Monday, November 28, 2016

Resepi Udang Dan Kacang Panjang Goreng Kunyit


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Udang Dan Kacang Panjang Goreng Kunyit | Selamat Petang! kuyu je mata tengah tahan ngantuk tapi malas nak layan lagi sebab tengah ada mood dan idea nak publish satu artikel kebetulan rasa macam lama pulak tak kongsi resepi di blog sendu husna nih..

Ada orang komen blog husna sendu, jadi mengaku jelaa memang sendu pon, banyak benda nak kena perbaiki terutama dari segi penulisan.. sebolehnya merendah diri itu lebih baik sebab tak suka nak bertelagah yang akhirnya tak bawa kemana pon.. jadi lebih elok fikir positif je, dan tingkatkan pencapaian, baru boleh maju kehadapan..😏

Tengah hari ni tak masak, pergi makan kenduri rumah jiran belakang je.. mak cik tu buat kenduri kesyukuran anak-anak saudara dya bersunat dan termasuk lagi beberapa orang anak jiran yang lain.. dihidang dengan menu kampung terus rasa terbuka je selera.. husna ni pantang nampak menu kampung, terus rasa nak lompat bintang punya teruja..😵

Tapi tadi tak tambah pon sebabnya ambil lauk pauk saja dah penuh pinggan banyak jenis sangat.. sudahnya kenyang dengan meratah lauk saja laa ekekkeke..


Resepi: Udang Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang


Bahan-bahan:
  • Udang (terpulang nak berapa ekor)
  • Kacang Panjang
  • Cili Merah
  • Bawang Putih & Bawang Besar
  • Halia
  • Serbuk Jintan Manis
  • Garam 

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih dan halia sehingga garing.. Masukkan kacang panjang yang telah dicuci bersih dan dipotong mengikut citarasa masing-masing..


2. Kacau sekejap, pastikan sayur tak layu sangat nanti kang tak best kalau tak berapa rangup.. kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan sedikit serbuk jintan manis..


3. Setelah dikacau sebati, masukkan udang yang telah dicuci bersih dan dibuang tahinya.. Air sedikit dan kacau sekata.. Udang tak perlu masa yang lama untuk masak.. Jangan lupa perasakan dengan garam atau apa sahaja yang biasa digunakan..

4. Siap sedia untuk dihidang! 😍😋




Till then! See ya~

14 comments:

  1. wow... sedapnya... berselera tul kalau akak yang makan ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gandingan udang dan kcg panjang.. memang sedapp.. hihi..

      Delete
  2. sedapnya makan udang, kalau yang fresh tu lagi manis rasanya...

    ReplyDelete
  3. Bertuah la sapa kawin dgn husna.. cantik..pandai masak pulak tu..:p

    ReplyDelete