Assalamualaikum w.b.t..
Daftar Adik Masuk Asrama Bagi Sesi Tahun 2017 | Selamat kembali ke
sekolah buat mereka yang masih bersekolah.. hari ni dah masuk hari keempat sesi
persekolahan bermula, Kedah tak ambil cuti jadinya dah nak dekat
seminggu jugak laa adik-adik kita ni masuk belajar semula..
Kali ni tinggal adik husna
yang bongsu tu je masih di alam persekolahan, naik tingkatan empat.. tinggal
seketul ni lagi je mama abah nak ulang alik masuk Badlishah, tahun ni masuk
tahun ke-11 lepas ni dah tak dak dah kot pewaris.. itupun tak taw laa sempat
habis ke tak, adik sibuk sangat nak pindah sekolah.. 😫
dewan makan asrama |
Sabtu yang lepas, husna sempat jumpa dengan Cikgu Noriaini, Ustazah Zainab dan Mak Cik Milah.. jumpa dengan cikgu Noriaini pon lepas kena panggil dengan nama penuh, kahkahkah.. sungguh tak perasan cikgu kat meja batu depan asrama lelaki tu, menonong je berjalan nak masuk dewan asrama tak pandang kiri kanan.. sekali kena panggil dengan nama penuh terkezut terus.. kihkihkih.. 😁
Selepas sesi taklimat dan
pendaftaran berlangsung, masa untuk angkut segala mak nenek naik asrama.. dah
besar renjong ni mama husna hanya tolong pasangkan cadar dan buat apa yang
patut sesikit jelaa untuk adik, lain tu dya punya pasal.. hahaha..
Akak dya lagi tak rajin nak
tolong, sebab benda-benda macam ni kena ambek masa duduk mengadap sengsorang,
pikir nak susun atur lagumana.. ye dak? Kalau kalut-kalut tak dak pasai laa dya
nak jadi.. waktu lapang memang seronok susun atur barang, dan dan idea pon sampai..
gambar throwback, adik sejenis tak suka bergambar.. |
Selesai simpan barang, tiba masa untuk angkat kaki dan balik.. sebab nak ke tempat lain pulak nak selesaikan seperkara lagi.. selesai je satu hal tu, sebelum balik singgah makan dulu, perut memasing dah bergurindam berseloka kemain.. 😣
husna macam biasa laa mesti pesan kuew teow bandung.. merata pergi kalau tak dak selera dengan western, mesti pilih si kuew teow bandung ni.. paling seronok, kalau dapat kuew teow bandung yang jenis telur kuning sebijik kat dalam masih cair, separuh masak laa makna kata.. ya allahhh, rasa macam sayang je nak usik taw! hahahaha..
p/s–orang jauh suka sangat panggil kita ni budak sekolah sebabnya masih belajar lagi.. 😒
Till then! See ya~❤
muka copy paste belaka..ekeke
ReplyDeletehihihi..
Deleteohh badlishah.. dlu spupu 2 org study sna.. kekeke sedap sgt makanan tu
ReplyDeletesebelum husna, atas ada 3 org sepupu.. lepas ni tak dak pewaris dah laa kot.. huhuhu..
Delete