Assalamualaikum w.b.t..
Resepi Udang Dan Kacang Panjang Goreng Kunyit | Selamat Petang! kuyu
je mata tengah tahan ngantuk tapi malas nak layan lagi sebab tengah ada mood
dan idea nak publish satu artikel
kebetulan rasa macam lama pulak tak kongsi resepi di blog sendu husna nih..
Ada orang komen blog husna
sendu, jadi mengaku jelaa memang sendu pon, banyak benda nak kena perbaiki
terutama dari segi penulisan.. sebolehnya merendah diri itu lebih baik sebab
tak suka nak bertelagah yang akhirnya tak bawa kemana pon.. jadi lebih elok
fikir positif je, dan tingkatkan pencapaian, baru boleh maju kehadapan..😏
Tengah hari ni tak masak,
pergi makan kenduri rumah jiran belakang je.. mak cik tu buat kenduri
kesyukuran anak-anak saudara dya bersunat dan termasuk lagi beberapa orang anak
jiran yang lain.. dihidang dengan menu kampung terus rasa terbuka je selera..
husna ni pantang nampak menu kampung, terus rasa nak lompat bintang punya
teruja..😵
Tapi tadi tak tambah pon sebabnya
ambil lauk pauk saja dah penuh pinggan banyak jenis sangat.. sudahnya kenyang
dengan meratah lauk saja laa ekekkeke..
Resepi: Udang Goreng Kunyit
Dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:
- Udang (terpulang nak berapa ekor)
- Kacang Panjang
- Cili Merah
- Bawang Putih & Bawang Besar
- Halia
- Serbuk Jintan Manis
- Garam
Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dan
halia sehingga garing.. Masukkan kacang panjang yang telah dicuci bersih dan
dipotong mengikut citarasa masing-masing..
2. Kacau sekejap, pastikan
sayur tak layu sangat nanti kang tak best kalau tak berapa rangup.. kemudian masukkan
bawang besar, cili merah dan sedikit serbuk jintan manis..
3. Setelah dikacau sebati,
masukkan udang yang telah dicuci bersih dan dibuang tahinya.. Air sedikit dan
kacau sekata.. Udang tak perlu masa yang lama untuk masak.. Jangan lupa
perasakan dengan garam atau apa sahaja yang biasa digunakan..
4. Siap sedia untuk dihidang! 😍😋
Till then! See ya~❤
wow... sedapnya... berselera tul kalau akak yang makan ni... hehe
ReplyDeletegandingan udang dan kcg panjang.. memang sedapp.. hihi..
Deletesedapnyaaaa la haiiii
ReplyDeletecuba laa buat..:)
Deletesedapnya makan udang, kalau yang fresh tu lagi manis rasanya...
ReplyDeletememang pon kak.. ber-juice lain mcm je.. hihihi..
Deletewahh sdp..ratah best ni.
ReplyDeletehihihi ratah pon seronok gak!
Deleteadoii lapar kita dibuatnya
ReplyDeletehihihi.. cepat cari makan kak el..
Deletesedapnya tengok udang tu! feveret Ros
ReplyDeleteudang ni kalau buat apa pon sedap kan..:)
DeleteBertuah la sapa kawin dgn husna.. cantik..pandai masak pulak tu..:p
ReplyDeletesedap..
ReplyDelete