekekkeke.. 😆

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Sedap ke Nasi Hujan Panas ni??

Mestilah sedap! Kalau tak, tak dak makna sampai termimpi-mimpi, tersebut-sebut.. siap gigih tapaw bawak balik kat keluarga husna, sebabnya penat dah asyik bawak balik cerita je.. komen diorang, abah macam biasa tak suka pedas, mama pulak bagi thumbs up!

Husna suka sambal dya, pedas manis lain macam.. dan peliknya walaupun pedas tapi tetap semorang mintak sambal lebih.. sesetengah pedas sambal kalau pedas melampau tu kita dah tak boleh nak teruskan makan, tapi yang ini sambal banyak macam mana pon husna tetap boleh teruskan.. durasi masa makan pon ambil masa sikit laa sebab nak ambek nafas satu hal, nak nikmati satu hal, kemudian nak kesat hingus lap ayaq mata lagi, selalunya husna makan sambil tengok cerita pukul 7, hihihi baru layannn..


Berapa Harga Nasi Hujan Panas ni??

Harga mengikut saiz; S – RM2.00, M – RM3.00, L – RM4.00 dan Ayam Berempah – RM5.00..

Husna selalu beli S, M atau S + nasi lebih = RM2.50.. apa yang berbeza kat sini adalah berapa ketul ayam dalam setiap saiz, nasi pulak jangan risau banyak macam biasa, cuma nya kalau datang mood pelahapfobia husna tu terbeli laa nasi lebih.. ekekkeke..

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Waktu Operasi Nasi Hujan Panas..

Nasi Hujan Panas ni dijual pada waktu pagi pada jam 7-11 pagi, dan petang pada jam 4-10 malam.. tapi nya jangan harap pergi lewat-lewat nak ada lagi, kekadang on the way nak pergi kelas pukul 10 pagi tu pon dah tak nampak kelibat, punya awal tutup.. waktu malam lagi laa, kalau nak pergi beli, memang tak berani nak pergi lepas maghrib, kang balik dengan tangan kosong, nangis tak berlagu..


Lokasi Nasi Hujan Panas, Lembah Bujang..

Kalau dulu diorang hanya bukak gerai kecil tepi jalan je macam dalam gambar, tapi sekarang dah berubah tempat.. Masih depan MRSM Merbok tapi dalam kiosk pondok perhentian bas bebetul depan Restoran Shiema Corner..


Till then! See ya~

13 comments:

  1. rindu belajar dekat merbok.. memang sedap nasi nihh sebulan tu mesti pergi beberapa kali :D rasa tu tak dapat dekat mana2..

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn! rasa tu tak dapat kat mana-mana.. ya allah.. surely akan rindu lepas ni.. T_T

      Delete
  2. Dekat sangat dengan rumah family Kak Rose. selalu jugak beli. tapi memang pedas. hihi.. sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa.. kak rose nanti balik sini roger laa mana taw boleh jumpa.. :D

      Delete
  3. Rindunyaaa.. D atap, nasi ayam pak mud, shima corner, kedai dekat tupah.. semua lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. feel that! mesti dah habis nanti teringat semua benda nih.. wuuuu~ T_T

      Delete
  4. same la kita...(^^,) hampir 5 thn dok merbok, tetap xjemu mkn nasi hujan panas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna, masa diploma dulu tak kenal nasi hujan panas lg kot.. masuk degree baru taw.. pastu dok kejar dya je.. hahahaa..

      Delete
  5. sedapnya nasi ni. nampak menyelerakan...

    ReplyDelete