Assalamualaikum w.b.t..
Selamat petang!! tengah buat
apa je?? menggoreng kat dapur ea?? semenjak dua menjak nih minum petang kami
sekeluarga asyik di hidang dengan cucur cempedak.. haa.. cakap lagi kempunan..
abah ngan mama dah pergi amek kat kebun arwah tokwan berbiji-biji.. =P tapi petang
nih xnak buat korang terliur lak dengar cerite nih.. lain tahun sila terliur
sekali lagi ye.. =D
Fokus!! husna nak up entry 8
Amalan Murah Rezeki.. diketahui umum rezeki Allah datang dalam pelbagai
bentuk.. tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, boleh jadi kesihatan,
pekerjaan, dan lain-lain.. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh
rezeki dalam pelbagai bentuk yg boleh menjadi punca kebaikan dunia dan
akhirat.. =)
Beribadah à telah di nyatakan dalam hadis qudsi Allah yg berfirman ; “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jikka tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Banyakkan Beristighfar à Sabda Nabi SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa à Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Tinggalkan Perbuatan Dosa à Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW : “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Tunaikan Hajat Orang Lain à Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya....” (Riwayat Muslim)
Berpagi-pagi à Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Menjalin Silaturrahim à Nabi SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
Amal Kekal Berwuduk à Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda SAW bersabda : “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
sumber : Dara(dot)com
dan sedikit sedikit sebab
mengapa rezeki susah nak masuk dari Ustaz Don Daniyal..
NICE SHARING ..
ReplyDeleteAMBOI CEMPEDAKKK TU .. HEHE
hehe..kes kempunan ni..=P
Deleteperkongsian yang bermanfaat ^^,
ReplyDeleteuntuk tambahkan pengetahuan..=)
Deletesalam husna
ReplyDeleteTq sudi kogsikan
wkumsalam TA..
Deletesama-sama..husna sekadar berkongsi..=)
amboi sedapnya cucur cempedak..hehe
ReplyDeletenice entry dear...kita kena tmbhkan amalan dr masa ke smsa..brulah rezeki mudah nak dtg dgn kita...insyaallah..:D
hehe..nak ke?? meh nak pos sikit..=D
Deleteterima kasih..in shaa Allah..hati pon tenang kan..=)
Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsiaan ini...
ReplyDelete=) dengan izinNya..
DeleteTerima Kasih Atas Perkongsian ini...:D
ReplyDeletesama-sama kasih..=D
DeleteAngin perut nati banyak makan cempedak...hehhe!!
ReplyDeletebukan biji cempedak ke yg bnyak angin?? 0.o?
DeleteBijik cemepedak keras la...:D
Deleteeh..boleh rebus makan lar..=P
Deleteada org siap buat masak lemak cili api..haha..
ada 3 blog erk?
ReplyDeletekenapa TA ckp mcm tu??
Deletesekadar bertanya.untk mendapatkan kepastian..hehe
Deleteowh..hehe..xpa2..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemungkin nama sama dan alamat hampir sama dgn husna.tu yg ta tanya..jgn marah erk.nanti kena jual tau.
ReplyDeleteyakaa..xlah..husna ada satu ni je..=)
Deletex marah pon..hehe..x salah kan nk tnya..=D
Salam...azie singgah sini....ahaks...moga murah rezeki saya dan awk husna...hehehe
ReplyDeletewkumsalam..terima kasih azie..=)
Deletein shaa Allah..Ameen~
nice entry
ReplyDeletesemoga jadi pengajaran dan tauladan bersama
alhamdulillah :-)
Alhamdulillah..in shaa Allah..=)
Deleteso ekarang kene rajin2 bersedekah ni.. :)
ReplyDeletein shaa Allah..samalah kita..=D
Deletejanji Allah kalau memberi sedekah konfom dibalas belipat kali ganda. tapi berapa ramai ambil kesempatan ni untuk "melabur". kalau tak dapat di dunia, akhirat dapat.. hehehe
ReplyDeletemungkin manusia x nampak ganjaran akhirat nnti..wallahualam~ =)
Deleteperkongsian yang bermanfaat... mari lah kita sama2 amalkannya...
ReplyDeleteterima kasih kak ruha..
Deletein shaa Allah..jadi dorongan buat kita semua..=)
nice sharing dear :) semoga kita dimurahkan rezeki :)
ReplyDeleteterima kasih!! =)
Deletein shaa Allah..Allah Maha Pemurah..
kebanyakan org sekarang suka sebut yg no dua tu.cmna nak ada duit klu asyik cakap takde duit jer..
ReplyDeletebetul!! betul!! husna pon perasan jugak..dan pernah jugak buat..=P
Deleteassalamualaikum husna....menariknya perkongsian yang ini...terimakasih ye...
ReplyDeletewkumsalam kak wirda..
Deletealhamdulillah..terima kasih kembali..
terima kasih fatin share
ReplyDeletesama-sama kak..=D
Deletewkumsalam..=)
ReplyDeletehaha..terlepas pandang lar tuu..xpaa..
alhamdulillah..husna pon rujuk yg lebih mengetahui..=D
Lapar cempedak plak dah!!! :)
ReplyDeleteThanks sharing husna.. Sling ingat mengingati. :)
aiyokkk..maaf lar kak nani..haha..=P
Deletesama-sama..husna sekadar berkongsi..=)