Assalamualaikum w.b.t..
Hi, petang ni nak cerita lagi
pasal makan, makan dan terus makan.. jyeahh makan untuk hidup, bukan hidup
untuk makan ye wahai insan.. bheheee..
ceritanya berbunyi begini, aceewahh, Khamis
lepas husna dapat email dari kak farah owner blog Mrs Secretary ajak join blogger
utara bukak puasa kat Hotel Park Avenue, Sg. Petani jemputan dari pihak hotel sendiri.. amboihh kemain kan, first
time jumpa dah ajak berbuka di hotel, grand giteww.. hahaha.. Alhamdulillah
rezeki dapat jugak join, gather bersama blogger.. itu laa dulu asyik tengok blogger
lain berkumpul bersama, hati kecil teringin..
dan Sabtu baru baru ni, dapat
jugak berjumpa dengan blogger yang satu negeri dengan husna.. malu, teruja
semua ada.. segan sebab husna kenal kak farah je, itupon dalam blog, bheheee..
tapi bila dah jumpa semua, eh tersembul muka tak taw malu husna ni.. -..- kemain
rancak bersembang, macam dah lama kenal tanya itu ini, maaf ye semua..:)
haa sekarang meh nak tanya, dalam bulan puasa ni selain
bazaar Ramadhan kan tempat mana lagi yang korang cuma pergi satu tempat je tapi
ada macam-macam jenis makanan?? sebut je apa yang tekak dan perut teringin.. dari
makanan berkuah, goreng, bakar, sejuk mahupun panas, semuanya ada je kat Buffet
Ramadhan Hotel Park Avenue, Sg. Petani ni.. jangan risau kalau tekak kita tu
tetiba berbuka hari ni terasa nak makan makanan western atau mungkin
sebaliknya, mengidam makanan kampung..
|
kemain beratur panjang sebab nak makan kambing rempit.. ehemm nampak macam dya tengah merempit tak?? >_< |
|
model kambing golek.. bheheee.. |
Buffet Ramadhan Hotel Park
Avenue berkonsepkan gerai, ada lebih kurang 25 jenis gerai makanan.. dari
sekecil-kecil udang, selembut-lembut bubur hinggalah ke besarnya kambing
golek.. bheheee.. diorang turut menyajikan 300 lebih menu makanan kepada
tetamu, yang difahamkan sering kali bertukar.. perghh mencabar bagi seorang
chef, dan kepuasan berganda bagi seorang pelanggan..
|
bahagian yong tau fu.. meriah tengok.. |
|
ini stall ais kacang.. pilih nak bahan apa, baru datang kat diorang ni letak ais.. ingat bahan ada 2 3 jenis je ke?? nalaaa punya banyak bahan dya.. nampak balang kat sebelah kanan tu! husna pilih yang husna makan jelaa..:D |
Sampai je hotel korang kena
pusing satu lobi tu baru taw apa yang ada.. Menu yang masih husna ingat yang
tak terdetik pon boleh ada ialah roti canai, ais kacang, yong tau fu, pasta,
roti john, bakso, laksa, cempedak goreng, pisang goreng dan macam-macam lagi
lah..
dari segi minuman ada 9 jenis air ais kalau tak silap dan minuman
panasnya teh tarik.. abah husna bedal sampai 3 ke 4 cawan..:p walaupun dah balik sampai rumah, teh tarik itulaa yang
abah puji, cerita kat mama husna pon keluar pasal teh tarik.. ekekekke..
|
stall teh tarik.. |
|
stall bakso.. |
|
ramai kan?? |
husna terlupa nak pergi kat bahagian tengah tu..:( tertarik dah dengan something yang macam roda ferries tu, sebab ada budak-budak kemain dok pusing pilih juadah, tetiba lepas ambek gambar kaki dah menghala ke tempat lain.. adehh.. apa laa yang mengganggu ku waktu tu ye..-.-'
suasana kat dalam hotel tu meriah sungguh.. husna tak rasa macam tengah bulan puasa, rasa macam datang jamuan rumah terbuka.. bheheee.. bila disoal siasat memang hari-hari macam ni.. hebat lah kan..
|
abah husna tak nak mende lain, cepat je beratur kat stall nasi ayam ni.. |
|
husna punya ayam golek share dengan abah, ais kacang, kuih, murtabak, briyani gam.. |
puas husna tawaf satu hotel, itu je yang husna makan.. roti john dan kebab tu dari kak murni.. abah husna sampai je terus ambek nasi ayam.. waktu beratur nak ambek ayam golek tu ternampak stall makanan laut, takpaa postpone dulu ramai sangat beratur.. dah laa nak dekat berbuka.. fikir berbuka dulu baru ingat nak ambek lain kejap lagi..
bila dah sedap kekenyangan tak de maknanya nak bangun ambek.. bontot dah kejap melekat kat kerusi.. ekekekke.. serius semua juadah yang husna ambek memang sedap sampai kembong perut tak taw nak sumbat kat mana lagi.. puas makan..
|
itu GM hotel, Encik Azmi Rahman.. *maaf atas kekaburan gambar* |
|
itu plak head chef hotel, Encik Nur Azmy.. |
selesai berbuka
sembang-sembang sekejap dengan GM hotel dan head chef.. bercerita mengenai pengalaman memasing.. kemain kau duduk semeja dengan GM.. rasa segan, memasing pangkat bos kot..
apa yang husna perasan Encik Azmi amat menitik beratkan
kebersihan dan status halal sesuatu makanan tersebut.. yelaa benda nak jadi darah daging kita kan.. baguslaa tu.. baru pelanggan boleh letakkan kepercayaan, seiring dengan
dengan moto hotel, your trust is our strength..
terima kasih Encik Azmi dan pihak hotel sebab menjemput kami, dan terima kasih kak farah ajak husna.. will keep in touch dalam blog.. inshaAllah ada rezeki jumpa lagi ye semua..:)
Till then!! See ya~♥